Buat anda yang mementingkan keindahan dekorasi rumah pastinya bukan sahaja ruangan dalaman menjadi tumpuan utama malah dari pintu pagar juga akan diberi perhatian khusus untuk mencipta gaya ruangan agar nampak menarik dan bergaya.
Apa yang pasti dalam memilih rekaan pagar di keliling rumah dengan rekaan yang indah akan mencipta gaya yang tersendiri dan ianya nampak begitu ketara.
Umumnya bila dilihat dari sudut kos untuk membina pagar yang menepati citarasa, harganya bukanlah murah. Pun begitu, itu semua telah memberi idea kepada Muhammad Faizal untuk lakukan diy bagi mencipta gaya pagar rumahnya dengan bermodalkan ratusan ringgit sahaja, namun apabila siap nampak seperti pagar berharga ribuan ringgit.
Nak tahu apa bahan yang digunakan. Jom ikuti perkongsian daripadanya. Semoga ianya dapat memberi inspirasi untuk anda upgrade pagar lama menjadi lebih menarik dengan modal yang sedikit. Selamat mencuba!
Ini perkongsiannya:
Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY. Asalnya nak tukar tapi bila pikir balik cost dalam 3-4k jugak. Dengan bantuan skill tukang masa belajar kemahiran hidup di sekolah maka terhasil la nya. Cost rm350 ada balance. Misi utama untuk tertutup supaya lebih privacy. Terus nampak pagar berharga rm 3k.
Menjadi seorang ibu dan dalam masa yang sama berkerja tentunya jadual harian yang dilalui sangat padat dan meletihkan. Perlu menggalas tanggungjawab di pejabat dan bila di rumah, melunaskan banyak perkara dalam mengurus rumah tangga agar sempurna.
Atas alasan ini, wajar bagi seorang isteri mahukan ruang waktu bersendirian atau sedikit ‘me time’ untuk merehatkan diri dan sekali gus menenangkan minda. Sebagai suami pula, sebenarnya ada baiknya memahami keperluan memberi waktu ‘me time’ untuk isteri tercinta.
Apa yang pasti, ‘me time’ setiap wanita itu berbeza-beza. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang suami ini, bila menyentuh tentang me time terbaik yang diberikan untuk isterinya.
‘Me time’ yang terbaik buat seorang isteri adalah dapat baca Al-Quran, zikir, solat tanpa gangguan dari suami dan anak-anak. Saya ambil peluang ini jaga anak sementara isteri habiskan amalan dia.
Prinsip saya. Untuk isteri taat suami, berusahalah agar isteri taat الله dan Rasul terlebih dahulu. Sibukkan isteri dengan amal ugama, bukan sibukkan mereka dengan drama TV dan jangan sibokkan mereka dengan kerja rumah yang tak pernah habis.
Percayalah. Isteri itu anugerah terhebat dari الله. Dialah penyeri hidup seorang suami, dialah sumber pahala buat suami, dari dia jugalah akan lahirnya anak yang soleh solehah.
Kita suami jangan lupa doa;
“ ya Allah jaga isteri saya, ampunilah dosa-dosa dia, jauhkankanlah dia dari fitnah akhir zaman, kurniakan dia syurga tanpa hisab”
Komunikasi dalam rumah tangga cukup penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri.
Namun, semakin bertambah usia perkahwinan, semakin ramai pasangan yang jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Kerjaya, anak-anak dan persekitaran antara faktor penyebab berlakunya jurang komunikasi. Tetapi paling utama adalah suami isteri itu sendiri yang kurang inisiatif untuk mengambil berat.
Dengan kata lain, tidak suka bertanya apa yang pasangan mereka ingini. Sedangkan itu yang paling penting dalam rumah tangga.
Tanya. Terlalu penting perkataan ini. Dalam perhubungan suami isteri, jika tidak bertanya, belum tentu kita akan tahu apa yang bermain di fikiran pasangan. Itu yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir.
Jangan cakap pasal faham memahami. Jangan cerita la dari pandangan mata kita boleh faham isteri atau suami. Tak semestinya dan tak selalunya betul.
Kena selalu bertanya. Soalan yang paling jarang kita tanya pasangan apabila sudah lebih 5 tahun berkahwin ialah apa yang pasangan kita mahukan. Keinginan dia semasa mula kahwin dengan selepas 5 tahun pastinya berbeza. Kita sendiri pun berubah selepas 5 tahun berkahwin. Sama ada ke arah lebih baik, atau ke arah lebih buruk.
Lebih baik apabila pasangan punya kemahuan semakin banyak dipenuhi. Yang buruk ialah apabila semakin hari, pasangan kita semakin memendam rasa. Ada yang tak kena. Tapi tak dapat diluahkan. Kerana pasangannya tidak pernah bertanya.
