Tak semua pandai menyediakan Nasi Arab apatah lagi bila ada yang mengatakan cara memasaknya begitu leceh dan memerlukan banyak bahan berempah yang digunakan dalam masakan.
Namun berbeza sekali cara yang dikongsikan oleh Nur Aisya dan bukan sahaja nampak mudah malah telah dicuba oleh ramai dan nyata mereka memberikan komen yang positif. Menu yang dimasak bukan sahaja ringkas penyediaannya malah nasi arab yang dimasak mempunyai rasa yang enak dan digemari ramai.
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi yang pernah viral dan bolehlah dicuba untuk disediakan sebagai menu istimewa untuk keluarga.
NASI ARAB SENANG JE
Try buat nasi arab pakai bahan-bahan kat rumah je… Alhamdullilah menjadi dengan jayanya…
Menu berbuka semalam untuk 6 orang makan
Kongsi jugak la mana tau ada yang berkenan
Untuk resepi nasi dan ayam ada kat setiap gambar dengan step-stepnya sekali…
Ok part ni paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab tu
Ayam saya guna 3 whole leg
Bawang besar 1 biji (klu besar guna separuh)
Tomato 1 biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil biji ketumbar
Buah pelaga 3 biji
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Rebus sampai ayam masak… Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi.. Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi.. Sedap.. Rasa sup berempah.
Angkat ayam dari air rebusan.. Saya perap guna bahan ni
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
Madu/gula 1 sudu
Minyak masak 2 sudu
(perap kejap je sambil-sambil siapkan nasi)
Lepas tu panggang, bakar pada suhu 150 api atas sahaja.. 30minit… Nanti dah bakar 15minit.. Keluarkan sekejap.. Sapu lebihan bahan perap tadi. Bakar semula.. Nanti ayam kilat dan cantik.
ni bahan-bahan tumis untuk nasi.
Bawang besar sebiji
Halia 1 inci
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Panaskan majerin/butter dan kalau nak sedap minyak sapi. Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi.. Tumis sampai garing yer.
Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehinggan garing.. Baru nasi sedap.
Beras basmathi rendam dulu 30minit yer.
Air rebusan ayam tadi.. Masukkan dalam periuk.
Beras dah siap macam ni… Kalau beras biasa sukatan macam biasa la yer.. Tapi kalau basmathi saya guna 1 cup beras = 2 cup air.
Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi sy lebih suka aroma panggang..
Nasi dah pon siap… Bila nasi dah kering.. Tuang la pewarna.. Minyak carotina ke (ni
Ads
Ads
Ads
Mohd Radzi Azizi ajar)..tutup dulu.. Lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa.. Daun ketumbar… Ni yang buat bau dia sedap.
Dah siap. Hidangla mcm mana pon.. Asal kenyang…
Sup tu saya ambil dari air rebusan ayam tadi.
Ni resepi utk salatoh dan salsa
Salsa/sambal arab
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Pudina hiris (sy guna ketumbar gak.. Benda takde
Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon. Siap!
Berbeza agama tidak membataskan silaturahim Dengan ahli keluarga yang lain, itulah yang Ingin ditunjukkan oleh Ozlynn Wati Dalam perkongsiannya.
Memuatnaik gambar anak-anak mengerjakan solat Dalam sebuah bilik,menurut isteri kesayangan Johan Rajalawak ini, gambar tersebut diambil ketika menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga besar mereka.
Ujar Ozlynn lagi, keluarga terdekatnya yang berbangsa Cina telah menyediakan sebuah bilik untuk mereka sekeluarga menumpang solat.
“Mahal! Sesuatu yang tak boleh kau beli. Beraya rumah pak long (popo punya abg ipar) bagi bilik untuk kami tumpang solat. Masing-masing menghormati agama memasing.
“Tu video Chantiq dan Moleiq tengah solat. Cucu solat dalam bilik atuk sembahyang dekat luar. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Dah berapa tahun tak dapat sambut raya. Kali ni rezeki dapat bawa abah sekali beraya sama.” Tulis Ozlynn dikapsyennya.
Tambah ibu kepada enam cahaya mata ini lagi, Itu merupakan kenangan ‘mahal’ tatkala berpeluang menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga sebelah suaminya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dihujung-hujung tahun ini mama pastinya sibuk dengan pelbagai persiapan untuk anak termasuklah jamuan untuk sesi persekolahan hujung tahun anak. Nak bawa menu apa?
Persoalan macam ini selalu jadi masalah untuk mama. Idea hebat tapi ringkas oleh seorang ibu ini, Noor Fadzlin boleh memberi idea kepada semua. Coklat Stik, memang simple. Mesti anak-anak berebut.
POTLUCK JAMUAN SEKOLAH
Wah tambah idea untuk ibu-ibu yang tak sempat nak masak tapi nak prepare potluck jamuan sekolah tu. Satu botol choco spread ni boleh dapat 12 cups ye.
Lin bukan buat untuk potluck, tapi untuk anak bertuah. Dia kalau pergi appoinment hospital suka betul beli benda gini.
Bukan boleh habis tu dengan harga RM4.50 dijual satu cup dadih tinggi tu. Buat gini biar jimat.
Harga: untuk 12 orang makan RM16.50 Choc spread RM9.90 (offer price) Biskut Rm5 ( dapat dalam 11@12 batang/pek) Sauce cup 25pcs RM2.40 (0.096/cup) Ziplock 100pcs RM2.40 (0.024/pek) **saiz 7.6cmx10.1cm
Asingkan sos coklat atau coklat spread dalam bekas bersaiz kecil.
Asingkan juga biskut jejari dalam plastik bersaiz kecil.
Sediakan sekali dengan sos coklat. Siap!
Mudah kan? Jom cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini Dato Seri Aliff Syukri memuat naik satu perkongsian video berkenaan tindakan seorang pramugara yang menyuap makanan kepada seorang lelaki tua.
Tindakan pramugara itu nyata cukup menyentuh hati bukan sahaja Dato Seri bahkan pengikutnya yang menonton video tersebut.
Bagi Dato Seri Aliff sendiri, tindakan itu menyebabkan dia mulai rindu dengan arwah ayahnya.
“teringat kat arwah abah..kan best kalau saya boleh buat mcm tu kat abah saya masa dia hidup?? terima kasih pramugara baik pada pakcik tua .. alfatiha untuk arwah abah saya kamarzaman bin kamaludin.
‘Muliaye kerja ni kalau buat dengan ikhlas ..saya nak kerja macam ni boleh tak??? nampak je glamer… sebenarya saya terlihat tanpa sengaja pakcik tua yang tak berapa sehat terus teringat kat arwah abah… ya allah ikhlasnya pramuga ni layan pakcik ni..
‘Kalau saya ditempat dia tak pasti saya boleh tak buat mcm ni..melainkan mak abah saya sendiri…suapkan makan dan layan mcm macam abah dia sendiri.. saya tak kenal pramugara ni tapi saya harap.. layanan yang sama untuk penerbangan di negara kita..
Selepas tular rakaman video tersebut, ada antara netizen yang berkongsi kisah mengenai pramugara ini. Menurut mereka yang pernah menaiki Royal Brunei Air, perkhidmatan yang disediakan sangat memudahkan dan memuaskan hati penumpang.
Malah hasil daripada makluman kenalan pramugara yang dikenali sebagai Hairi Tahir, menurut mereka pramugara itu sememangnya seorang berpekerti mulia dan suka membantu.
Rata-rata memberi komen terharu dengan layanan tersebut .
rohimahnor Semoga jd cth utk kita semua. Tq dato berkongsi benda baik
serieleena Allah…tserlah keikhlasan pramugara tu suap pakcik tu..mungkin dia membayangkan tu ayah dia..semoga sentiasa diberkati hidupnya..amiinn.. Al-fatihah juga utk abah dato’..
eira_shafira Ya Allah menangis tgk video nie.. teringat dekat Arwah Abah sy.. semoge Arwah Abah sy n Arwah abah dato tenang dan ditempatkan dgn org beriman..Amin. Alfatihah utk mereka yg pergi meninggalkan kita semua.. ?
wrdhnblh_ Aku selalu ingat pesan mak ayah aku , kalau kita nak orang lain baik dengan maka ayah kita , kita kena mulakan dulu buat baik semua orang tua??
eimahkawaii Dari tepi mcm arwah tokwan..meleleh terus air mata..rindu tokwan..alfatihah
diylldylla MashaAllah, layanan penuh mesra. Salute! Allah ya Barr ?
norafzan_nurfarhan Pramugara Dan Pramugara yg boleh dicontohi. Video yg sangat bagus. Mulianya hati mereka ❤️?
rzia_damia Teringat kt arwah atuk n nenek.. Masuk habuk mata???
norazwanidaah Dato ske wat saya sedehhh? tambah2 ksah abh dato.sama lah dato saya pn x der abh dh.13 tahun pemergian abh tersyg tp rase mcm bru jew abh g
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...