
Lazimnya bina kolam mandi di halaman rumah memerlukan ruang yang besar. Ha, jangan ingat semuanya macam tu. Jika kreatif dan yakin boleh semua boleh jadi!
Sebagaimana lelaki ini, caranya membina kolam daripada tangki air telah menarik perhatian ramai. Idea bernas ini dilakukan hanya di belakang rumahnya sahaja. Hasilnya memang menakjubkan.
Semuanya dibuat sendiri tanpa perlu upah kontraktor. Ikuti lanjut cara dia menyiapkan kolam ini. Boleh lah anak-anak main waktu PKP ini. Bahkan mak ayah pun boleh joint sekali!
Buat kolam guna tangki air je. Belakang rumah jer, sebab ada lebihan panjang 12 kaki lagi. Mesti anak-anak suka.







Dah siap. Seronok dengan ahli keluarga. Sesuai sangat ketika PKP ni.
Sumber: HartanahN9 Jual Beli Rumah Online
“Aunty Ulang 10 Kali.”Gelagat Jebat Jayden Demam, Reaksi Dipujuk Bertenang Buat Netizen Kagum!

Anak kepada pelakon lelaki popular Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor iaitu Jebat Jayden sekali lagi menjadi bulan hangat dan perhatian netizen dengan gelagat comelnya dan petah dalam berkata-kata.
Kali ini si cilik, Jebat Jayden dengan rakaman video yang dimuat naik di Instagram jebatjayden. Video itu memaparkan Jebat Jayden sedang baring dengan seseorang ditemani seseorang yang sedang memeriksa suhu badannya dengan memberi nasihat supaya tidak risau dengan keadaan dirinya.
Namun kata-kata Jebat Jayden yang ringkas membuatkan para peminat kagum.
“Saya tak risau, saya tak risau. Saya memang baik.”
Untuk info, anak saudara kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa ini dilahirkan pada tahun 2018 dan kini telah berusia 4 tahun.
Meninjau di ruangan komen, para warganet menitipkan Jebat kembali sihat. Ada juga yang memuji kepetahannya.
Sumber: jebatjayden
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

“Ali & Fateema, Awesome Combination. Alhamdulillah.” Lepas Hari Ke 9, Saharul & Isteri Dedah Nama Anak Perempuan!

Selepas 9 hari, pelakon Saharul Ridzwan bersama isteri memilih nama Fateema Azzahra untuk anak perempuan kesayangannya.
Saharul memuat naik nama tersebut menerusi perkongsian terbarunya di instagram.
❤️Fateema Azzahra bt Mohd Saharul Ridzwan ❤️ ” tulis Saharul ringkas di instagramnya.
View this post on Instagram❤️Fateema Azzahra bt Mohd Saharul Ridzwan ❤️
A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Sebelum ini, Saharul berkongsi berita isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan. Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 .
“Gementar lain macam kali ini… Berbeza dengan pengalaman pertama dulu.
“Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik pembedahan. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa.
“Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak pengsan pun ada,” katanya.

Sementara itu, Deena turut berkongsi berita yang sama di instagramnya.
Assalammualaikum to my princess,
FATEEMA AZZAHRA BINTI MOHD SAHARUL RIDZWAN .
Selesai tahniq & cukur jambul pada hari ke 7 semalam, dibimbing oleh Ustaz @tarmiziabdrahman. Mohon doakan yang baik baik untuk anak anak soleh solehah kami.
View this post on InstagramA post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan teruja dengan pemilihan nama yang cukup indah dan mempunyai makna yang baik.
cantiknya nama secantik wajahnya
“Jadi Nombor 2 Banyak Makan Hati” Riena Diana Mengaku Terkesan Isu Penyondol

Kebelakangan ini, banyak pula isu yang melibatkan orang ketiga dalam rumah tangga. Kini, gelaran ‘penyondol’ juga sinonim dengan seseorang yang merampas hak dan kebahagiaan sesebuah keluarga.
Terkesan dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan isu ini, pelakon yang kini melonjak naik, Riena Diana turut akui takut untuk melangkah masuk dalam dunia perkahwinan.
Seperti yang dilaporkan Xtra, Riena yang pernah menghadapi ujian yang sama turut meluahkan perasaannya mengenai isu ini.
“Tak dinafikan, ada sedikit rasa takut dalam diri saya. Apa yang jadi sekarang ini buat saya fikir relationship saya ni akan jadi ke.
“Malah masa bercinta pun ada pasang surutnya, apatah lagi bila dah berkahwin, akan stick dengan orang tu je.
“Tapi saya rasa kalau betul kita jumpa the one, and dia sanggup lalui susah senang bersama, insya-Allah kekal dan saya percaya pada jodoh.
Meskipun begitu, Riena tetap memandang isu ini dari sudut yang positif serta sempat memberikan pesanan kepada individu yang bergelar isteri nombor dua.
“Walaupun mungkin berpisah kita kena percaya itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.. Saya rasa berserah saja kot, sebab kalau takut sangat nanti tak kahwin pula..,” ujarnya.
“Kahwin dua atau tiga tu memang orang kata tak salah. Cuma bila dah ambil hak orang tu, kena merendah diri sikitlah sebab kita pun dah ambil hak orang.
“Kena sedar diri siapa, tempat dimana. Kena lebih banyak bersabar dan bertoleransi dengan isteri nombor satu.
“Jangan kita dah ambil hak orang lepastu kita pula nak lebih-lebih. Itulah antara tips kalau nak jadi penyondol sebab saya rasa nombor dua ni kena banyak makan hati sikit.
“Kalau kena maki pun, kena sabar je sebab dah ambil hak orang kan. Tak boleh banyak mulut, dan kita kena tahu bila dah jadi nombor dua, jangan expect akan dapat perkara sama seperti isteri nombor satu,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Riena pernah diuji dalam hubungan percintaanya dengan kekasih hati Nik Afiq namun cinta kembali bertaut pada Februari 2023 setelah masing-masing mengambil keputusan untuk memperbaiki diri.
Pelakon yang terkenal dengan watak Lailer dalam drama Kampung People ini juga mengaku jarang berkongsi foto bersama kekasih di media sosial.
Sumber: Xtra