“Buat Isteri Aku, Maafkan Abang Kalau Gagal Membahagiakan…”Coretan Pilu Suami Di Facebook, 2 Hari Sebelum Ajal

Share

Seperti tahu ajalnya semakin dekat, seorang suami ini memberikan catatan buat isteri dan ahli keluarganya di facebook miliknya untuk dijadikan pesanan dan ingatan akhir untuk insan yang tersayang.

“Buat isteri aku, maafkan abang kalau abang gagal membahagiakan anak-anak dan isteri… ayah dah cuba buat yang terbaik, ingat pesan dan amanah ayah… solat dan al-Quran jangan bagi depa tinggal”

Itu antara coretan terakhir pengawal keselamatan, Mohammad Hafizuddin Abdul Halim, 36, kepada isterinya Sunani Yusuf yang dimuat naik dalam Facebook (FB) miliknya dua hari sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, Khamis lalu yang dikongsikan di myMetro.

Dalam coretan itu, Allahyarham Mohammad Hafizuddin turut memohon maaf kepada ibu dan bapanya kerana tidak sempat membalas jasa mereka.

Malah, anak sulung daripada sembilan beradik turut berpesan kepada ahli keluarga supaya menjaga semua anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun sekiranya dia sudah tiada.

Ayah Meninggal Sehari Sebelum

Lebih menyedihkan, Allahyarham yang ditidurkan juga tidak mengetahui bapanya, Abdul Halim Abdullah, 59, meninggal dunia sehari sebelum itu di hospital sama.

Adik ketiga Allahyarham, Muhammad Hafizan Abdul Halim, 32, berkata, dia dan arwah memang rapat namun terpaksa menerima kenyataan yang abangnya sudah tiada buat selama-lamanya.

“Bukan saja abang, malah sehari sebelum itu kami sekeluarga terpaksa menerima berita pemergian bapa yang meninggal dunia juga akibat Covid-19 selepas dua hari dimasukkan ke hospital.

“Kami adik beradik terpaksa menghadapi semua ini dengan tabah dan kuat selain berharap dapat menunaikan permintaan arwah abang untuk menjaga keluarganya,” katanya.

16 Hari ‘Berjuang’

Muhammad Hafizan berkata, abangnya terlebih dahulu dikesan positif dan menjalani rawatan selama 16 hari di HSAH namun kesihatannya merosot dan terpaksa ditidurkan selama dua hari.

“Selepas abang, bapa mula berasa badannya lemah dan demam namun arwah mendakwa itu berlaku kerana dia terlupa makan ubat darah tinggi dan kencing manis yang dihidapinya.

“Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, dia didapati positif Covid-19 sebelum ditahan dan diberikan rawatan kecemasan,” katanya.

Menurutnya, selepas dua hari menerima rawatan bapanya meninggal dunia jam 10.42 malam Rabu disusuli abang jam 7 malam keesokannya.

Sumber : myMetro 

 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/

, baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club