
Nak tahu cara untuk simpan bunga kantan agar tahan berbulan-bulan? Maklumlah, ada masa bunga kantan memang susah nak dapat. Jadi alang-alang sudah ada, elok dibeli kerana Ada teknik penyimpanannya untuk pastikan kekal segar.
Jom ketahui cara yang dipraktiskan oleh Puan Qiha Fareesya.
Ini cara saya untuk bagi bunga kantan tahan lama.Buat macam aiskrim ye sahabat.
Kalau simpan tanpa isi air lama-lama akan jadi hitam di dalam.. Tapi buat cara macam ni InshaaAllah tahan lama. Saya pernah simpan sampai 6 bulan.
1.Bunga kantan tengok saiz ye.. Besar belah 4..kecik belah 2..kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimat kan plastik.
2.Isi air masak dalam plastik yang dah di isi bunga kantan tadi.. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu
3.Simpul kemas-kemas..
4.Bekukan macam kita buat aiskrim tu
5.pesan dan bagitaw anak-anak. Ini bukan aiskrim ye takot terjadi macam saya aritu anak-anak ingat aiskrim.
Bau dan rasa tetap fresh
Done
Selamat mencuba
Sumber :Pn Qiha Fareesya via MAHN
Bawah Lengan Jadi Putih Bersih Tak Berdaki & Badan Pun Berbau Harum. Guna 2 Bahan Dapur Ni Je!

Kulit kita memiliki pigmen yang berbeza-beza antara satu bahagian dengan bahagian yang lain hingga ada di bahagian tertentu terlihat berwarna gelap dan ditambah pula dengan ketidakseimbangan hormon boleh menjadi salah satu sebab kulit di bawah lengan atau leher umpamanya menjadi hitam.
Pun begitu, bila kawasan bawah lengan terlihat gelap seakan berdaki, tentu sahaja mengundang rasa tidak selesa kepada seseorang. Jadi bagaimana perlu dibuat untuk atasi masalah tersebut?
Berkongsi petua tentang cara menghilangkan daki di tubuh dan memastikan badan berbau wangi, Aya Zuki berkongsi petua yang diamalkan untuk lebih ramai amalkan. Ini kerana menurutnya, petua ini telah lama diamalkan dan ianya berkesan.
HILANGKAN DAKI DENGAN LIMAU NIPIS. BADAN PON WANGI !
Aya memang dari dulu tak pakai deodorant tau. Jarang sgt2 laa kalau pakai pon time ada aktiviti yg berpeluh sgt je. Tapi jarangg laa. Lagi pon deodorant tak bagus kan pakai. Ada effect dia.
Dari dulu Pakai limau nipis je untuk wangi kan tiakk dan badan, tiak pon putih. Memang berkesan .
Bahan-bahan:
1) natrium bikarbinat/ sodium bikarbonat
2) limau nipis
Cara-caranya :
Perahkan sebiji limau dekat sodium bikarbonat ni.
Dah perah celup-celupa limau tu bagi sodium melekat dengan limau
Bila dah jadi macam ni boleh la tenyeh dekat ketiak tu atau tempat yang berdaki. Nanti daki tu akan hilang lama-lama, gosok-gosok ketiak, leher, kawasan yang berdaki.
Biar 20 minit dan basuh. Mandi terus laa haha. Taraa badan dah bersih dan wangi
Sumber : Aya Zuki
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Masak Sambal Tak Merecik Langsung Ke Dinding, Begini Caranya!

Menyediakan stok sambal untuk dijadikan bahan dalam masakan menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh ibu untuk memudahkan urusan memasak.
Namun tidak dinafikan, untuk menyediakan stok sambal tersebut bukanlah perkara mudah. Perlu direbus cili kering terlebih dahulu kemudian dikisar halus sebelum ditumis. Apatah semasa menumis, habis comot dinding dapur dibuatnya kesan percikan sambal.
Tidak mahu berdepan dengan masalah tersebut yang akan menambah kerja, apa kata ikut teknik yang dikongsikan oleh Fiza Desa ini. Semoga bermanfaat.
Tips…Sambal tak merecik sampai ke sudah..korang tengok tepi-tepi dinding tu…tips ni akan buat korang tak yah nak lap-lap dan dapur kekal comeyyy….
Nak masak dia ambil masa 2 jam jugakla..sebab pakai api kecil betul..sambal masak dan elok je kejadian dia….
Sambal ni saya masak banyak-banyak dan frozenkan dia…sebab lepas tu nak buat sambal ayam ke…udang ke..sambal ikan bilis..buat mee goreng ke…keowteow goreng ke…sambal ni sambal siap masak sempurna dan ada rasa..
Nak guna microwave pon dijamin dah masak..tapi saya kurangkan masin dia sebab senang nak match dengan sambal ikan bilis ke…mee goreng ke..5-10 minit siap..tanpa kotorkan dapur.
Bahan-bahan :
Step 1
Mula-mula masak bawang sampai pecah
minyak. Masa masak api perlahan api
tengah je…dan bagi dia pakai topi…panask kot
Step 2
Lepas tu masuk cili..masak maintain api tengah..saya masuk 2 3 keping asam keping…
Step 3
Pakaikan balik topi dia tu balik..topi ni
kena berat yee….kalau tak…hentaman
sambal tu..bakal membuka tutup
anda..paling teruk…melayang sampai
rumah jiran.panas wei..pastu korang pegi la
memane…nak main handphone ke.basuh
pinggan ke.suke hati…
Step 4
Haaa..tengok dinding tu..masih maintain
kan…sesekali buka..kacau sambal tu…kalau tiba-tiba dia jadi ganas. Tutup api kejap dan terus kacau. Penutup tu atas periuk..jangan cakap i letak atas kabinet camtu je. ..Mase ni masukla garam, gula, gula melaka ke kabung ke… suke hati anda.
Step 5
Ok..sambal hampir siap…minyak
tu..u korang rase banyakkk..buang..jangan
dimakan..minyak yang banyak buat sambal korang masak elok..
Pastu i simpan di dalam bekas ini.
Lepas tu..frozenkanlah dia..nak
guna…keluarkan potong je pakai pisau
masa tengah beku tu..agak je banyak
mana..simpan balik.
Credit to:ibu mertuaku
Sumber : Fiza Desa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resipi Minuman Yang Patut Ibu-Ibu Mengandung Amalkan Jika Mahu Bertahan Ketika Berpuasa

Rasa letih dan lesu, serta bimbang dengan keperluan nutrisi secukupnya buat anak yang dikandung membuatkan para ibu mengambil keputusan untuk tidak berpuasa pada bulan yang penuh ganjaran ini.
Perkongsian pengalaman daripada Nana Ruzanna yang mampu berpuasa dalam tempoh 19 jam ketika menetap di United Kingdom dalam keadaan ketika mengandung mungkin boleh diikuti oleh para ibu-ibu yang lain.
Berikut merupakan perkongsian amalan minuman yang dia diamalkan sewaktu bersahur dua tahun lepas. Namun ia masih relevan untuk diamalkan setiap tahun , khususnya buat ibu yang sedang mengandung.
“Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, di sini saya nak kongsi apa yang saya amalkan sepanjang saya berpuasa. Saya mula amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yang terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang sahaja sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.Malah amalan minuman susu kurma ini cukup berkhasiat serta boleh jadi milk booster untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Bagi yang bukan Islam pun boleh cuba”.
Bahan-Bahan:
5 biji Kurma (Bilangan ganjil)
Setengah Cawan Air Masak
1 Cawan Susu Segar
Cara Membuat:
1. Buangkan biji buah kurma tersebut dan carik-carikkan isinya.
2. Rendam dalam setengah cawan air masak sehingga kurma kembang.
3.Setelah kurma kembang, kisarkan dengan secawan susu segar dan minum ketika lewat waktu sahur.
Info Ekstra!
Seeloknya biarkan kurma direndam semalaman.Sebelum tidur dan diminum ketika sahur pada keesokan harinya.
Namun jika rendam sekejap pun boleh, asalkan kurma tersebut kembang.
Jangan lupa berselawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa. Insya Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa juga boleh amalkan.
Selamat mencuba.Semoga bermanfaat.
Sumber Facebook: Nana Ruzanna