Murtabak adalah antara hidangan yang enak dijamah ketika minum petang. Biasa penyediaannya menggunakan tepung gandum tetapi berlainan pula dengan resipi ini.

Menariknya ia menggunakan kulit popia sebagai ganti tepung gandum.

Ikuti perkongsian ini.

Ads

Buat Murtabak Guna Kulit Popia. Paling Mudah Dan Confirm Jadi! Patutlah Viral!

Tadaaaa… Murtabak mini (kulit popia).
di sebabkan wall fb harini penuh dgn resepi
ini,maka tak salah kalo sis mencuba

lagipon bahan mmg sedia ada kat dapur.

Murtabak Mini. (Kulit Popia)
Memang sedap. Jom saya share resipi dan cara membuatnya.
Bahan

Ads

Buat Murtabak Guna Kulit Popia. Paling Mudah Dan Confirm Jadi! Patutlah Viral!

Inti
500 gram isi ayam / daging di cincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis.
Cara memasak inti.

Ads

Buat Murtabak Guna Kulit Popia. Paling Mudah Dan Confirm Jadi! Patutlah Viral!

Buat Murtabak Guna Kulit Popia. Paling Mudah Dan Confirm Jadi! Patutlah Viral!
1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh). Saya tak letak pun ajinomoto.
5. Masak hingga betul2 kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini….
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah2 kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak ok je. Saya tak suka minyak banyak. Jadi ikut selera masing-masing ya.
5. Bakar sehingga masak. Balik2kan ia… bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak makan memang sedap.
Selamat mencuba ya. Semoga berjaya.

Kredit: Roshima Ibrahim Shima

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI