
Pelbagai cara dan petua yang ada untuk anda yang mengalami masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sebagainya. Mungkin ada antara kita yang tidak berani mengambil produk di pasaran, bimbang kesan buruk pada tubuh. Nah, admin sediakan satu petua yang cukup mudah, ringkas dan yang penting menggunakan bahan semula jadi.
Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki, petua ini bukan sekadar dapat membantu kempiskan perut, ia juga dapat mengeluarkan angin degil dan lemak terkumpul, melancarkan pencernaan, menyihatkan dalaman dan luaran serta untuk mengekalkan awet muda.
Bahan Bahannya:
3 inci Kunyit
1 inci Halia
Segenggam asam jawa
2 sudu gula melaka/ gula kabung
Sedikit garam
Cara Caranya:
- Halia dan kunyit ditumbuk dalam lesung batu. Atau boleh juga dikisar.
- Masukkan semua bahan dalam periuk.
- Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.
- Didihkan. Tapis dan saringkan. Dan boleh diminum suam suam.
sumber: Azwani Muzammel
Hebatnya Membudayakan ‘Budaya Khidmat’ Dalam Keluarga. Ibu Ni Buat Untuk Anaknya Mendengar Kata!

Secara fitrahnya sebagai ibu bapa kita mahukan anak-anak mendengar kata dan tahu pula cara menghormati orang tua tanpa perlu di jerit dan menjerit. Kita menyedari, mendidik anak bukanlah perkara mudah.
Mungkin semasa anak-anak masih kecil, bolehlah dikawal dan diarah itu dan ini. Bayangkan bila anak-anak kita telah meningkat dewasa, mampukah anak-anak ini tetap mendengar kata-kata kita sebagai orang tuanya?
Terasa gusar pula memikirkannya.
Oleh itu ada baiknya membaca perkongsian daripada keluarga Cikgu Shaini ini dalam mendidik anak-anaknya dengan membudayakan ‘budaya khidmat’.
Ini Perkongsiannya
“Saya pelik tengok anak2 akak semua jenis dengar cakap….buat semua yang akak suruh…”Ye sebab akak garang Hehe takut tak
Sebenarnya, anak2 jadi begitu sebab kami dah terapkan “budaya khidmat” kepada ibubapa sejak anak2 masih kecil lagi. Sejak mereka boleh faham arahan. Jadi bila anak-anak dah terbiasa dengan arahan, dah terbiasa dengan “budaya khidmat”, mereka akan mudah dengar cakap dan mudah menunaikan setiap permintaan ibubapa.
Contoh “budaya khidmat” dalam keluarga untuk anak-anak
– picit umi n ayah selalu
– hidangkan makanan
– sediakan ubat untuk ahli keluarga yang sakit
– sendukkan nasi
– ambilkan air minuman ketika umi n ayah haus
– kopekkan buah untuk umi n ayah
– buka/tutup pagar dan pintu rumah
– pakaikan stokin dan kasut umi. Umi perasan Cinderella
– kakak / abang suapkan nasi pada adik
– ambilkan barang2 tertinggal
– on off suis kipas/lampu
– mencari barang2 hilang
– mengemas rumah
– lap meja lepas makan
– cuci pinggan
– payungkan umi n ayah
– dan macam2 lagi aktiviti khidmat
Masa nak suruh tu, ibu wajib guna perkataan “Tolong” dan sebaiknya bahasa biar indah. “Sayang, tolong bersihkan meja ni…”
Jangan masa anak dah besar baru nak mula panggil “sayang”, nanti anak dengar rasa geli geleman.
Tapi jangan anak-anak aje buat macam2 untuk kita, kita juga kena turut buat perkara yang menggembirakan anak.
– cium dan peluk selalu
– bergurau senda
– bercerita kisah anak2 soleh
– umi solat berjemaah dengan anak2
– bercerita tentang syurga neraka, bab timbangan amal di neraca Al Mizan supaya dia faham kenapa kena buat pahala banyak2.
– mandikan, syampukan & sikatkan rambut. Setiap kali tu cakap dengan anak, “nanti bila umi dah tua, macam ni lah kakak kena buat kat umi, mandikan, syampukan, sikatkan”. Boleh tak ?. Bagi dia berjanji. Cakap benda sama ulang2 biar anak hadam ayat tu.
– umi masak sedap2, masakkan masakan kegemaran anak
– ada masa amalkan makan bersuap. Cakap hal sama, cakap lembut2, “nanti bila umi dan ayah dah tua, (nama anak) kena suapkan juga tau….Boleh tak ? Juga cakap ulang-ulang.
– jaga anak betul2 masa dia sakit. Selalu peluk dia dan berikan ayat2 sentuhan emosi mcm ayat masa mandi n bersuap tadi
– potong kuku anak setiap jumaat
– belikan hadiah kegemaran / reward bila anak berkelakuan baik.
– lakukan pelbagai aktiviti bersama. Wujudkan MOMENT INDAH supaya dapat dikenang oleh anak bila mereka dewasa. Cth – time cuti…ajak berkelah, main badminton sama2, jogging sama2…ibadah juga dilakukan bersama-sama.
PANTANG BESAR
1. Ibu JANGAN berleter
Anak-anak yang sering dileteri akan sukar dididik. Sukar mendengar kata.
2. Membenarkan anak2 buat hal sendiri dengan HP, nonton TV cerita tak bermanfaat. Anak akan makin susah dengar kata.
3. Ssatu kesilapan besar bila mak ayah belikan HP untuk anak2 yang masih bersekolah! Tanpa pengetahuan kita, macam2 “cerita pelik” dia boleh tengok. Ini akan makin menggelapkan hati. Makin susah nak serap nasihat.
4. Benarkan anak-anak keluar dengan kawan2. Terutama geng motor, geng basikal, geng bola. Jaga anak daripada pengaruh negatif rakan sebaya. Biar orang kata kita kurung anak!
Alamak, dulu2 saya dah tersilap…anak-anak dah agak besar…dan memang dah susah nak mendengar kata. Apa harus saya buat ?
- Ibu ubah sikap. Stop berleter. Mula banyakkan doa. Ingat, Allah yang pegang hati dia. Dia boleh berubah asbab mustajabnya doa ibu.
- Buang ego. Minta maaf dengan anak-anak. Mengaku kesilapan diri. Ajak anak sama-sama berubah.
- Banyakkan solat tahajud/solat hajat. Doakan yang indah-indah berkaitan anak.
Macamana ibu nak pastikan doa itu mustajab ?
- Ibu berdoalah di waktu-waktu yang mustajab doa. Misalnya waktu antara azan dan iqomah, 15 minit sebelum berbuka puasa, ketika hujan, 1/3 malam terakhir iaitu selepas jam 3pagi, waktu asar hari jumaat, ketika bermusafir, ketika selesai ibu melakukan ibadah (cth selepas membaca al quran), selepas bersedekah. Seeloknya bertawassullah dengan setiap amal baik supaya Allah kabulkan doa kita.
- Ibu jangan buat perkara-perkara mungkar yang menjadi hijab pada terkabulnya doa. Ibu jaga pemakaian, jaga mulut, jaga hati. Juga jaga sumber rezeki/pemakanan.
Semoga Allah swt beri kita taufiq (kekuatan untuk melakukan perubahan) dan hidayah (petunjuk untuk kita jadi lebih baik).
sumber : Cikgu Shaini Razali
Mak-mak Ni Prihatin & Penuh Emosi, Tu Sebab Anak Suka Meluah Dekat Ibu Berbanding Ayah!

