Buat Pancake Cara Cik Dayang Zuhaila, Dah Lama Masak Pun Tetap Lembut!

Share

Sedapnya kalau dapat makan pancake yang gebu dan comel bukan? Ditambah pula diletakkan topping coklat meleleh, pasti membuatkan rasanya begitu enak dinikmati tanpa mengira waktu.

Jom layan Resepi BABY PANCAKE VIRAL.

 

 

BAHAN :


150g tepung gandum
200g susu full cream
35g butter
35g gula kastor
2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 tsp vanilla powder
1 biji telur

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL MENARIK

 

 

 

CARA-CARA :
1.Satukan kesemua BAHAN ke dalam blender dan sehingga sebati dan tak berketul.


2.Kemudian tapis adunan supaya texture pancake lebih halus.


3.Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.


4.Panaskan kuali. Sapukan sedikit butter.


5.Masak pancake ikut saiz kesukaan masing2 lebih kurang 10minit. Api perlahan je.


6.Akhir sekali boleh letak topping mengikut citarasa masin-masing.


Siapppp. Senang je tauu. Pancake nie dah sejuk pun lembut lagi cek oii.

 

Sumber : Cik Dayang Zuhaila

 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club