
Dan siapa sangka menyediakannya cukup mudah apabila kulit murtabak menggunakan kulit popia.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Hidayah Jamaludin ini. Bolehlah dicuba.
Murtabak simple .. guna bahan apa yg ada.
Bahan-bahan :
Ayam cincang
Bawang merah cincang
Daun sup
Perasa
Telur
Kulit popia
Rempah ikan
Cara
1.Tumis bawang sampai layu, masuk ayam cincang goreng sampai air ayam kering, masuk rempah kari, perasa,daun sup..
2. Pukul telur, masuk inti ayam buboh atas kulit popia balut.
3. Goreng minyak sikit saje…
Dah siap
sumber : Hidayah Jamaludin via MAHN
“Suami Puji Resipi Siakap Tomyam Padu Macam Makan Di Kedai, Simple Tapi Sedap. Lengkap Dengan Protein & Vitamin!

Biasanya ikan siakap dibuat masak tiga rasa, stim dan juga digoreng begitu saja. Mungkin anda dah bosan dengan resipi ini, apa kata tukar sedikit selera kali ini.
Jom cuba resipi Siakap Tom Yam padu ni, hasil perkongsian dari puan Noor Hafiza Mohamad.
Siakap tom yam padu habis macam restoran Thai 💃💃
Incik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.”
Sebenarnya dia rindu nak makan yang kita masak. Dah 3 hari dapur tak berasap. Kita pulak sibuk, penat nak masuk dapur.
Dah masak kena kemas pulak. Kan kan ☺️. Sebab itu kena masak jarang-jarang, baru dia rindu air tangan kita. Kah kah😂
Puas hati masak 1 menu malam ni tapi ada semua protein dan vitamin. Tambah pula cukup rasa masam manis dan pedas. Dah ada sambal mangga, tak jadi nak buat telur dadar.
Banyak lauk nanti tak habis pulak. Kalau korang nak try tom yam ikan, baca caption pada gambar ye:
Bahan utama:
Serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.
Cara membuat:
- Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau2. Tutup periuk dalam 5 minit.
2. Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.
3. Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
4. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
5. Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.
Goreng Kacang Tanah Confirm Tak Hangus Kalau Ikut Cara Mudah Ni, Ibu-ibu Wajib Cuba Ni!

Menyediakan sajian Nasi Lemak pastinya menjadi kewajipan bagi semua ibu-ibu buat anak dan suami. Sajian istimewa dihujung minggu. Malah anak-anak pun tertunggu-tunggu bila masa hendak makan.
Pun begitu menyediakan kelengkapan Nasi Lemak ini sedikit merumitkan. Bukan hanya nasi dan sambal tetapi mesti lengkap dengan telur rebus, hirisan timun dan paling penting ikan bilis goreng dan kacang tanah.
Menyediakan kacang tanah goreng ini selalu menjadi kelemahan apabila sering hangus setiap kali memasaknya. Ini cara tepat untuk memasak kacang tanah. Confirm tak hangus!
Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Resipi Sup Daging Ala Thai Yang Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Secukup Rasa!

Apa yang menyelerakan agaknya untuk hidangan tengah hari? bila mengikut selera masing-masing mungkin banyak pilihan kan. Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat resipi Sup Daging pula.
Simple je tapi rasanya sedap macam makan di kedai. Yang penting bahan asas untuk menyedapkan resipi ini kena ada. nak tahu apa dia jom baca perkongsian dari puan Nik Hakimah ni. Selamat mencuba!
saya nak share buat Sup Daging ala kedai tomyam zero failure. Sesuai untuk yang baru belajar masak. Jangan risau. Saya dulu pun tak pandai. Puas bubuh segala rempah apa bagai tetap tak macam sup kat kedai tomyam siam tu.
- Mula2 rebus daging yang dah dipotong2. Besar kecik tu belakang kira. Tak payah pikir urat ke apa. Lebur je. Ni guna sepeket daging frozen. Saya gunakan pressure cooker.. Ala. Pressure cooker yang berbunyi scary bila tgh masak tu. Kejap jela. Kalau rebus periuk biasa lama lah sikit. Bila dah siap rebus, campak je 2biji kentang size kecik yang dah dibelah 2. Kalau besar sebiji cukup belah lah 4.
- Dalam kuali yg lain, tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah 3ulas, bawang putih 3ulas,halia 2inchi, sup bunjut. Saya belasah je bawang besar. Semalam pi beli bawang, bawang dah la mahal. Bawang merah pun habis stok. Alahhh.. Balun je.
- Sampai dia caramelised begini ha. Hangus2 sikit tu sedap. Pastu tuang je masuk periuk daging tadi, on pulak api daging.
- Ha. Inilah rahsianya. Perencah sup siam. Ha. Letakkk..
- Rebus lah sampai kentang empuk, letak tomato belah 4, batang saderi (tak letak sbb tak ada, orang econsave semalam lambatnyaaa restock barang), garam dan sedikit air limau nipis… Ha. Yg tu pun rahsianya juga. Kalau nak pedas time ni la masuk cili api ketuk je.
- Tabur daun sup. Mahaplah kurang fresh daunnya. Siap. Memang rasa macam kat kedai siam tu ha.
Selamat mencuba!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub