Buat Lemang Guna Cawan Kertas Je, Siap Berdaun Pisang Lagi. Boleh Cuba!

Share

Masih mood berayalah katakan, kalau dilihat ditepi-tepi jalan masih ramai penjual lemang berniaga, tak henti-henti membakar lemang.

Maklumlah begitu banyak permintaannya. Lebih-lebih dari yang hendak adakan jamuan rumah terbuka atau pun dibeli sekadar dinikmati seisi keluarga.

Andai elok sempurna rasa lemang yang dibeli, alhamdulillah. Tapi ramai juga pembeli yang ‘terkena’, lemang mentahlah, berkeraklah dan sedihnya lagi bila lemang dibeli basi.

Mengelakkan semua ini terjadi, mudah kiranya untuk Mak-mak buat lemang ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Norlyn di akaun fbnya,  iaitui kukus dalam cawan kertas!

Semalam beli dua batang lemang, tapi kecewa dua-dua hangus dan keras. Harini buat lemang kukus, dah biasa sebelumni buat lemang piuk kera.

Ok DIY lemang menjadi,,,, ha amik ko anak-anak ibu sumua, pasni tak berebut kepala santan dengan ibu ya..sebiji sorang ha, elok je beli cup kecik..takyah potong-potong dah.

Lemang jagung lemak manis

Step 1 : Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas.

Step 2 : Masukkan pulut yang telah dimasak ke dalam cawan kertas dan kemudian masukkan santan yang dibancuh dengan garam.

Step 3 : Kukus selama 20 minit.

Sumber : Nurlyn  Cookies Via MAHN