Bila tiba-tiba ada seekor dua lalat muncul di kawasan rumah, sama ada di ruang dapur, di meja makan bahkan di kawasan sekitar rumah sekali pun, menyebabkan kita tidak selesa dan terganggu dibuatnya. Ini memandangkan lalat sebagai mana semua maklum, adalah serangga yang mampu menyebarkan pelbagai penyakit.
Jadi apa cara yang biasa anda lakukan untuk membasmi lalat tersebut?
Selain menggunakan racun serangga atau kertas pelekat lalat, namun sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk anda boleh buat sendiri perangkap lalat. Caranya cukup mudah dengan hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu gula perang, madu dan air.
Ini sebagaimana perkongsian video di tiktok oleh jdeleon716. Begini langkah demi langkah untuk membuat perangkap lalat tersebut.
- Ambil botol plastik dan dipotong pada bahagian atasnya.
- Kemudian masukkan1 cawan gula perang ke dalam botol tersebut.
- Kemudian masukkan 1 sudu madu.
4. Masukkan 1 cawan air dan kemudian dikacau rata.
5. Setelah itu letakkan bahagian atas botol yang dipotong tadi secara terbalik. Siap untuk digunakan.
Sumber : @jdeleon716
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Habis Dimakan Muka Mamanya.” Gelagat Anak Lelaki Manja & ‘Melekat’ Dengan Elly Mazlein Raih Perhatian
Pelakon dan hos, Elly Mazlein memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat anak lelaki, Haider Mateen yang sangat manja dan rapat dengannya.Video yang di ambil ketika selebriti ini dan keluarga pergi bercuti baru-baru. Haider yang sedang dipangku oleh Elly Mazlein memeluk dan mencium pipi ibunya tanpa henti. Biarpun hanya nampak sisi wajah anak lelaki namun rata-rata geram melihat gelagatnya itu.
Selain gelagat Haider, turut kelihatan di dalam video tersebut adalah anak perempuan Elly iaitu Putri Sara Sefhia yang sedang mandi di kolam bersama papanya, Mohamad Azlan Che Nuh.
Sememangnya Sefhia cukup manja dengan papanya kerana sebelum ini banyak dikongsikan keakraban dua anak beranak ini.
menerusi kapsyennya, Elly turut menguarakan pertanyaan kepada pengikutnya adakah anak lelaki sememangnya sangat manja dengan ibu.
Sumber: iamellymazlein
ARTIKEL MENARIK: Tak Boleh Ikut Peraturan, Bersedialah Untuk Dihukum, Bukan Minta Dilayan Macam Raja
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : Neelofa Rancang Ikut Suami Sambung Belajar Di Tanah Arab & Dedahkan Bilal Persekitaran Baru!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Geli Sampah Mudah Berulat? Begini Cara Atasinya, Yang Penting Dua Bahan Ni Kena Ada. Memang Mujarab!
Sampah di rumah adakalanya mengundang masalah jika lambat dibuang. Bukan sahaja meninggalkan bau busuk malah mengundang ulat. Geli pula apabila ini berlaku kan.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku sebenarnya ada petua yang dikongsikan untuk menghilangkannya malah mengusir ulat ini.
Blog la-abwa.blogspot.my berkongsi petua bagi mengelakkan ulat-ulat ini. Jom ikut petua yang dikongsikan olehnya.
Kakak saya dapat petua elakkan ulat ni secara tak sengaja. Waktu itu ulat-ulat sudah mula merayap hingga atas tong sampah. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat-ulat tu.
Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa-rupanya ulat yang kena serdak cengkih sudah mati.
Petua 1
- bunga cengkih dan tumbuk kasar.
2. Taburkan pada tong sampah dan kawasan sekelilingnya.
3. Biarkan sahaja dan hasilnya ulat akan mati tanpa disembur bahan kimia.
Petua 2
Satu satu cara lagi ialah dengan menggunakan sedikit cecair peluntur baju.
- Bancuh 2 penutup cecair peluntur baju dengan air secukupnya.
- Kemudian masukkan ke dalam botol semburan (spray bottle).
- Selepas sisa kepala ikan dibuang, bungkus dalam plastik dan spraykan semburan tadi ke dalam plastik.
- Masalah bau akan hilang, ulat pun tak akan muncul lagi.
Rupa-rupanya bunga cengkih banyak khasiatnya, selain untuk kegunaan sebagai bahan tumisan dalam beberapa masakan seperti kari dan sebagainya, ia juga boleh membantu masalah di dapur ibu-ibu. salah satunya mengelakkan ulat sampah.
Selain itu, terdapat kelebihan lain mengapa ibu-ibu perlu simpan cengkih di rumah. Jom baca ni!
Pulihkan Masalah Campak
Bunga cengkih dikatakan baik untuk merawat demam campak. Ambil bunga cengkih dan gula batu. Rendam bunga cengkih di dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata. Minum sedikit demi sedikit dan amalkan sehingga campak makin pulih.
Atasi Sakit Gigi
Selain mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanfaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang. Caranya ia dengan merebus cengkih ini bersama segelas air. Apabila sejuk, kumurlah dengan air ini.
Pulihkan Batuk
Kunyah cengkih bersama garam secara serentak. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada kerongkong. Anda juga boleh membakar cengkih ini terlebih dahulu jika tak mahu dimakan mentah.
Hilangkan Bau Peti Sejuk
Ikat bunga cengkih dalam kain dan jadikan uncang. Letakkan ke dalam peti sejuk bersama sedikit arang. Cara ini menyerap bau yang kurang enak.
Halau Semut
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang malah gula juga berbau harum.
Malu Kulit Kering Bersisik, 10 Cara Pulihkannya, Sila Cuba!
Masalah kulit kering mungkin bukan satu masalah yang besar bagi yang tak mengalaminya. Namun bagi mereka yang mengalami masalah ini, kulit kering ‘bersisik’ dan adakalanya berpeta-peta terutama di bahagian kaki dan betis sentiasa menjadi satu masalah.
Malu jika kain yang dipakai terselak sehingga menampakkan ‘peta-peta’ ini, jadi satu masalah paling besar buat semua wanita.
Tak hanya bersisik, kulit kering juga sentiasa buat kulit nampak kusam, pucat, kedut dan tidak segar.
Sebenarnya kulit kering dan bersisik ini berpunca dari pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat. Jadi bagaimana atasi kulit kering dan cepat berkedut? Ini caranya:
1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit. Bagi yang tak makan ikan, boleh amalkan minyak ikan setiap hari. Membantu!
2. Amalkan soya
Soya dikatakan mampu merawat masalah kulit terutama kulit kering. Malah ia juga merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Pilih Koko
Jangan anda sentiasa pilih teh dan kopi apa kata tukar kepada coklat atau koko. Ia Mengandungi antioksidan, malah koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
4. Tolong guna pelembap
Sila gunakan pelembap kulit atau losyen untuk elakkan kulit lebih kering jika terdedah kepada matahari. Ini penting.
5. Jangan Berkerut
Mengerutkan muka atau mengecilkan mata apabila memandang objek jauh buat kulit tegang. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
6. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.
7. Mandi Susu
Sentiasa amalkan mandian susu dan sauna herba juga salah satu cara melembapkan kulit dan sekaligus mengatasi masalah kulit kering dan bersisik. Kulit jadi lembap sentiasa, malah lebih halus dan gebu.
8. Guna pencuci muka gel
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
9. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
10. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.