Popia Sira Sambal Manis, sesuai sangat untuk dijadikan menu minum petang ataupun sarapan untuk keluarga kita. Bagi memastikan hidangan popia sira terhidang kekal rangup, ada rahsia dan resipinya yang tersendiri. Nak tahu, ikut sahaja perkongsian resipi daripada Hazirah Zaihan ini untuk dijadikan sebagai panduan.
Ternyata, menu yang dikongsikan olehnya nampak begitu rangup dan menyelerakan!
POPIA SIRA SAMBAL MANIS
Bahan untuk inti
Sengkuang (sagat)
Lobak merah (sagat)
Taugeh(kalau suka)
2 sudu udang geragau
5 ulas bawang putih (kisar halus)
Ads
Bahan untuk sambal
5 ulas bawang putih (kisar halus)
5 sudu cili kisar
1 sudu biji bijan
Sos cili
5-7 sudu gula (ni sy agak2)
Ads
Bahan lain
Kulit popia
Bawang goreng
Cara masak
1.Panaskan minyak tumis udang geragau sebentar lepastu tumis sekali dengan bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula. Goreng sekejap bagi sekata tutup api. Tos kan bagi kluar minyak dan air.
Ads
2.Untuk sambal tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata masukkan gula. Tumis sampai berbuih letak bijan kacau-kacau. Tutup api biarkan sejuk.
3.Bila inti dah sejuk boleh la balut dengan kulit popia. Goreng dengan minyak banyak, api sederhana. Jangan terlalu kuat. Siap goreng. Sejukkan sebentar.
Akhir sekali gaul popia dengan sambal sira tadi. Tabur bawang goreng, siap untuk dihidangkan.
Selain cili padi, ada juga antara kita gemarkan jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng, Char Kue Tiaw mahu pun Mi Goreng.
Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurna.
Admin kongsikan cara buat nya, mudah tapi sedap. Inilah cara yang dikongsikan oleh saudara Lebai Kudin.
Jeruk Cili Rangup Sedap Tahan Lama
1. Petik cili kat tepi rumah, cuci dan keringkan.
2. Guna botol kaca 250ml atau 300ml.
3. Isikan 1/4 cuka makan, 1/4 air panas mendidih, 3 sudu makan gula dan 1 sudu teh garam.
4. Kacau dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Penuhkan botol dengan cili.
6. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 6 bulan.
7. Guna untuk masak tumis, buat sambal belacan dan sebagai ulam.
Selamat mencuba.
Kredit: Lebai Kudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekiranya sebelum ini kita biasa tanam serai dan kunyit untuk tujuan kegunaan sendiri ketika memasak, apa kata kali ini pelbagaikan lagi jenis tanaman dengan menanam sayur kangkung. Anda tidak perlu ada ruang tanah yang luas untuk projek kali ini. Memang mengujakan!
Sebenarnya dengan hanya satu baldi sudah cukup untuk anda menyediakan ruang tanaman kangkung. Sekali tuaian bolehlah dijadikan menu istimewa seperti tumis kangkung goreng belacan, atau pun sekadar di rebus untuk dimakan bersama sambal belacan.
jadi untuk itu, jom kita ikuti perkongsian daripada Puan Nurwahidah ini. Selamat mencuba.
“Hari ni saya masak kangkong yg ditanam dalam baldi. Tanpa racun serangga kimia. Enak ooo…”-Nurwahidah
Langkah menanam kangkong dalam baldi
1. Sediakan tapis dan baldi yang sama saiz mukanya supaya tapis dapat duduk elok dalam baldi
2. Isikan air ke dalam baldi ( biasa baldi 15 liter, isi air dalam 10 liter)
masukkan 50ml Baja A dan 50ml Baja B.
3. Pastikan air mencecah paras tapis tadi. Tidak terlalu tenggelam. Hanya paras-paras tapis sahaja.
4. Tabur benih kangkong dalam tapis, tidak perlu tanah atau apa-apa sahaja media sebab benih kangkong besar. Kalau benih bayam, sawi dan kailan gunakan tuala good morning sebagai lapik dan tabur benih atas tuala.
5. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama 3 ke 4 hari sehingga benih bercambah. Selepas itu bolehlah letakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
6. Selepas cambah semburkan dengan Sri Anak setiap seminggu dua kali atau sekali. Bancuh 5ml Sri Anak utk 1 liter air.
7. Selepas 25 hari dah boleh petik dan masak.
EKSTRA INFO : Selain kangkong, bayam , sawi dan ulam-ulam seperti selom,kesum,pudina atau pun pegaga juga boleh di tanam di dalam baldi.
sumber : Nurwahidah Hambali via KGTTS
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hah…kulit buah boleh dibuat masakan? Ya betul. Selain kulit tembikai yang boleh dijadikan sajian, jangan tak tahu kulit rambai juga cukup enak disediakan dalam menu utama.
Bagi masyarakat di Pantai Timur pastinya menu berasaskan kulit rambai ini menjadi satu kebiasaan.
Kalau berkunjung ke kedai makan di sekitar Pantai Timur pasti menu yang satu ini sentiasa ada. Malah jadi makanan tradisional yang cukup digemari.
Tahu tak selain menu Masak Lemak, ada banyak lagi resipi yang boleh diolah daripada kulit rambai ini. Perkongsian tiga blogger ini di blog masing-masing buat kita rasa terliur. Nak cuba? Jom ikut resipi yang diberikan oleh mereka.
Kredit Foto: nedlinatalisz.blogspot.my
1. nedlinatalisz.blogspot.my
Perkongsian blog nedlinatalisz.blogspot.my agak menarik dengan menu Masak Lemak Cili Padi.
“Pernah makan tak? Nie lauk kampung. Tok yang ajar masak lauk nie.. dan kami start suka makan pun sebab dulu-dulu tok selalu masakkan.
KULIT RAMBAI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
Semangkuk kulit buah rambai
Secekak pucuk puding mangkuk
Sedikit ikan bilis
1 inci kunyit hidup
10-13 biji cili api (ikut suka)
1 kotak santan
sedikit air
Garam dan gula
1. Celur sekejap kulit rambai dan pucuk puding mangkuk.
2. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Perah air kulit rambai dan puding mangkuk supaya nanti gulai kita tak terlalu masam.
3. Kisar cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis hingga lumat kemudian masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, puding mangkuk dan air.
4. Renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
5. Garam dan gulakan dan biar dalam 5 minit. Kalau rasa kurang masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai dan puding mangkuk tu dah cukup buat kuah rasa masam.
6. Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit Foto: nooriahnaim.blogspot.my.
2. nooriahnaim.blogspot.my.
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh blog nooriahnaim.blogspot.my. Kulit rambai yang dijadikan sambal ini nampak hebat.
Ada tak yang tak pernah makan kulit rambai ni? Rasanya agak masam-masam jadi kalau sambal goreng gini memang tak payah letak tomato ke, asam ke, kulit rambai ni dah ok. Makan pulak time hujan-hujan memang tak terasa bertambah nasi ni haha…
SAMBAL BILIS GORENG KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
1/2 cawan ikan bilis -dibersihkan
10 biji cili padi -dihiris kasar
1 biji bawang bombay -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 kuntum bunga kantan -dihiris kasar
1/2 cawan kulit rambai -dihiris kecil
Minyak secukupnya
Sedikit garam dan gula
1. Panaskan kuali, masukan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga ranggup. Angkat
2. Tumis bawang putih, bawang bombay sehingga layu kemudian masukan cili hiris dan kacau rata.
3. Masukkan kulit rambai dan kacau sehingga kulit rambai lembut.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang digoreng. Gaul rata dan angkat.
kredit Foto: secubitgaramnor67.com
3. www.secubitgaramnor67.com
Resipi asli daripada Pantai Timur. Ini yang dikongsikan oleh www.secubitgaramnor67.com.
Bagi warga Pantai Timur terutamanya Terengganu pasti ramai yang tau dengan masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung selalunya buat masakan ni dan selalu juga dibuat time kenduri kecilan seperti kenduri arwah. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dengan partnernya.
SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
Buah rambai -ambil kulitnya sahaja
Petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula
1. Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
2. Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya untuk membuang rasa masam.
3. Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai ke dalam periuk.
4. Masak hingga mendidih dan masukkan santan pekat.
5. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi melariskan jualan mereka, sebuah gerai bazar Ramadan dipuji orang ramai kerana bersedekah Apam Balik melalui potongan ayat al-Quran yang disambung pelanggan mereka.