Dan siapa sangka menyediakannya cukup mudah apabila kulit murtabak menggunakan kulit popia.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Hidayah Jamaludin ini. Bolehlah dicuba.
Murtabak simple .. guna bahan apa yg ada.
Bahan-bahan :
Ayam cincang
Bawang merah cincang
Daun sup
Perasa
Telur
Kulit popia
Rempah ikan
Cara
1.Tumis bawang sampai layu, masuk ayam cincang goreng sampai air ayam kering, masuk rempah kari, perasa,daun sup..
2. Pukul telur, masuk inti ayam buboh atas kulit popia balut.
3. Goreng minyak sikit saje…
Dah siap
sumber : Hidayah Jamaludin via MAHN
Resipi Ayam Goreng Berempah Rangup Di luar Lembut Di dalam. Ibu-Ibu Patut Cuba Ni!
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Selamat mencuba!
Patutlah Viral! Share Lebih 8K, Begini Cara Mudah Buat Donat Paling Gebu Guna 4 Bahan Je
Sebut sahaja namanya, mula terbayang akan kelembutannya serta adunananya yang gebu pasti membuatkan anda tak cukup hanya sebiji sahaja.
Itulah penangan Donut. Namun, apabila ibu-ibu cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsi adakalanya tidak menjadi. Lama menguli tepung tapi hasilnya donut tidak selembut yang diingini.
Nah, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Shima Chym. Moga bermanfaat!
Actually pernah share dulu. Tapi harini kita share lagi skali resepi donut tanpa perlu rehatkan doh.
Donut gebu gebas uli tangan😅
Bahan2 (untuk 2 cawan tepung)
Bahan A
* Yis – 2 sudu besar
* Susu pekat – 2 sudu besar
* Air suam – 3/4 cawan
* Garam – 1 sudu teh
Bahan A di atas ☝️campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang.
Bahan B
* Marjerin – 2 sudu
* Tepung gandum – 2 cawan
Gaulkan bahan B di atas ☝️. Guna tangan je.
1. Campurkan bahan A & bahan B.
2. Uli guna tangan je sampai takde adunan melekat dekat tangan.
3. Bulat2 kan doh jadi lebih kecil. Saya genggam & keluarkan
dekat celah genggaman je. (boleh refer gambar).
4. Buat bulatan kecil dekat tengah2. Tarik2 guna jari je.
5. Dah siap boleh terus goreng. Tengah2 goreng nanti sure donut kembang.\
6. Boleh salut gula or coklat or anything yang korang suka.
Ok selamat mencuba.
Ikhlas dari
Mamy Chym Cuckoo
Rupanya Senang Betul Tanam Taugeh Sendiri Di Rumah. Lagi Jimat & Segar, Hari Ke-3 Dah Boleh Tuai!
Tanam taugeh sendiri? bunyi macam susah tapi sebenarnya cukup mudah je. Belanja pun tak mahal. Malah kita akan dapat taugeh yang segar, cantik, bersih dan selamat. Biasa beli di pasar, taugeh nampak layu dan berbau kurang enak. nak beli pun was-was kan.
Jadi, apa kata ibu-ibu tanam sendiri taugeh di rumah. Tak susah pun sebenarnya. Jom ikut kaedah yang dikongsikan oleh Velvet Rossa menerusi page Berkebun D Rumah.
Selamat mencuba!
Assalam..
Tanam taugeh sendiri ..Bersih ..boleh buat ulam tanpa ragu2..
hari ke 4 dah boleh tuai..
Saya share cara yg paling senang
utk semai taugeh…
Bahan yg di perlukan..
..Kacang hijau 2/3 genggam
,.Tapis sayur
…2 helai Tuala kecik utk semaian taugeh
…Plastik hitam
…Baldi utk letak tapis supaya air tdk bertakung
Cara2nya..
..Kacang hijau ikut suka berapa banyak
..Kacang perlu Direndam semalaman dlm 8 jam..
.tabur kacang atas tuala kecik ..ikut step pd gambar
..tutup kacang dgn kain atau tuala yg lagi satu sbg pemberat
….Letak tapis atas baldi..
Masukkn dlm plastik hitam..
Simpan di tempat yg redup atau gelap
*Jangan terdedah dgn cahaya nti taugeh melidi*
SIRAM …sehari 4 kali utk dpt taugeh yg gemuk cukup air
tip penjagaan
Waktu siram..Tak perlu angkat pemberat kain pn tkpe..
Hanya siram diatas kain penutup..pastikn air tdk bertakung
Supaya taugeh tdk membusuk.
** Boleh juga semai 2/3 tingkat ..jika nak banyak taugeh..hanya semai di lapisan atas kain pemberat dan tutup lagi dgn kain.. step yg sama**
**Boleh juga semai guna periuk kukus jika ada. Step yg sama*