
Jika anda ibu-ibu yang bekerja tetapi suka memasak, tentunya sentiasa tercari-cari resepi yang mudah dan cepat nak buat. Bukan tak mampu nak beli makanan di luar, tetapi jika hari-hari makan di luar tentunya anak-anak akan bosan. Kesian anak-anak tak dapat merasa air tangan ibunya.
Sekali lagi, Keluarga dapati resepi yang viral untuk ibu-ibu mencuba! Guna roti untuk buat pizza. Bolehlah cuba hujung minggu ni. Jika dah expert boleh jadi bekalan buat anak-anak ke sekolah kan. Yang pasti, homemade tu lagi selamat dan dijamin kebersihannya. Jom semak resepi viral superb oleh dikongsi oleh puan Nina Karina resepi asal oleh puan Nanny Emma Emma. Jom semak!
Nah pakat2 pi buat <3
Roti heaven..
8 keping roti Gardenia di susun 2 keping 2 keping dalam loyang yg di lapik baking paper
letak kan sedikit butter mcm dalam pic di bawah.
8 biji telur
semangkok kecil mozzarella
semangkok kecil cheese cheddar parut
semangkuk kecil daging cincang ramly
sebiji bawang besar di dadu
2 biji cili besar di hiris
sedikit daun bawang di hiris
sedikit aji shio black pepper
kocok2 kan semua dan tuang atas roti
bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas bawah 25 minit atau sampai garing .
makan panas2 sedap.
kredit : – Nanny Emma Emma
Masing-masing Ada Peranan. Tak Ada Istilah Ini Kerja Kau, Ini Kerja Aku!

Apa sebanarnya tugas dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dalam rumahtangga ya?
Walau apa jawapannya, apa yang pasti terlalu banyak perkara yang difikirkan dan perlu diuruskan oleh suami mahu pun isteri saban hari.
Ini didetailkan lagi melalui perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, semoga bermanfaat.
Tahu, kan? Isteri kamu penat. Setiap hari fikirannya tertumpu untuk keselesaan suami dan anak-anak. Setiap perincian, walau sekecil mana pun dia akan fikir.
Pasal makan, dia fasih makanan apa yang suami suka, apa yang anak-anak suka. Jika ada bercanggah kemahuan, dua-dua pun dia masak. Tak apa penat sikit, asalkan semua makan berselera. Di sebalik itu semua, kemahuan dirinya sendiri tak tertunai, kerana makanan yang dia suka, suami dan anak-anak tak suka.
Cuba buka almari dan lihat. Semua baju dia dah susun elok. Ikut jenis. Ikut kegunaan. Ikut pasangan pakaian yang sesuai. Baju suami digosok rapi. Panas atau hujan, jarang baju kerja tak tergantung elok bergosok dalam almari di pagi hari. Baju sekolah anak-anak bersih, walaupun setiap kali pulang sekolah comotnya bukan main. Kalau koyak, dia baiki.
Tandas— Bersih. Shampu untuk rambut. Sabun cecair untuk basuh tangan. Sabun cecair untuk badan. Sabun bau badan untuk ketiak. Pencuci mangkuk tandas. Sabun muka. Ubat gigi. Dapur—bersih. Sabun cuci baju. Peluntur. Pewangi. Sabun cuci pinggan. Pencuci untuk lantai. Semua benda ni, siapa uruskan? Siapa periksa habis atau tidak? Siapa lagi kalau bukan isteri.
Alat-alat penjagaan diri dan kesihatan, isteri juga yang uruskan. Dia beli termometer, nasal aspirator, nasal irrigator, minyak panas, ubat demam, plaster luka, bandage, pengetip kuku, sikat, dental floss, pencuci luka dan ubat-ubatan. Dia simpan teratur. Anak-anak tak sihat, mesti dia perasan dahulu.
Sekali pun ada pembantu rumah, siapa yang ambil tahu semua perkara ni? Isteri juga. Balik kerja, dia periksa sendiri semua perkara ini. Paling tidak dia tanya pada pembantu rumah. Dia pesan pembantu rumah itu dan ini agar semuanya elok.
Banyak yang perlu difikir dan dikerjakan oleh si isteri. Jadi tak usahlah jadi suami yang terlalu cerewet. Hargai semua benda-benda kecil yang isteri fikir dan lakukan untuk suami dan anak-anak. Uruskan rumah bukan mudah. Kalau ada yang baik, maka puji. Kalau tak baik, diam-diam dahulu. Kalau nak tegur, pastikan anak-anak tak dengar. Apatah lagi orang lain.
Ohya!
Suami kamu pun penat. Pagi, bangun tidur , walaupun lebih lambat dari isteri, perkara pertama dalam fikiran dia adalah kemandirian keluarga.
Bil air dah bayar? Bil eletrik? Ansuran rumah, ansuran kereta, bil pembentungan, bil internet, bil telefon, cukai pintu, dan sebagainya ni, dah bayar? Gaji pembantu rumah? Kalau tak bayar semua utiliti ini, maka terganggulah urusan harian. Bayangkan tak ada eletrik, tak ada air, pembentungan tak dibersihkan. Serabut kepala.
Kereta, ada minyak tak? Air radiator dan wiper cukup ke? Minyak stereng, minyak enjin, minyak kotak gear, minyak brek semua masih ada? Alignment dan balancing roda dah dibuat? Tekanan angin tanya optimum tak? Insuran kereta dan cukai jalan dah bayar? Kereta isteri sekali dia selalu periksa. Suami fikir benda-benda ni untuk keselamatan keluarga.
Dia kerja hari-hari, fikir pasal perancangan kewangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Simpanan KWSP untuk simpanan masa tua. Simpanan kecemasan. Caruman PERKESO untuk perlindungan di tempat kerja. Insuran/takaful kesihatan dan nyawa isteri dan anak-anak. Duit simpanan untuk anak-anak belajar. Kena rancang baik-baik.
Lelaki, nampak sahaja macam dia tak kisah pasal keluarga, balik kerja dia suka-suka baring depan televisyen, meminta air itu, makanan ini, minta nak keluar jumpa kawan. Sebenarnya suami kisah pasal kebajikan dan keselamatan keluarga. Cuma fitrah lelaki tidak suka tunjukkan keprihatinan.
Banyak perkara yang difikirkan dan diuruskan oleh suami. Jadi tak usahlah sambut suami pulang kerja dengan leteran. Lagi-lagi depan anak-anak. Tak elok aibkan suami depan anak-anak. Jika nak tegur, elakkan biarlah ketika tiada orang lain dan ketika suami dalam mood yang baik. Lelaki ni egonya tinggi, kalau di aibkan, memang dia akan melenting.
Dalam institusi keluarga, masing-masing ada peranan dan tak ada istilah ini kerja kau, ini kerja aku. Isteri kena buat kerja suami, dan suami kena buat kerja isteri. Barulah sama-sama memahami kepayahan perkara-perkara yang diuruskan oleh pasangan masing-masing. Ajar juga anak-anak ambil tahu tentang hal-hal pengurusan rumah dan pengurusan kewangan.
Akhir sekali, jangan pernah membanding pasangan kita dengan pasangan keluarga lain. Ia sesuatu yang sangat menyinggung pasangan. Setiap keluarga ada kekuatan dan kelemahan sendiri.
Jika ada kelemahan, sama-sama baiki. Jika ada kekuatan, sama-sama suburkan.
Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Cepat Betul Anak Mama Besar. Usaha Lebih Ye Manja.” Elly Mazlein Syukur Anak 6 Tahun Lancar Baca & Mengira, Titip Doa Sukses!

Ibu mana yang tak gembira melihat pencapaian anak walaupun masih kecil, demikian juga dengan Elly atau Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi.
Akui isteri kesayangan Cikgu Azlan ini, dia teruja melihat anak sulungnya yang kini memasuki usia 6 tahun bakal memasuki alam persekolahan tahun hadapan.
“Alhamdulillah da 6 tahun Putri Sara Sefhia. InsyaAllah Next year da darjah 1. Cepat betul anak mama beso. Ok tahun ni manja da kena betul-betul siapkan diri untuk derajah 1.
“Tq Teacher’s @cic_malaysia @abedeen.academy mngajar semua anak-anak dengan baik. Alhamdulillah manja makin lancar mmbaca & mengira,” ungkap Elly lagi.
Ely Dalam pada itu berharap anaknya, Sefhia akan terus meningkatkan lagi usaha dalam bidang akademik demi masa depan yang lebih baik.
“Tahun ni kite usaha lebih lagi ya manja, ni smua demi masa depanmu sayang. InsyaAllah Papa, Mama, Atok akan cuba bg yg terbaik buat manja Love u manja #educationfirst,” luah Elly menerusi kapsyennya di akaun Instagram.
Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Haider Mateen, 3 bulan.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini sudah mencecah usia enam tahun.
Sumber: Ellymazlein
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Gara-gara Nak Khatankan Anak, Ibu Bapa Ni Terpaksa Menanggung Kos RM30K!

Berkhitan, bersunat, ‘masuk jawi’ itu antara kata nama lain yang merujuk kepada khatan dan lazimnya kebanyakan prosedur khatan kerap dilakukan pada musim cuti sekolah.
Lantaran itu bagi anak lelaki musim cuti sekolah membawa dua kemungkinan sama ada akan melalui musim cuti yang menyeronokkan tanpa perlu mengulang kaji pelajaran atau berasa gusar dan mungkin ada yang takut untuk berkhatan.
Bercerita tentang berkhatan ini, pastinya setiap antara anak-anak dan ibu bapa punya pengalaman yang tersendiri. Ada suka dan dukanya yang tersendiri.
Ini seperti mana yang dikongsikan Puan Nor berkenaan insiden yang tidak diingini telah menimpa anaknya. Diharapkan perkongsian ini dapat membuatkan ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati dan jadikan iktibar.
Ini perkongsiannya.
Saya nak kongsikan pengalaman anak saya berkhatan supaya ibu bapa boleh ambil iktibar.
Bulan 12/2021, suami saya daftarkan anak berkhatan di sebuah klinik di Seri kembangan. Memandangkan tahun depan anak sudah pun memasuki 7 tahun jadi saya bersetuju.
Kami pergi ke klinik tapi difahamkan yang sunatkan anak saya adalah tok mudim. Kami agak sangsi pada mulanya sebab kami sangkakan doktor yang akan mengkhatankan anak saya. Tetapi setelah diberitahu tok mudim adalah bekas MA di sebuah hospital kerajaan kami pun setuju. Kaedah khatan yang digunakan adalah menggunakan laser.
Selesai berkhatan tok mudim cuma beritahu jangan mandi dan jangan kena air selama 2 hari.Tok mudim kata tidak perlu balut supaya luka cepat kering.
4 Hari Merengek Sakit
Klinik ada bekalkan krim sapu dan ubat tahan sakit. Hari pertama anak merengek sakit, tapi apabila diberi ubat tahan sakit anak tertidur. Keadaan yang sama berlarutan sehinggalah hari ke 4. Anak menangis tak henti- henti sehingga tangan dan kakinya menggigil. Gigi di ketap.
Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa anak ke klinik. Tapi doktor yang bertugas pada malam itu mengatakan keadaan anak dah teruk. Alat sulit sudah mula dijangkiti kuman. Doktor di klinik buat surat supaya kami rujuk ke hospital segera.
Kos Rawatan Cecah RM30K
Malam tu kami pergi 2 buah hospital. Hospital ke 3 baru ada doktor pakar yang boleh merawat. Anak terpaksa warded sehingga 5 hari dan doktor pakar sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan walaupun pada mulanya doktor pakar kata sudah tiada harapan sebab alat sulit sudah lebam dan hitam. Jumlah bill hospital dan semua kos kami terpaksa dibayar sehingga kini lebih RM30,000.00.
Dan anak masih lagi trauma bila lalu di klinik tersebut. Tiap-tiap malam meracau seperti trauma. Bahkan hingga ke hari ini kami perlu membawa anak ke hospital sekali setiap bulan untuk melihat pantau keadaannya.
Saya harap para ibu bapa di luar sana, lebih berhati-hati dan sentiasalah bertanya dengan lebih detail untuk ambil maklum sebelum buat keputusan untuk khatankan anak kerana ini melibatkan masa depan anak-anak kita.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club