Buat Pulut Dakap Orang Dulu-dulu, Begini Cara Buatnya. Baru Puas Makan!
Pulut Dakap, menu tradisi Kelantan ada kalanya tidak mudah untuk didapati di negeri-negeri lain. Jadi buat yang teringin untuk merasai keenakan Pulut Dakap berinti pisang yang dimasak mengikut cara orang dulu-dulu bolehlah sediakan sendiri seperti yang dikongsikan oleh Azura Yusoff ini.
Bahan-bahan :
Beras pulut 1kg-beli online disini
Santan pekat 500gm
Air 1 gelas
Gula dua cawan
Garam halus 3 sudu kecik
Daun pisang yang hijau-beli online disini
Pisang tanduk, Pisang kebatu pun boleh, Pisang nipah pun boleh, Pisang kelat siam atau kelat lega pun boleh
Tali rafia atau pun tali getah.
Cara caranya :
1.Basuh beras pulut dan rendam dalam air selama 3 jam kemudiam kukus pulut sampai naik wap. Ketepikan.
2.Kemudian masak santan, gula dan garam sampai mendidih. Kemudian tutup api.
3.Kemudiam ambil pulut yang telah di kukus tadi masukkan dalam periuk santan. Kacau sampai sebati dan kemudiam panaskan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit-sikit.
4.Kemudiam ambil daun pisang letakkan pulut dan pisang tutupkan dengan pulut.
5.Balut kemas kemudiam ikat dengan tali rafia atau pun tali getah
Selamat Mencuba
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club