Masih mood berayalah katakan, kalau dilihat ditepi-tepi jalan masih ramai penjual lemang berniaga, tak henti-henti membakar lemang.
Maklumlah begitu banyak permintaannya. Lebih-lebih dari yang hendak adakan jamuan rumah terbuka atau pun dibeli sekadar dinikmati seisi keluarga.
Andai elok sempurna rasa lemang yang dibeli, alhamdulillah. Tapi ramai juga pembeli yang ‘terkena’, lemang mentahlah, berkeraklah dan sedihnya lagi bila lemang dibeli basi.
Mengelakkan semua ini terjadi, mudah kiranya untuk Mak-mak buat lemang ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Norlyn di akaun fbnya, iaitui kukus dalam cawan kertas!
Semalam beli dua batang lemang, tapi kecewa dua-dua hangus dan keras. Harini buat lemang kukus, dah biasa sebelumni buat lemang piuk kera.
Ads
Ok DIY lemang menjadi,,,, ha amik ko anak-anak ibu sumua, pasni tak berebut kepala santan dengan ibu ya..sebiji sorang ha, elok je beli cup kecik..takyah potong-potong dah.
Lemang jagung lemak manis
Ads
Step 1 : Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas.
Step 2 : Masukkan pulut yang telah dimasak ke dalam cawan kertas dan kemudian masukkan santan yang dibancuh dengan garam.
Ads
Step 3 : Kukus selama 20 minit.
Sumber : Nurlyn Cookies Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sesekali sediakan hidangan istimewa dan cukup lengkap untuk keluarga anda dengan menyajikan menu Rendang Hati & Pedal Ayam Kacang Panjang. Istimewanya tentang juadah ini, ia merupakan hidangan seakan dua dalam satu. Boleh dijadikan menu utama ketika dimakan bersama nasi dan dalam masa yang sama sebagai hidangan sayur yang cukup berkhasiat.
RENDANG HATI DAN PEDAL AYAM KACANG PANJANG
Bahan – bahannya :
300 gm kacang panjang dipotong 2 inci
400 gm hati dan pedal ayam
2 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
500 gm santan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar/ditumbuk :
20 biji cili api
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Cara-cara penyediaan:
Bersihkan hati dan pedal dengan mencampurkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perapkan seketika.
Setelah itu rebus hingga empuk dan dipotong kiub atau memanjang.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar/ditumbuk tadi beserta serai yang dititik sehingga garing.
Apabila garing masukkan hati dan pedal ayam. Selepas itu, masukkan santan dan asam keping.
Apabila hampir kering dan terbit minyak masukkan kacang panjang serta garam secukup rasa
Siap untuk dihidangkan.
Kreadit : Resipi dibawakan khas dari FAMA dengan kerjasama Chef Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sentiasa kasihkan ibu ayah dan sebagai anak, kita mahu dan ingin membahagiakan orang tua kita yang telah banyak berkorban sepanjang hayatnya untuk membesarkan kita. Tidak terbalas jasa mereka terhadap kita.
Mengambil satu kisah inspirasi seorang anak menerusi perkongsian Juzailah Shariff, menghadiahkan ibu tercinta yang berpuluh-puluh tahun tinggal di flat dengan sebuah rumah banglo, nyata memberi reaksi positif dan ada yang mengalirkan air mata tanda hiba.
Menurut Juzailah, kejutan yang diberikan adalah sebagai salah satu bentuk penghargaan buat ibunya. Pun begitu, saat ibu menerima pemberian hadiah yang cukup istimewa ini, tiba-tiba ibu hampir rebah.
Nak tahu lanjut kisahnya, ikuti perkongsian penuhnya di sini.
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat belikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah sekarang..
Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.
Kami ambil ummi di rumahnya di Bandar Baru Sentul flat Sri Perak di mana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yang sangat cekal.
Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini.
Terima kasih ummi.
Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!
Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah..
Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan macam mana berderau dada saya!
Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik tu!
Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi sampai nak rebah lemah tadi?
Ummi jawab “Bersyukur sangat pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dekat anak-anak ummi, dapat menumpang hidup duduk rumah selesa”
Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dekat flat sebab ramai kawan-kawan, senang nak gi terawih dan mengaji.
Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah tu terlalu banyak memori dan kenangan.
Cuma sekarang ummi dah berusia dan kesihatan tak seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dengan kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama selepas ini..
Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula. Walaupun apa yang kami buat ini sebenarnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ummi
Ju harap ummi bangga dengan pencapaian anak-anak ummi sekarang dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu orang susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu…
Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami.
Ju harap ummi suka rumah baru kita ni..iya hadiah buat ummi
Kami anak4 ummi sayang ummi dunia akhirat
Semoga yang lihat video dan baca akan dapat manfaat dan akan buat yang sama untuk ubah kehidupan mereka dan ibubapa serta family mereka.
Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sebilangan besar masakan Cina. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin.
Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh. Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakkan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumorkerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...