Buat Korean Garlic Cheese Bread Guna Bun Burger je. Tak Payah Susah Nak Uli!

Share

Dulu waktu PKP, viral Dalgona Coffee. Sana sini orang pakat buat, masing-masing update tunjukkan hasil. Sekarang ni, datang pula benda viral baru, media sosial dibanjiri dengan Korean Garlic Cheese Bread.

Yang jenis kaki membeli ni, senang je hujung jari! Tekan je telefon pintar tu, order, zappp terus dapat! Tapi, ada yang jenis suka buat sendiri kononnya lagi puas hati nak makan. Dont worry! Ni haa ada resipi mudah dari Mis Fiona Azua

, senang je tak payah nak uli dah. Nak tahu macam mana? Jom tengok!

Asyik dok tgok Orang post ja..hari ni try buat sendiri korean garlic cheese bread mng t’baik…sis guna ROTI BURGER ja buat..🤭🤭

Resepi Korean Garlic Cheese Bread Cara Mudah

Bahan ROTI

-4biji Roti burger belah jagan sampai putus

Bahan cream cheese

-1ketul cream cheese (mcm dalam gambar)
-gula 4sudu besar
-susu cair 50ml

*masuk semua bahan cream cheese Mix sampai jdi cheese mcm buat kek tu.siap letak tepi dulu..

Bahan Garlic

– butter garlic (mcm dalam gambar)
-telur 2biji

*cairkan butter garlic 3sudu besar.dah cair bgi sejuk sekejap.

*masukan 2biji telur t dalam garlic yg dah cair tadi mix bgi kembang skit..siap letak tepi.

*ambil roti tadi letakan cream cheese dia tegah2 roti yang kita potong..lepas tu celup roti ke dalam telur yang kita mix ngn garlic tadi..(ulang buat benda sama sampai habis roti).

*letak atas bekas oven dan bakar..bakar guna suhu 170C selama 15-20minit.ikut oven masing2 ya…siap dah boleh makan..kena makan panas2 baru sedap..😋😋

Selamat m’cuba…🥰🥰🥰
boleh share resepi siapa nk try..🥰