Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pelbagai cerita boleh kita dengar dan kongsikan di media sosial. Ini termasuklah berkongsi menu masakan, petua dapur, rumah tangga dan pelbagai lagi. Tak kurang juga karenah anak-anak mahupun pasangan yang ada kalanya boleh memeningkan kepala.
Tetapi itulah manisnya momen yang dapat disimpan dilipatan memori sehingga ke akhir hayat. Dalam satu perkongsian, saudara Taufiq Razif memuat naik kisah isteri kesayangannya yang membuat spa rambut di rumah.
Dia terpaksa menjadi ‘mangsa’ untuk di cuci rambut oleh isterinya. Walaupun nampak lucu tetapi itulah momen yang cukup sweet. Barangkali jika tidak ‘dikurung’ sebegini, pasti saudara Taufiq tidak berpeluang merasai sendiri khidmat sang isteri mencuci dan masker rambutnya.
Bahaya sungguh bila isteri tengah bosan.
Kali ni si dia buat hal lagi. Saya dah tak sedap hati dah bila tadi si dia tersengih sengih dapat bungkusan daripada Shopee.
Bila dia buka bungkusan tu ada 2 bekas plastik warna biru tertulis Hair Spa by L’OReal. Ah! Makin la tak sedap hati dibuatnya.
“Abang, sini kejap. Kita spa rambut abang nak? ” Ah! Kena sungguh kali ni! Betul sungguh dah la ketidaksedapan hati saya tadi. Rupanya dia bawa saya ke dapur ni semata mata nak shampoo rambut saya.
Nak lari dah tak boleh. Kang merajuk pulak dia ni. Jadi saya relakan je la rambut saya diremas dicuci dan dibasuh berkali kali.
Dah habis cuci rambut saya ingat ke ‘penyeksaan’ ni dah berhenti. Rupanya dia buka satu lagi bekas plastik biru tu sambil kata “jom abang. Kita masker pula”
Rambut saya kembali diremas dan digosok berkali kali. Saya dengan wajah penuh bingung pun merelakan je lah si dia tu berbuat sesuka hati dia. Sambil dalam hati tertanya tanya “Eh ada jugak masker rambut ek. Ingatkan masker ni untuk muka je.” tepuk dahi. Buat je lah apa pun sayang, asal awak bahagia.
Saya ni bukan suka sangat rambut kena spa gini. Tadi demi menghargai fitrah seorang isteri, maka saya merelakan diri.
Inilah fitrah seorang isteri. Bila dia dah berkahwin dan dah bersuami, manusia yang dia paling rapat adalah suaminya sendiri.
Kawan baiknya yang dulunya sangat rapat makin lama makin berkurang. Teman berguraunya dulu pun seorang demi seorang makin hilang. Fokus utama seorang isteri kini hanyalah pada si suami.
Suami je lah akhirnya jadi tempat si dia bercerita. Suami je lah akhirnya jadi tempat si dia bergurau dan bercanda. Suami je lah akhirnya tempat dia menzahirkan kasih sayangnya.
Jika bukan pada suaminya sendiri, pada siapa lagi? Itulah kenapa suami ni sekali sekala kena relakan je bila si dia nak jadikan si suami tu tempat eksperimen ataupun tempat bermanja kerana mereka hanya punya kita.
Ya, isteri hanya punya suami. Hanya suami lah yang jadi kawan berlari, kawan bermain, kawan bergaduh, kawan bertenang dan kawan bermanja buat si dia.
Sebak la pula bila teringatkan betapa banyak yang dikorbankan oleh seorang perempuan bila dah bergelar seorang isteri ni.
Taufiq Razif
Seram kalau Cart Shopee jadi upah bayaran