Buat Kek Oren Kukus Kalau Gebu & Lembab, Barulah Menjadi & Habis Dimakan!

Share

Kek oren yang mempunyai tekstur yang lembut dan gebu pastinya menjadi idaman antara kita untuk menghasilkannya.

Ini penting agar tidak membazir jika buat kek, maklumlah disebabkan kek ‘tak menjadi’ tak ada siapa pula yang hendak makan kek yang dimasak.

Jadi untuk pastikan kek yang dimasak memuaskan hati boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Stcaldina Ismail ini.

Bahan-bahan:

2 biji telur

1/3 cawan gula kaster -(Mix hingga sebati)

Masukkan 1 penutup esen vanilla

11/2 cawan tepung naik sendiri

1/4 cawan sunquick

1/2 cawan minyak masak

1/3 cawan susu pekat manis

1/2 cawan air panas

Parutan kulit oren (1 biji)

Pewarna oren (optional)

Cara buat :

1. Kacau-kacau semua bahan.

2. Tuang dalam loyang saiz 8.

3. Kukus selama 40 minit.

Untuk topping cream cheese

250gm cream cheese

1/2 cawan susu pekat manis

Parutan kulit oren

Jus oren 3 sudu besar.

Cara buat :

Mix semua bahan. Boleh hiaskan kek oren kita ye.

ARTIKEL BERKAITAN :