Buat Perangkap Lalat Guna 3 Bahan Sedia Ada Di Dapur. Mudah Nak Buat & Berkesan!

Share

Bila tiba-tiba ada seekor dua lalat  muncul di kawasan rumah, sama ada di ruang dapur, di meja makan bahkan di kawasan sekitar rumah sekali pun, menyebabkan kita tidak selesa dan terganggu dibuatnya. Ini memandangkan lalat sebagai mana semua maklum, adalah serangga yang mampu menyebarkan pelbagai penyakit.

Jadi apa cara yang biasa anda lakukan untuk membasmi lalat tersebut?

Selain menggunakan racun serangga atau kertas pelekat lalat, namun sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk anda boleh buat sendiri perangkap lalat. Caranya cukup mudah dengan hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu gula perang, madu dan air.

Ini sebagaimana perkongsian video di tiktok oleh jdeleon716. Begini langkah demi langkah untuk membuat perangkap lalat tersebut.

  1. Ambil botol plastik dan dipotong pada bahagian atasnya.
  2. Kemudian masukkan1 cawan  gula perang ke dalam botol tersebut.
  3. Kemudian masukkan 1 sudu madu.

4. Masukkan 1 cawan air dan kemudian dikacau rata.

5. Setelah itu letakkan bahagian atas botol yang dipotong tadi secara terbalik. Siap untuk digunakan.

Sumber : @jdeleon716

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club