Buat Playdoh Sendiri Untuk Anak, Menarik Sebab Kos RM5 & Buat Tak Sampai 15 Minit, Confirm Selamat Untuk Anak!

Share

Kos nak beli playdoh pun agak mahal juga sekarang ni. Jadi jomlah kita cuba buat sendiri untuk anak-anak di rumah. Selain jimatkan kos, paling penting anak-anak boleh bermain dengan selamat tanpa risau kalau anak tertelan.

Puan Muna Masrur yang berkongsi DIY buat playdoh sendiri di facebooknya buat kita rasa nak cuba. Mana taknya dengan kos hanya RM5 dan buat pun cepat, hanya 15 je. Jom ikut langkah yang diberikan olehnya.

“Dengan kos kurang RM5 dan cara buat tak sampai 15 minit, mommies dah boleh hasilkan playdoh yang MENARIK & SELAMAT pada anak anak”

Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1/3 cwn air panas
2 sudu kecil garam (sebagai pengawet)
2 sudu besar minyak masak
Pewarna

Cara-caranya:

1.Masukkan garam, air panas, pewarna dan minyak dalam bekas. Kacau hingga warna sebati dan garam larut.

2. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli doh sampai tidak melekat di tangan.

3. Jika masih melekat, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai doh tidak melekat di tangan.

4. Lepas main simpan playdoh dalam bekas kedap udara. Boleh sambung main esok.


Kongsi Tip:

Nak playdoh tahan lebih lama, boleh juga masak adunan dengan api yang sederhana.

Selamat mencuba !