Membayangkan dapat makan pizza ketika bersarapan tentu sesuatu yang cukup mengujakan. Apatah lagi jika disediakan sendiri dan dapatlah dimakan ketika masih panas.
Pun begitu, apa yang kita tahu bukan senang sebenarnya untuk membuat hidangan pizza ini. Adunan perlu diuli dan canai, sediakan toppinh, dibakar dan pelbagai lagilah prosesnya.
Namun andai anda menyediakan pizza dengan teknik ini, nyata ianya cukup mudah dan pastinya anda yakin dapat sediakan menu ini pada bila-bila masa dan ketika. Nak tahu bagaimana penyediaannya, jom semak perkongsian daripada Nina Nuar. Selamat mencuba!
Pizza 5 Bahan Tanpa Oven
Resepi ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum dan tunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat.
InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.
Bahan:
1. Roti 8 keping (suka pizza nipis)
Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)
2. Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.
3. Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).
4. Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)
5. 3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)
Ads
Cara -cara buat :
Guna blender macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Ni orang panggil blender daging rasanya.
Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2x saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.
Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.
Ads
Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.
Letak sos tomato kemudian letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.
Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.
Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat. Yang nak reheat dulu pun boleh.
Ads
Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.
Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit.
Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.
Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan “hancur”). Saya takda pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja.
Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok.
Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit.
ekstra tip
*topping boleh guna/tambah/tukar yang lain. Sosej, ayam, daging, tuna, nenas, bawang, cili besar.
*garam dan gula tak perlu. Roti dah manis. Susu segar dan keju dah masin.
Kalau kreatif semua menjadi kan, sekarang tak ada istilah tak boleh nak buat kek kalau tak ada oven. Guna kuali pun dah boleh dapat kek sedap.
Farah Nazri kongsikan caranya buat kek Span Marble Susu dengan hanya menggunakan kuali sahaja. Jom cuba!Assalamualaikum MAHN , disebabkan teringin sangat nk makan kek tapi oven takda so hari ni kita try membaking kek span marble susu pakai kuali 😆😆 . Resepi mudah je , sy dapat dari fb 😘😘 . Btw adunan tu sy punya terlebih sebab loyang kecik 😅😅. Mujur masak dalamnya 😂 . Selamat mencuba
Cara membuat:
1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.
2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.
5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.
6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.
7. Siap untuk dihidang!
P/S: Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri Kredit Resepi: Irfan Syazwanshah Edittt : pada yang nk guna kuali tu, lapik dengan pelapik dapur tu je ye dekat bawah loyang.
Pastikan api sederhana perlahan. Sy buat dalam 45 minit . Nk tahu masak ke tak kena cucuk tgh2 kek tu. Kalau tak melekat tu maksudnya dh masak.
Saya ada attach gambar dekat last cara letak loyang dalam kuali .
Menikmati enaknya pucuk ubi yang direbus bersama sambal belacan memang sukar untuk digambarkan kenikmatan rasanya, boleh buat makan bertambah!
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga yang alah dengan makan pucuk ubi. Jika makan akan berangin perut dan buat rasa tidak selesa.
Itu belum lagi hingga ada yang terasa kepala berat dan sakit dan pelbagai lagi kesan daripada makan pucuk ubi yang dikatakan kumpulan sayur yang berangin.
Namun bila mengenangkan sedapnya makan ulam pucuk ubi ini, ada juga yang sanggup ‘curi-curi’ makan untuk melepaskan keinginan.
Sebenarnya ada petua yang boleh dipraktikan. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Saleha Maarof berkenaan petua yang diamalkan oleh ibunya setiap kali merebus pucuk ubi.
Kesannya, ibunya yang pada awalnya alah dengan makan pucuk ibu sudah boleh makan tanpa kesan sampingan.
Nak tahu bagaimana caranya, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
PETUA ELAK KENA ANGIN, SAKIT KEPALA
Tau tak, ada orang kan dia alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kene serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari mak sal sendiri. Mak memang takboleh makan sebarangan memang mudah kene angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Petua ni mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah menikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa nak rebus pucuk ubi tu.
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Nak rebus sekali batang boleh, taknak pun takpa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah takda masalah lepastu kita nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam kan.
Sejak kebelakangan ini tular tentang donut kampung red velvet selepas ada pempengaruh mula menjual kuih tersebut. Bagi yang duduk berdekatan, boleh la merasai sendiri donut tersebut.
Yang mana duduk jauh ni, gigit jari lah gamaknya! Oh tak…. Tak perlu nak sampai gigit jari. Cer buat sendiri sahaja di rumah! Bukan susah pun tau nak buat, campur je semua bahan, adun, dan siap! Tak percaya? Jomtengok resipi yang dikongsikan oleh Puan Hana ni. Uli guna tangan je tau! Yang pasti, hasilnya donut tu lembut sampai ke malam. Jom cuba!
Donut Kampung Red Velvet, Lembut Sampai Ke Malam
Donut kampung je tapi ditambah perisa red velvet. Cara mudah untuk membuatnya hanya dengan ulian tangan. Boleh menghasilkan anggaran 10 ke 12 biji donut mengikut kesesuaian acuan atau besarnya bebola doh.
Bahan-bahan:
*2 cawan tepung gandum
*1 sdb gula
*1sdb susu tepung
*1/2 sdb margerin
*1 sdt yis kering
*Secubit garam
*1 sdt pewarna red velvet emulco
*1 sdt serbuk koko
*1/2 cawan air lebih kurang
1/2 cawan gula kaster
Cara penyediaan:
– Masukkan semua bahan bertanda (*) ke dalam 1 mangkuk besar.
– Sebatikan dan uli sekitar 10 minit. Rehatkan selama 5 minit.
– Boleh dibentuk menggunakan acuan atau dibuat bebola.
– Biar naik sekitar 20 minit dan panaskan minyak dengan api sederhana.
– Masukkan donut tadi. Goreng 1 minit di setiap bahagian.
– Angkat dan terus sadurkan dengan gula kaster atau susu tepung.
Memang lembut sampai ke malam dan sesuai dijadikan hidangan minum petang. Selamat mencuba!
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.