Buat Lasagna Dengan Roti Gardenia Je, Memang Menjadi! Sedap & Mudah Cara Nak Buatnya

Share

Kalau pergi kedai, pantang nampak roti mesti nak beli. Dah makan sekeping dua terus rasa jemu tak makan dah.

Dari terbiar atas meja, jom kita tukar selera jadikan lasagna versi roti resipi oleh Masriza Basri ni. Mudah sahaja penyediaannya! Nak lagi sedap, letak cheese banyak-banyak lagi the bomb! Jom cuba

LASAGNA ROTI GARDENIA BASIC 

Disebabkan roti dah nak expired, jadi kita try test buat lasagna roti la yerrrr… 😋 Ini jer bahan2 yang ada malam tadi…. maka jadila LASAGNA ROTI GARDENIA SIMPLE cara saya. Kalau nak cuba boleh try resepi kat bawah nie.

Resepi lasagna roti paling simple cara saya (versi takde sayur-sayuran) 😊

Bahan-bahannya :-

🍞 6 keping roti nk expired
🥚 2 biji telur
🥛 150ml susu segar
🧈 4 keping keju
🧂 3 sudu besar sos lada hitam
🥫 3 sudu besar sos tomato
🥩 200g daging cincang
🧄 2 ulas bawang putih – dicincang
🧅 1 biji bawang besar – dicincang
🧂 1 cubit garam dan gula
🧀 parutan keju

Cara-cara buat inti :

1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan butter/marjerin sampai naik bau

2. Masukkan daging cincang. Tumis smpi masak/kering air

3. Tambah sos tomata dan sos lada hitam

4. Perasakan garam dan gula kalau perlu

Cara melapis :

1. Sapu keseluruhan bekas dengan mentega. Saya guna bekas kecik jer…

2. Pukul susu dan telur sehingga sebati.

3. Celup roti dalam bancuhan tadi dan susun dalam bekas hingga penuh bahagian bawah bekas.

4. Tuang separuh inti tadi atas roti dan ratakan.

5. Susun kepingan keju atas daging.

6. Ulang dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.

7. Akhir sekali taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.
*** Lapisan atas sekali mesti daging dan parutan keju.
*** Boleh letak sosej/pepperoni sebagai hiasan.

8. Jika ada lebihan bancuhan tadi siramkan dalam bekas tu.

9. Bakar guna AF pada suhu 160 darjah celsius 20 minit.
*** Boleh olah resepi ikut kesesuaian AF masing-masing yer. 😀