Umum sedia maklum bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan seorang yang sangat berjiwa rakyat.
Sesuai dengan ungkapan Pepatah Melayu ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’ benar-benar menggambarkan Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.
Baginda begitu mesra dan dekat dengan rakyat menjadikan baginda seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.
Tengku Hassanal yang kini berusia 25 tahun telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Baru-baru ini, Tengku Hassanal menerusi instagram memuat naik sekeping gambar baginda sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan.
“Kalau Awak Singgah FELDA Bukit Goh, jangan Lupa beli air kelapa dekat sini. Pakcik ni selalu pakai Tanjak,” tulis baginda pada kapsyen gambar berkenaan.
Dalam pada itu juga, Baginda turut berseloroh dengan menyatakan sedang melakukan kerja sambilan di gerai air kelapa tersebut di Felda Bukit Goh.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet. Rata-rata memuji cara ‘sempoi’ Tengku Hassanal yang mempromosikan gerai milik rakyat Pahang.
Jika mahu cari barang-barang murah, banyak yang ditawarkan di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club