Buat Popia Sira Sambal Manis Nak Pastikan Rangup & Sedap, Ikut Resipi Ni!

Share

Popia Sira Sambal Manis, sesuai sangat untuk dijadikan menu minum petang ataupun sarapan untuk keluarga kita. Bagi memastikan hidangan popia sira terhidang kekal rangup, ada rahsia dan resipinya yang tersendiri. Nak tahu, ikut sahaja perkongsian resipi daripada Hazirah Zaihan ini untuk dijadikan sebagai panduan.

Ternyata, menu yang dikongsikan olehnya nampak begitu rangup dan menyelerakan!

POPIA SIRA SAMBAL MANIS

Bahan untuk inti

Sengkuang (sagat)

Lobak merah (sagat)

Taugeh(kalau suka)

2 sudu udang geragau

5 ulas bawang putih (kisar halus)

 

Bahan untuk sambal

5 ulas bawang putih (kisar halus)

5 sudu cili kisar

1 sudu biji bijan

Sos cili

5-7 sudu gula (ni sy agak2)

 

Bahan lain

Kulit popia

Bawang goreng

Cara masak

1.Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepastu tumis sekali dengan bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula. Goreng sekejap bagi sekata tutup api. Tos kan bagi kluar minyak dan air.

2.Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata masukkan gula. Tumis sampai berbuih letak bijan kacau-kacau. Tutup api biarkan sejuk.

3.Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dengan minyak banyak, api sederhana. Jangan terlalu kuat. Siap goreng. Sejukkan sebentar.

  1. Akhir sekali gaul popia dengan sambal sira tadi. Tabur bawang goreng, siap untuk dihidangkan.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club