
Hidangan istimewa di pagi raya tentunya selain menu rendang, Daging Masak Hitam sesuai juga dijadikan menu pilihan keluarga.
Hidangan ini kalau digandingkan bersama pulut, ketupat, lemang dan sebagainya memang cukup menyelerakan.
Jadi apa kata anda sediakan terlebih dahulu rempah homemade untuk memastikan Daging Masak Hitam yang bakal dimasak nanti berasa dan enak.
Penyediaan ramuan rempah ini dikongsikan oleh Norzaleha Umar.
Sekarang sis nak kongsi rempah untuk daging masak hitam pulak..
Andai kata ilmu yang sis kongsi ni memberi manafaat utk semua dan ada ganjaran pahala untuk nya.. Sis sedekahkan semua pahala tu untuk arwah mak dan ayah sis..
Bahan-bahan :
2 sudu besar ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu lada hitam
Cara penyediaan :
1. Bahan rempah disangai
2.Setelah itu dikisar
Ekstra info :
Untuk menyediakan Menu Daging Masak Hitam hanya 2 sudu diperlukan.
Sumber : Norzaleha Umar via MAHN
Kuih Kasturi Menu Legend, Terasa Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar!

Buat penggemar kuih-kuih tradisional tentu suka menikmati kuih yang dipanggil dengan nama Kuih Kasturi, Kuih Kacang Hijau atau juga dikenali sebagai Kuih Rengas di sesetengah tempat. Sekali sekala dapat menikmati kuih ini, tentu ada yang terkenang zaman kecil-kecil dulu saat ibu menyediakan menu ini sebagai sajian sarapan sebelum pergi ke sekolah.
Betapa rasa intinya yang lembut dengan rasa lemak kacang hijau bersatu dengan kelapa parut dan kemudian celupan tepung yang ranggup setelah digoreng, menjadikan Kuih Kasturi ini digemari ramai dari dulu hingga kini.
Pun begitu, jika membeli kuih ini di kedai mungkin rasanya tidak seperti yang kita harapkan. Terkadang keras disebabkan peniaga terlebih bancuhan tepung berbanding jika buat sendiri kita pasti akan menggunakan 100% kacang hijau bersama kelapa parut untuk menghasilkan inti yang lembut dan berasa seperti mak-mak kita buat.
Jadi apa kata kali ini anda sediakan sendiri Kuih Kasturi ini memandangkan Ramadan pun sudah hampir tiba. Jadi bolehlah kuih ini difrozenkan untuk memudahkan digoreng ketika hendak berbuka mahupun bersahur kelak.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Zunaidah Hamid. Selamat mencuba!
KUIH KASTURI
Bahan-bahan:
250gm kacang hijau
2 senduk kelapa parut
3 senduk gula ikut manis yg kita suka
untuk salutan celup tepung:
1 cwn tepung beras cap teratai
1 sudu tpg jagung (optional)
1 sudu air kapur.makan
garam secukup rasa
sedikit kunyit
ARTIKEL MENARIK :
- Pulut Kuning Tetap Lembut Walau Sejuk, Rupanya Begini Cara Orang Kelantan Buat Jadi Sedap!
- Sambal Tempe Bilis Kacang Yang Rangup. Buatkan Sebagai Stok, Boleh Makan Tak Kira Masa!
CARA PENYEDIAAN:
- Rendam kacang hijau 1-2 jam. kemudian rebus.
- Apabila air agak kering, letak gula dan gaul sampai kering dengan api perlahan. Pastikan air betul-betul kering sewaktu masukkan gula, jika tidak kuih akan berair.
- Selepas itu masukkan kelapa dan gaul sebentar dengan api perlahan. Tutup api dan biarkan sejuk. Boleh masukkan dalam peti sejuk.
- Bentukkan seperti di dalam gambar dan pastikan padat agar tidak berderai sewaktu digoreng.
- Buat bancuhan tepung seperti goreng pisang.
- Celup dan goreng.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Siakap Steam Chinese Style Air Tangan Superdaddy Ni Cukup Mudah. Modal Tak Sampai RM12 Tapi ‘Power’!

