Buntu nak sediakan sarapan mahupun minum petang untuk anak-anak?
Jom buat sendiri pizza yang cukup mudah, cepat dan yang penting sedap. Kalau tak ada oven di rumah tak perlu risau, resipi ini boleh guna dapur biasa untuk bakar pizza anda. Lebih cepat lagi, tak perlu nak uli doh bagai. Menarik kan resipi ni.
😀Resepi ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum dan tunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat. InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.
Bahan:
1. Roti 8 keping (suka pizza nipis)
Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)
2. Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.
3. Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).
4. Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)
5. 3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)
Cara membuat:
Loyang sapu dengan margerin
Guna blender macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Ni orang panggil blender daging rasanya. Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2x saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.
Ads
Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.
Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.
Letak sos tomato
Letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.
Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.
Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat. Yang nak reheat dulu pun boleh.
Ads
Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.
Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit. Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.
Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan “hancur”). 😄. Saya takde pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja. Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok.
Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit.
Tip:
*topping boleh guna/tambah/tukar yang lain. Sosej, ayam, daging, tuna, nenas, bawang, cili besar.
Ads
*garam dan gula tak perlu. Roti dah manis. Susu segar dan keju dah masin.
Begitu banyak sebenarnya nasihat-nasihat daripada Luqman Al Hakim kepada anaknya telah diceritakan di dalam Al Quran. Ini adalah antara tips, nasihat dan info parenting yang boleh kita ikuti untuk mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh. Jom semak.
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.
“Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berzikir.”
“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”
“Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu.”
“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”
“Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.”
“Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.”
“Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik. 2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu. 3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu. 5. Ingatlah Allah selalu. 6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu 7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain. 8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
Daun kari adalah herba yang sangat penting digunakan di dalam masakan terutamanya bila mana ingin menyediakan hidangan kari ayam, kari daging dan sebagainya. Seakan jika tanpa adanya bau haruman daun kari ini, masakan kari yang disediakan tidak sempurna.
Menyedari keistimewaan daun kari, mungkin ada yang terdetik di hati untuk menanam pokok kari di halaman rumah untuk memudahkan dipetik daunnya bila dirasakan perlu. Namun bagi yang tiada masa untuk melakukan itu semua, mungkinkah terpaksa membeli setiap kali ingin menyediakan hidangan kari?
Pun begitu cara ini tentunya membazir, tambahan pula daun kari tidak boleh disimpan lama dan biasanya dalam sehari dua akan layu dan kering.
Tapi hakikatnya, mungkin ramai tidak tahu ada cara yang boleh dilakukan untuk pastikan lebihan daun kari yang dibeli boleh disimpan berbulan-bulan lamanya dengan syarat lakukan seperti mana yang dilakukan oleh Roslan Mamak Haji ini.
Cara-caranya
Leraikan daun dari tangkai.
Basuh bersih dengan air paip mengalir.
Keringkan dijemur matahari, kalau nak cepat masukkan dalam oven di lapik di atas kotak, guna suhu 75C tetapi perlu awas, JANGAN SAMPAI DAUN JADI GARING. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
5. Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun Kari anda ini boleh tahan 2-3 bulan. Selamat mencuba ya!
Pun begitu lain pula cara yang dipraktikan oleh wanita ini yang dikongsikan dipage Masak Apa Hari Ni. Menurutnya, dengan cara tersebut daun kari ni di dalam keadaan elok walaupun sudah 2 bulan disimpan di dalam peti sejuk.
Ini perkongsiannya.
“2 bulan lebih nak masuk 3 bulan dah tapi still segar..”
Tip simpan daun kari:
Lurutkan daun kari dari tangkainya (jangan basuh)
Masukkan dalam tipuware@ tupperware yang di alas tisu kering masukkan daun kari dan letak tisu kering di atasnya dan tutup..
Simpan dalam peti ais bawah je..
I’Allah berbulan-bulan tahan..
Memberi kepuasan menikmati juadah minum petang bersama keluarga, apa kata ibu-ibu mencuba menyediakan menu Puding Karamel ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, hanya telur, susu pekat, susu cair, gula dan esen vanila. Menu yang enak tersedia untuk dinikmati.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Siti Norazliana, jom dicuba.
Day 24 PKP : Puding Karamel
Cara mudah hanya menggunakan barang yang ada kat dapur je ..
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
5 sudu makan gula
Cara penyediaan :
Step 1 :Hanguskan 5 sudu makan gula terlebih dahulu ..Guna api sederhana ..Jangan sampai hangit nanti pahit tak sedap ..Bila gula dah cair masuk air panas 10 sudu ..Masak sampai gula sebati & hancur ..Tutup api masukkan air gula tadi dalam loyang sejukkan ..Nak buat karamel ni perlukan kesabaran sikit ye
Step 2 : Kepuk manja2 telur sampai jadi macam ni
Step 3 :Pastu masukkan bahan lain & kacau sebati ..Tapis adunan terlebih dahulu ..Tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 30 minit ..
Pastikan loyang tutup bagi mengelakkan wap air masuk masa kukus . Dah siap sejukkan & simpan dalam peti ais sekejap baru boleh terbalikkan ..Kalau terbalik masa tengah panas nanti dia akan pecah ..Selamat mencuba
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.