
Melihat hasil kreativiti yang diilhamkan oleh Puan Izz dalam menghasilkan langsir dengan modal yang ekonomi, tentunya cukup mengujakan.
Apatah lagi, menurutnya dia tidak mempunyai kepakaran menjahit, namun mampu hasilkan langsir yang cukup sweet sepertinya ini.
Ini perkongsiannya.
Saya ada tengok dalam group eco diorang buat, tapi dorang buat biasa-biasa je saya tengok.. Saya suka olahkan bagi lagi menarik.. kiranya design semua tu dari saya lah..
Reben pun macam dorang buat selapis je.. Saya buat 4 keping.. Campur dengan kening 1/2…
Semua saya beli dekat kedai eco.. 1 barang RM 2.10.. Untuk 1 pintu 4 1/2 keping jadi kos dalam 1 pintu hanya RM10.50.. Saya beli 5 keping alas meja.
Saya jahit tangan sahaja.. Tak pandai guna mesin.. Beli mesin jahit mini pun masih tak pandai guna.
Sekejap je jahit.. Jahit bodo-bodo orang kata. Sehari pun dah boleh siap.. ..
Saya buat langsir ini tahun lepas. Bulan ogos.. Sekarang masih ok.. dan raya memang tak tukar lain.. Guna yang tu je.. Hehe.. Cuma kena basuh je..
Komen suami pula, dia suka sangat. Benda boleh jimat kan.. Sebab tu sekarang ni kalau saya ajak pergi kedai eco.. Dia ikut kan je.. Dia tak tanya nak beli apa.. Dia nak tengok je apa laa isteri dia nak buat pulak.
Sumber : Izz SyilaKenny
9 Benda Lebih Kotor Daripada Mangkuk Tandas Rumah. Awas, Nombor 8 Paling Tak Sangka. Ibu-ibu Kena Baca Ni!

Seringkali kita merasakan bahawa tandas merupakan kawasan yang paling kotor dirumah dan pusat pembiakan segala bakteria dan kuman.
Namun begitu, mengikut kajian para saintis, terdapat tempat yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah, tanpa kita menyedarinya. Berikut adalah senarai tersebut :
1) Sinki Dapur
Sinki Dapur sering digunakan dalam penggunaan harian. Apatah lagi jika anda kerap memasak dan menghabiskan masa didapur. Bayangkan terdapat lebih 500,000 jumlah bakteria pada setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.
2) Suis Lampu / Kipas
Pernahkah anda mengelap atau membersihkan suis lampu atau kipas? Jika tidak pernah, baik masukkan dalam rutin pembersihan rumah anda. Ini kerana selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyentuh suis tersebut ia menyumbang kepada 217, 000 jumlah bakteria per inci persegi.
3) Tombol Pintu
Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu bahagian tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan mengakibatkan kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.
4) Papan Kekunci Komputer
Dalam satu kajian rawak daripada 33 Papan Kekunci Komputer, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”.Oleh itu adalah penting lap bersih Papan Kekunci Komputer dengan kain dan detergen ringan demi menjamin kebersihannya.
5) Wang/Duit
Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati terdapat 135, 000 jumlah bakteria daripada satu not wang kertas dan purata jumlah 126, 000 dari not wang kertas yang lain. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang banyak.
6) Span Basuh Pinggan
Rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam ketuhar gelombang microwave lebih kurang 60 saat selain ia akan menghilangkan bau juga.
7) Pemegang Pintu Peti sejuk
Seperti tombol pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah dan menjadi tempat berkumpulnya banyak bakteria.
8) Telefon bimbit
Ia digunakan secara meluas dalam penggunaan seharian. Mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.
9) Alat Kawalan Jauh TV
SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui Alat Kawalan Jauh Telivisyen. Terutamanya Alat Kawalan Jauh Telivisyen di Hotel, pastikan anda bersihkan dahulu dengan tisu basah ataupun balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di mana-mana hotel.
Tanam Kucai Ada Cara Nak Bagi Cepat Membiak. Barulah Banyak Hasilnya!

