Kehidupan ini penuh cabaran sebelum menumpuh kejayaan yang diidamkan. Selain doa, keberkatan hidup juga mempengaruhi sesuatu pencapaian itu.
Begitu juga jika berbuat baik dengan ibu bapa, rajin bersedekah dan mengembirakan ahli keluarga tanpa berkira. Ini adalah antara penyebabkan rezeki itu melimpah ruah. Apa yang dibuat, pasti menjadi.
Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini menerusi facebooknya, Siti Suryani Yaakop mengenai sikap adik iparnya yang bersikap tidak berkira dalam semua hal walaupun menghadapi dugaan dalam mengejar impainnya. Namun dia tidak pernah culas untuk berbakti kepada ahli keluarga.
Kisah ini bukan untuk mendabik dada, namun secara tersirat ia mendidik naluri bahawa memuliakan ahli keluarga itulah menjadikan segala urusan menjadi lebih mudah dan diberkati.
Ikuti perkongsian ini. Moga muhasabah diri.
Adik ipar saya. Dengan laki dia. Laki dia adik lelaki saya lah.
Masa PKP ni dia struggle teruk sebab bisnes tadika dia tak boleh jalan. Mana nak bayar pengasuh. Mana nak bayar sewa. Mana nak bayar bil semua.
Tapi tak pernah satu hari saya dengar dia merungut susah.
Dia mulakan langkah cari duit nak cover segala benda tu dengan buat live jual beg. Beg tangan. MasyaAllah. Banyak orang order. Saya ingat dulu kalau pergi rumah dia, nak tidur kena duduk. Penuh beg dalam rumah.
Oleh sebab banyak sangat post di JNT, dapat la jadi customer VIP. Dapat beg, plastik, resit, mesin. Dah asyik muka dia je post kat JNT tu, rezeki lain pulak datang.
Owner JNT tu ajak dia share. Bila nampak benda tu jadi, sekarang dia nak bukak dah JNT sendiri.
Saya belajar satu benda dari dia. Berani. Dan tak tunggu. Nak buat, buat je. Tapi sungguh. Apa yang dia buat sentiasa menjadi.
Nak kata pergi kursus motivasi jerit-jerit ‘Saya berjaya!’, Saya cemerlang!’. Takda.
Nak kata pergi kursus kesedaran nangis-nangis dan tepuk bahu orang sebelah yang entah siapa kita pun tak kenal. Takda.
Nak kata pergi bayar 3-4 ribu panggil coach latih dia berniaga. Takda.
Nak kata berkawan dengan circle-circle bisnes belaka. Takda. Kawan dia adik saya tu je lah ke mana-mana. Hari minggu tak saya ke sana, dia ke sini. Begitu je.
Tak Berkira rahsia rezeki melimpah ruah.
Tapi tiga benda saya lihat pada dia.
Pertama.
Dia taat pada adik saya. Tak pernah tinggi suara. Tak pernah kata apa. Tak pernah minta apa. A adik saya kata, A lah kata dia. Sibuk buka JNT ni sorang-sorang sebab adik saya kena operasi, pun takda membebel apa.
Kedua.
Dia sangat taat pada mak ayah. Mak ayah dia. Dan mak ayah saya. Mak saya sekarang tinggal di rumah dia. Mak nak makan apa. Sedia. Mak order apa. Ada. Tak banyak gaduh. Diam tak bunyi apa.
Ketiga.
Dia suka belanja adik beradik. Belanja anak sedara. Kalau datang takda lauk udang, tak sah.”Ni Maya suka ni”, dia ingat. Sikit tak kedekut. Hari jadi siapa pun semua dia akan sibuk nak rai.
Saya kira begitulah hidup ni. Kadang bukan benda teknikal sangat yang buat kita berjaya. Buat ni jadi ni. Buat tu jadi tu. Tapi benda paling penting dalam hidup ialah…keberkatan.
Suami. Mak ayah. Adik beradik.
Buat baik dan menyenangkan hati orang terutama kaum keluarga sendiri, sungguh Tuhan janji. DIA akan balas kembali. Lepas tu jangan merungut. Jangan salahkan apa-apa. Dan sesiapa. Jalan terus. Dia mengajar saya jadi kuat. Dan ikhlas.
Esok JNT dia dah nak launch. Saya doakan JNT dia boleh buka banyak cawangan. Dan diberikan dia seterusnya kejayaan. Dunia akhirat.
Sumber: Siti Suryani Yaakop