Meluahkan bukan perkara yang mudah. Kita takkan tahu apa reaksi dari luahan kita itu nanti. Itu sebabnya ramai yang simpan perasaan itu dalam-dalam. Mungkin kita tak sedar, ada benda yang kita terlepas pandang sejak kita berkahwin. Mungkin juga ada benda yang kita buat semakin menjengkelkan pasangan kita.
Itulah sebabnya perlu bertanya.
“Sayang, boleh I tahu apa yang U nak?” “Sayang, ada tak benda yang U nak?”
Jika tiada jawapan atau dia mengelak, pandang tepat mata pasangan anda. Tanya dia lagi.
“Sayang, kalau ada apa-apa yang U nak, bagitau je”.
Dari sekecil-kecil permintaan, hinggalah ke sebesar-besar pendedahan. Dengar selepas bertanya. Jangan tanya dan biar ianya tergantung. Pasti ada yang boleh membuatkan perhubungan itu menjadi lebih erat.
Jangan marah jika pasangan tidak pernah bertanya, kerana tidak menjadi kesalahan jika kita yang bertanya dahulu. Ingatlah yang perhubungan ini adalah dua hala. Tak semestinya perlu gerak kedua-duanya serentak. Mungkin anda yang perlu mulakan dahulu.
Jangan pula marah bila ada benda yang perlu diubah atau diperbaiki. Nanti, soalan-soalan selepas itu pasti tidak akan dilayan lagi.
Tanyalah apa pun. Nak makan apa? Nak minum apa? Apa yang boleh anda bantu? Apa yang boleh menggembirakan pasangan? Apa yang membuatkannya tidak selesa? Apa yang disukainya. Bagaimana anda boleh memudahkan urusannya. Bagaimana anda boleh menenangkan jiwanya. Tanya sahaja. Jangan tunggu.
Jika pasangan menunggu terlalu lama, mungkin akan ada orang lain yang sudi bertanya. Berhati-hatilah.
Mulakan bertanya dari sekarang.
Penulisan ini saya buat secara spontan tanpa dirangka selepas bertanyakan apa yang isteri nak saya tapau bila saya balik kerja nanti. Sila abaikan selera besar dia tu. Hahaha..
Saya tak tahu jika penulisan ini akan memberi manfaat kerana jari saya terus menaip tanpa henti. Jika ya, kongsilah penulisan ini. Jika tidak, saya akan cuba lagi di penulisan yang lain.
Korang nak makan apa malam ni? ?
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Perkongsian kali ini daripada Nara B bersempena sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun pada 15 ogos yang lalu. Nora B telah berkongsi rahsia penjagaan kecantikan wajahnya. Katanya dengan berkongsi ilmu di hari kelahirannya itu adalah sebagai satu cara bersedekah.
Ayuh kita ikuti perkongsiannya.
“Masker beras ni adalah produk natural jadi akan makan masa untuk merperolehi kulit yang sihat. Bergantung pada kulit masing-masing. Macam saya hampir 5 bulan juga untuk mendapatkan kulit yang bersih.
“Dulu saya mempunyai masalah kulit yang sangat teruk. Tak boleh pakai produk-produk luar habis naik jerawat nanah yang besar. Nak cover dengan make up pun tak cantik sebab berkerutu. Siap ada yang cakap muka berkerutu lagi. Selepas amalkan masker, alhamdulillah kulit dah semakin sihat. Apply make up simple2 n pakai bedak baby ja. Di sini saya sertakan bahan-bahan dan cara buat.”-Nara B
Manfaat masker beras pulut:
* anti penuaan
* mengurangkan kulit berminyak
* membuang sel-sel mati
* menganjalkan kulit
* mencerahkan kulit
MASKER BERAS PULUT
BAHAN-BAHAN
* Susu full cream
* Beras pulut ( tak perlu basuh )
CARA MEMBUATNYA
* Ambil beras pulut kemudian blander sehingga halus.
* Dah halus ambil dalam 2 sudu makan masuk dalam bekas dadih dan tuang sedikit susu full cream. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat.
* Kemudian simpan semalamam dalam peti sejuk
* Boleh tahan sehingga seminggu
CARA PENGGUNAAN
* Apply di muka 2 hari sekali..nak cantik kena rajin
* Sapu perlahan-perlahans pada wajah dan biar sehingga kering. Time ni kulit muka akan tegang sangat.
* Kemudian boleh bilas dengan air dan lap dengan tuala bersih. Kalau boleh khas untuk muka sahaja.
* Bagi mendapatkan kulit muka lebih cantik haruslah pakai apa-apa moisturizer. Macam saya pakai Serum Vit C saja.
sumber : Nara B
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Zaman sekarang, makin ramai kanak-kanak yang menghidap penyakit yang dahulunya hanya dikaitkan dengan orang dewasa, termasuk kolesterol tinggi.Perkongsian daripada Dietitian , Nur Hafizah M Sobri ...