Buat Miang Pla Poa Dari Air Tangan Sendiri, Confirm Jadi Kesukaan Keluarga!

Share

Andai ada keluarga terdekat atau teman-teman kita pergi melancong ke negara Thailand, mesti akan ada dikongsikan gambar sedang menikmati hidangan Miang Pla Poa ini di media sosial. Menu ikan atau pun ada juga memilih makanan laut yang dimakan bersama aneka ulam-ulaman berserta bihun yang dicicah dengan sos istimewa. Nyata, ianya nampak sungguh menyelerakan.

Bagi anda yang ingin mencuba rasa, apa kata sediakan menu ini agar dapat dinikmati bersama keluarga tercinta. Diharapkan dengan adanya resipi yang dikongsikan oleh Nabilah Mohd Nawi ini, bolehlah dicuba.


 

“Miang pla pao versi saya. 3 hari berturut-turut makan benda ni, suami tak puas makan,  first time buat makan dengan bihun, lepas tu baru makan dengan nasi sebab tak kenyang.

Saya pun buat ikut resepi kat fb jugak  tapi ada olah sikit-sikit ikut tekak sendiri. So kalau resepi tak sama dengan ori thai takpelah ye. Saya buat ikut bahan yang ada je. So ni resepi saya setelah diolah sedikit sebanyak.”-

Nabilah Mohd Nawi

 

RESEPI MIANG PLA PAO

Ikan talapia (lumurkan maggi cukup rasa dan goreng garing)
Saya guna jugak ikan kerisi, pun sedap!
Bihun ~celur

Ulam-ulaman:
Daun salad
Timun batang
Daun ketumbar

Sos:
Cili padi
Lada besar (saya tambah untuk kurangkan pedas, taknak letak pun takpe, terpulang)
Bawang putih
Sos ikan
Garam
Gula
Gula melaka @ nisey
Akar daun ketumbar
Perahan limau kasturi
Sedikit air
~(Blendkan semua dan sesuaikan rasa mengikut tekak sendiri)
~Kemudian hiris halus daun ketumbar dan tabur dalam sos

Hidang dan makanlah dengan riang bersama yang tersayang

***Sos ni kena dengan selera saya dan suami. Kalau korang rasa nak ubah apa-apa, ubahlah ikut tekak dan selera masing-masing ye.

sumber : Nabilah Mohd Nawi via MAHN