Buat Nasi Beryani Agar Rasa Sedap & Sempurna. Rahsianya Ada Dalam Perkongsian Peniaga Ni!

Share

Keenakan rasa nasi beryani memang diakui ramai menggemarinya, jadi tidak hairanlah nasi beryani sering dijadikan pilihan menu istimewa di majlis-majlis tertentu.

Bahkan keistimewaan nasi beryani  bukan sahaja terletak pasa rasanya, malah memastikan nampak sempurna nasi yang dimasak ada tip dan petuanya. Ini penting agar nasi lebih peroi, lembut dan yang penting tidak patah-patah apabila dimasak menggunakan beras basmathi.

Nak tahu apa rahsianya, hal ini dikongsikan oleh peniaga katering dan bolehlah dipraktikan untuk menjadikan nasi beryani yang dimasak terlihat sempurna seperti chef ternama menyediakannya.

Jom baca perkongsian ini.


Ada yang pm minta resepi nasi beryani dan nasi hujan panas…untuk post Cik Pah yang lepas…

Sebenarnya,aduh!! Takut juga nak bagi resepi ni..malu pun ada..Sebab tahu dalam group ni ramai yang lebih hebat-hebat..

Ni Cik Pah sertakan resepi simple nasi beryani
Yang Cik Pah buat meniaga…catering kecil-kecilan dari rumah…pakai barang yang biasa-biasa ada kat dapur je… Minta jangan dibandingkan dengan skill chef-chef ternama ya

Nasi beryani untuk 50- 60 pax

 

Bahan A
-Beras basmathi 4 kilo
-Stock ayam
Rebus sedikit bahagian ayam seperti dada,leher dan tulang untuk menjadi perasa nasi yang sedap bersama sedikit halia, bawang putih dan sup bunjut

Bahan B
-Minyak sapi 1 senduk
-Minyak gorengan ayam 2 senduk

Bahan C
-4 sekawan

Bahan D
*Bawang merah 8 biji
*Bawang putih 1 labu
*Halia muda 4 inchi
*hiris semua bahan diatas.

Bahan E
-Rempah beryani 50 g/1 paket kecil
-Dibancuh dgn sedikit air menjadi pes
-Susu cair 1/2 tin

Bahan F
-Sunquick 2 sudu
-Garam secukup rasa,
-Gula batu/2 sudu gula pasir
-Ajinomoto dan maggi cukup rasa.
-Daun pandan 3 helai
-Daun ketumbar/Daun sup

Bahan G
-Pewarna kuning,hijau dan merah

Bahan hiasan
-Badam/gajus yang dah di goreng
-Kismis
-Kacang peas
-Hirisan daun sup&bawang
-Bawang goreng

Cara-cara:
-Cuci beras basmathi bersih-bersih dan rendam 30 minit dengan air panas yang mendidih.
Cik Pah rendam sekali dengan stock ayam yang panas-panas tu.
Tujuan beras direndam tu untuk mendapatkan beras yang panjang dan nasi lembut

-Panaskan minyak ,minyak sapi.
Tumiskan 4 sekawan,bawang merah,bawang putih,halia sampai naik bau….wangi dan semerbak..
Masukkan pes rempah beryani tunggu garing sikit masukkan susu cair
-Perasakan garam sedikit gula, ajinomoto dan maggi cukup rasa, tunggu bahan tumisan menggelegak -masukkan daun pandan dan daun sup.

-Matikan api dan tuang bahan tumisan ke dalam rendaman beras tadu..sukat air seperti kita nak masak nasi biasa. Boleh lah di masak anggaran 20 minit..menggunakan periuk gas..

-Setelah nasi tanak…ambil dalam sesenduk minyak sapi dan tabur di atas nasi yang panas…
Tujuannya untuk buat nasi lebih peroi dan kurang patah..tutup sebentar dalam 5 minit.


Kemudian barulah di letakkan pewarna mengikut kesukaan…tutup sebentar lagi
Taburkan kismis kacang peas,badam atau gajus.


Siap dan boleh di hidang.

**peringatan**

Setelah nasi masak…nasi tak boleh di kacau dulu …tunggu selepas 15 minit ye..untuk menggelakkan nasi patah

Sumber : Sharifah  Tahir via MAHN