Nak masak apa untuk makan malam nanti, mungkin resipi simple tapi menyelerakan ini menggamit selera seisi keluarga. Jom cuba!
Ehhh peminat ikan siakap, jomlah masak cara lain pulak. Asyik siakap stim limau jer kan?
Aku dah repeat banyak kali menu ni. Layan baqhang. So semalam aku singgah kedai Aceh beli siakap dengan sedikit bahan lain untuk masak tengah hari ni.
Modal tak sampai RM12 pun.
Aku dah pernah share sebelum ni, bagi yang terlepas dan yang belum pernah rasa, jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah
ni.
Mudah sangat aihhh.
Bahan-bahan untuk projek hari ini ialah:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan.
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam
Cara melaksanakan projek ini:
1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu taknak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.
3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
7. Siap dan hidangkan.
Oihh mudah kemain kan?
Korang cubalah.
#ResepiSuperDaddy
#SiakapSteamChineseStyle
Peniaga Ni Kongsi Resipi Sate Turun Temurun Keluarga, Sekali Pakej Kuah Kacang!

Dua tahun tak sambut raya dengan meriah, kali ni barulah rasa nikmatnya dengan berjumpa sanak saudara dan rakan-rakan. Bagi yang mahu adakan rumah terbuka, mesti pelbagai menu bermain di minda untuk dihidangkan pada tetamu. Betul tak?
Yang jenis suka masak sendiri tu, tak gemar untuk menempah boleh cuba buat satay sendiri, ikut cara yang diajar oleh Aisyah Mohd Nor ni katanya resipi turun temurun. Barulah puas hidang pada orang ramai nanti hasil air tangan sendiri! Jom cuba.
_________________________________________________________________________
Resepi satay kebetulan mmg sy meniaga satay resepi ni turun temurun dari arwah tok sampai mak sampai lah ke anak cucunya saja share untuk kawan2 manalah tahu nak berniaga ke nak buat untuk raya nanti ambil lah resepi ni sy halal kan dunia akhirat dh 2 3 org sy ajarkn untk berniaga semoga bermafaat ilmu ni insyallah…
RESIPI SATAY HOMEMADE
Bahan-bahannya:-
Isi dada@peha ayam 10kg
Gula 3kg
Garam 5 sudu jangan membukit ngam2 saja
Aji 2 sudu
Kunyit babas 125g
Bahan-bahan kisar:
Jintan manis biji 20 sudu
Jintan putih biji 10 sudu
Serbuk ketumbar babas 10 sudu
Serai 10 batang
Lengkuas 2 ibu jari
Halia 2 ibu jari
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji
Bahan renjis semasa bakar:
2 sudu susu pekat manis@santan
Air perapan satay
Air masak sikit
Minyak masak
Cara-carannya:-
Potong dadu isi ayam, kulit ayam (celur sekejap)yang dipotong kecil. Masuk semua bahan termasuk bahan kisar dan gaul rata.
Perap selama 2-3 jam. Bila dah siap perap, cucuk pada lidi.
Satukan bahan renjis. Renjis pada satay ketika sedang dibakar. Bau akan jadi harum semerbak.
RESIPI KUAH KACANG
Bahan-bahannya:-
Kacang tanah 3kg
Minyak masak 1kg
Cili kering
Gula 1 kg
Garam
Air perapan satay 5 cawan
Bahan-bahan kisar:
Jintan manis biji 10 sudu
Jintan putih biji 5 sudu
Serbuk ketumbar babas 5 sudu
Serai 5 batang
Lengkuas 1 ibu jari
Halia 1 ibu jari
Bawang putih 1⁄2 labu
Bawang besar 1 biji
Cara-caranya:-
Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan kacang bila minyak dah panas, kacau sekejap jangan sampai hitam. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula cili kering. Angkat dan sejukkan.
Bila kacang dan cili kering dah sejuk, tumbuk atau kisar (campur air) kedua-dua bahan ini. Ketepikan.
Tumis bahan-bahan kisar (serai/lengkuas/bawang putih/merah/halia/jintan manis/putih/ketumbar) dalam kuali dalam minyak sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan kacang dan cili kering yang sudah dikisar tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh letak ajinamoto jika suka.
Selamat mencuba!
Kredit: Aisyah Mohd Nor