Perasan tak dengan perangai anak-anak kita ini. Bila hendakkan sesuatu atau mengadu mesti orang pertama yang dicari, kita sebagai ibunya. Menurut Parenting Influencer Mohd Fhais Salim, ada sebabnya dan ini dikongsikan di dalam facebooknya untuk info bersama.
Ada sebab kenapa anak-anak ni suka mengadu pada ibu berbanding ayah!
Bila ada masalah je mengadu meluah pada ibu. Bila ada buat salah je mesti cari ibu dulu.
Nak meminta apa-apa pun, ibu la tempat pertama dia cuba nasib. Ini kerana cara ayah nak tenteramkan anak jauh berbeza dengan ibu!
Si ayah suka gunakan logik akal
Itu la bila anak datang mengadu, si ayah akan cenderung untuk bagi solusi dan teguran terus kat batang hidung. Apa yang logik di akal, itu la dia beri pada anak.
Si ibu penuh emosi
Berbeza dengan ibu. Dia prihatin dan penuh emosi.
Pertama sekali dia akan mendengar dengan teliti. Eye-contact sepanjang masa. Empati dengan luahan hati anaknya.Dia tak terus bagi teguran sebaliknya, dia bagi anak rasa tenang dahulu. Ini la sebabnya anak-anak suka meluah pada ibu.
Sebab ibu buat anak rasa tenang dan senang hati.
Sama juga kalau anak nak meminta sesuatu, mereka pasti akan bagitahu pada ibu dulu sebab ibu cepat memahami isi hati anaknya berbanding ayah.
Kalau dengan ayah meminta, pasti akan tanya macam-macam soalan. Penting ke benda tu, apa manfaat benda tu dan macam-macam lagi. Ini betul, bab berbelanja untuk anak-anak ni ayah memang cerewet sikit tapi kalau ibu dia sanggup berhabis duit untuk belanja anak-anaknya asalkan mereka happy.
Bagi ibu, buat anak happy itu la happiness dia!
Sumber : Mohd Fhais Salim
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Dr Ni Share Redakan Sakit Kepala Dengan Berkesan. Boleh Follow!

Sesiapa pun akan pernah merasai sakit kepala dengan berbagai macam penyebab.
Ada yang pening disebabkan stres, migrain, darah tinggi, rasa cemas, depresi, dan sebagainya.
Sakit kepala ini jika tidak segera ditangani akan menimbulkan masalah lain, seperti sukar menjalankan aktiviti harian.
Oleh itu, ada baiknya kita baca perkongsian Doktor Azima dalam mencari alternatif merawat sakit kepala ini. Semoga bermanfaat.
Ada sesiapa yang menderita di sebabkan sakit kepala? Ini berkemungkinan badan anda tidak cukup Magnesium. Badan kita memerlukan Magnesium setiap hari.
Kekurangan garam galian yang penting ini akan menyebabkan terjadi nya ketegangan otot di leher, bahu dan rahang anda.
Ini sentiasa terjadi tanpa kita sedari. Kekerapan berlaku nya ketegangan otot seperti diatas akan mencetuskan kejadian sakit kepala.
Jika ini terjadi Ambil 5 atau 10 titis magnesium masuk kan dalam 200ml air kosong sebagai minuman serta sapukan di bahagian bahu, belakang leher serta di bahagian kepala yang sakit.
Kemudian tidur lah . Magnesium ketika ini memecahkan asid lactic dan menenangkan otot serta saraf. Tidur lah seperti anak kecil, keesokan hari nya semoga anda menjadi seorang yang baru.
Sumber : Dr Azima