Seronok juga menanam kucai ini bila tahu trik dan rahsia nak bagi cepat membiak. Dapatlah nanti hasilkan jumlah tuaian yang banyak.
Jadi buat anda yang belum tahu apa rahsianya, bolehlah baca perkongsian daripada Yuziyana Yusop.
Baja organik paling dia suka baja kopi, baja soya, baja taik ayam, baja taik kambing dan air beras. Kekerapan baja-10~14 hari sekali.
Baja kimia juga boleh (tapi saya tak syorkan sangat ya..)
– NPK 15.15.15/16.16.16, Baja AB, Baja urea.
Tapi jangan guna bancuhan yang terlalu kuat.
Tanah paling sesuai-tanah hitam berpasir, tanah kompos, tanah organik, tanah sawit atau apa-apa tanah yang poros dan subur.
Tanah paling tak sesuai untuk kucai- Topsoil (tanah merah) atau apa-apa tanah yang keras.
Cuaca
Full matahari dari pagi sampai petang.
Separa teduh jika musim terlalu panas.
*Elakkan dedahan cahaya lampu pada waktu malam. Cahaya lampu menyebabkan pokok stress dan akan keluar bunga. Kucai berbunga selalunya lebih kurus. Tapi kalau kerap tuai, tiada masalah sangat.
Siram 2x sehari dah memadai. Musim panas, 3x sehari.
Kekerapan tuai 2minggu sekali. Tapi kalau musim kemarau boleh terlajak 3 minggu sekali sebab kucai lambat membesar kalau musim kemarau.
Kucai perlu kerap dituai untuk elak dari keluar bunga. Bunga menyebabkan kucai kurus dan lama-lama akan mati.
Penyakit-Kulat, reput ubi. Tapi jarang-jarang sangat nak jadi.
Serangan serangga –hampir tiada serangan serangga. Kalau ada pun, ulat daun -itu pun jarang-jarang nak kena.
Cara nak bagi kucai cepat membiak
Letak tempat teduh. Kucai akan jadi halus tapi banyak keluar anak.
Bila dah banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu/Polibag lain. Kucai yang terdedah tempat panas lebih gemok tapi lambat sikit membiak.
Kucai tempat teduh pula cepat membiak tapi daun halus je. Alihkan semula ke tempat panas jika nakkan kucai yang gemok-gemok.
*Fertigasi kucai-medium sabut/sabut+sekam bakar/sekam Bakar
~Wajib guna baja AB baru jadi.. 1.5ec dah memadai.. Kekerapan baja 3x seminggu. Kelebihan tanam cara ni daun lebih gemok dan panjang.
Kekurangan tanam cara ni~akar cepat penuh dan kena bongkar tanam semula. Kalau dibiarkan, kucai cepat berbunga dan akan mula kurus dan pupus.
Sumber : Yuziyana Yusop
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Sedihnya. Dapat Bayangkan Kalau Tu Ayah Kita…”Wajah Anggota Polis Hingga Berbekas Mask, Undang Sebak!

Setiap pekerjaan yang kita lakukan tidak ada satu pun yang mudah. Pasti ada cabaran dan dugaannya. Orang lain tidak akan memahaminya, selagi tidak duduk ditempatnya. Hanya mereka yang melalui dan merasai sahaja tahu bagaimana sukarnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikul.
Begitulah yang cuba ingin digambarkan pada mereka yang berkerja di barisan hadapan ketika musim pandemik ini. Tidak terbalas jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan.
Umpamanya pihak polis yang menjaga sekatan lalu lintas untuk memantau aktiviti rentas daerah dan sebagainya. Biar berpanas mahu pun berhujan, kerja harus dijalankan dengan betul agar memastikan rakyat Malaysia sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.
Menerusi perkongsian seorang anggota polis di akaun TikTok @latiffamir, dia sempat merakam rakan sekerjanya yang kelihatan begitu penat dan dahaga setelah selesai menjalankan tugas di sekatan jalan raya.
Meskipun bila dilihat seakan sudah berusia, namun sedikit pun tidak menghalang untuk sentiasa menjalankan tugas demi negara. Apa yang lebih menyentuh hati dan sayu mata memandang apabila jelas kelihatan diwajahnya terdapat kesan sunburn membentuk pelitup muka begitu jelas di wajahnya.
Watch on TikTok
“Kalau yang buat salah tu laju je orang viral. Yang kerja separuh mati ni ada yang bagi perhargaan,” begitulah kepsyen yang diberikan untuk video yang dikongsikan oleh @latiffamirs yang berdurasi 20 saat itu.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang tersentuh hati dan mendoakan agar pakcik ini terus diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan. Bahkan tidak kurang juga ada yang mengalirkan air mata bila membayangkan pakcik tersebut sebagai ayah mereka.
“Tengok pakcik ni, teringat ayah…”
“Sedihnya. Dapat bayangkan kalau tu ayah kita. Semoga diberikan kesihatan yang baik”
“Terbaik encik polis. Tuhan sahaja dapat membalas segala budi baik en polis”
“Allahu. Sedih tengok, nampak penat sangat. Semoga dimudahkan segala urusan”
Dan banyak lagi komen-komen positif dan menyentuh hati yang ditinggalkan oleh warganet. Bahkan perkongsian video tersebut sehingga kini telah ditonton lebih daripada 202.5K tontonan.
Sumber : TikTok@latiffamirs
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club