Memanfaatkan dengan ‘memasukkan’ data-data positif pada anak-anak sebelum mereka tidur, itu lazim kita lakukan.
Ini memandangkan kita tahu ketika minda anak-anak berada pada separa sedar, setiap apa yang dibisikkan mampu mempengaruhi diri seseorang dari segi kesan fizikal atau emosi.
Hal yang sama dikongsikan oleh Najmi Nawawi dan turut mengingatkan beberapa perkara yang mungkin kita terlupa untuk buat pada diri sendiri.
Ini perkongsiannya.
Ramai yang sudah amalkan. Sebelum anak mereka tidur, dijadikan waktu terbaik untuk install segala perkara yang positif dalam minda anak-anak. Bisik terus pada telinga anak-anak, saat anak-anak mengantuk.
“Maryam budak yang baik.”
“Aisyah ialah anak solehah.”
“Maryam dengar cakap daddy mommy.”
“Aisyah sangat pandai dan bijak.”
Yang ramai orang tidak amalkan, ialah bisik pada diri sendiri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, ingat 3 langkah ini.
Pertama PENGAKUAN
“Najmi ialah seorang daddy yang baik.”
“Najmi seorang daddy yang bersabar.”
“Najmi parent yang baik untuk Maryam & Aisyah.”
“Najmi, daddy yang sangat bertanggungjawab.”
inline_image_preview.
Kedua BAYANGKAN
Letakkan diri kita dalam pengakuan tadi. Bayangkan kita melaksanakan. Bayangkan Najmi tengah jaga anak-anak. Najmi tengah peluk anak-anak dan Najmi tengah didik anak-anak dengan penuh kesabaran. Cuba buat bayangan visual se-detail yang mungkin.
Ketiga RASAKAN
Letakkan diri kita dalam keadaan yang telah berjaya. Seronok. Bahagia. Bersama anak-anak. Senyum dalam kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Saat ini, matlamat sudah tercapai. Seolah-oleh kita telah berjaya reset dan rewire minda kita.
Begitulah. Positif pada diri sendiri.
sumber : Najmi Nawawi