Buat Kapsul Manjakani Homemade, Mudahnya dan Paling Penting Jimat!

Share

Lambakan kapsul kesihatan diri yang dijual di pasaran buat kita buntu dan tak tahu memilih mana yang serasi dan terbaik dengan tubuh kita.

Takut membazir bila produk yang kita beli tak serasi dan kurang kesannya pada kita. Nak elakkan cara ini, ada baiknya kita buat sendiri sahaja.

Buat kapsul manjakani sendiri? Memang hebat kalau kita dapat hasilkan sendiri. Paling penting boleh jimat!

Jom ikut cara Dzull Faa

yang hasilkan sendiri kapsul manjakani untuk dirinya. Sekali buat boleh guna sampai 100 hari. Wow jimat!

Cara Buat Kapsul Manjakani Cara Dzull Faa

1.Basuh bersih kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali, untuk pastikan ia betul-betul kering. (Jangan sampai hangus) Dah kering tutup api biar seketika.

2. Panaskan lesung batu atas api dapur seketika. Tujuannya nak keringkan bahagian dalamnya sahaja. Tak ada kena mengena dengan amalan karut ya.

3. Tumbuk buah manjakani bagi pecah dan kasar begini, supaya senang nak kisar. Boleh juga guna pengisar kering. Bagi yang terlajak rajin macam mak ni bolehlah tumbuk dan gesek guna lesung batu ni saja. Tumbuk sampai halus.

 

 

 

4. Ni ha hasil gigih menumbuk. Jadilah berserbuk begini.

5. Kemudian masukkan ke dalam penapis dan tapis.

6. Sampai jadi terasing begini. Yang halus turun ke bawah dan yang kasar kekal di atas ya.

7. Ni lah rupa baki kasar yang telah ditapis tadi. Nak buat apa dengan yang ini? Apa lagi, tumbuklah sekali lagi sampai hancur. Ulang lagi langkah daripada mula lagi dan lagi sampai halus mulus.

8. 100 kapsul kosong ( boleh beli di farmasi dengan harga RM4 @ RM5, ikut harga tempat anda)

9. Isi serbuk manjakani tadi ke dalam kapsul sampai habis dengan jayanya ya.

Berbaloi kan buat sendiri? Lepas tu boleh la makan 1 biji sahaja sehari. Jangan lebih-lebih tau, serbuk tu pure manjakani, takut terlajak panas pula.

Bagi ibu-ibu yang masih menyusu, boleh tunggu anak dah masuk 4 atau 5 bulan, baru boleh makan. Satu bekas tu boleh la tahan 100 hari. Jimatkan?

Sumber: Dzull Faa