Seperti tahu ajalnya semakin dekat, seorang suami ini memberikan catatan buat isteri dan ahli keluarganya di facebook miliknya untuk dijadikan pesanan dan ingatan akhir untuk insan yang tersayang.
“Buat isteri aku, maafkan abang kalau abang gagal membahagiakan anak-anak dan isteri… ayah dah cuba buat yang terbaik, ingat pesan dan amanah ayah… solat dan al-Quran jangan bagi depa tinggal”
Itu antara coretan terakhir pengawal keselamatan, Mohammad Hafizuddin Abdul Halim, 36, kepada isterinya Sunani Yusuf yang dimuat naik dalam Facebook (FB) miliknya dua hari sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, Khamis lalu yang dikongsikan di myMetro.
Dalam coretan itu, Allahyarham Mohammad Hafizuddin turut memohon maaf kepada ibu dan bapanya kerana tidak sempat membalas jasa mereka.
Malah, anak sulung daripada sembilan beradik turut berpesan kepada ahli keluarga supaya menjaga semua anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun sekiranya dia sudah tiada.
Ayah Meninggal Sehari Sebelum
Lebih menyedihkan, Allahyarham yang ditidurkan juga tidak mengetahui bapanya, Abdul Halim Abdullah, 59, meninggal dunia sehari sebelum itu di hospital sama.
Adik ketiga Allahyarham, Muhammad Hafizan Abdul Halim, 32, berkata, dia dan arwah memang rapat namun terpaksa menerima kenyataan yang abangnya sudah tiada buat selama-lamanya.
Ads
“Bukan saja abang, malah sehari sebelum itu kami sekeluarga terpaksa menerima berita pemergian bapa yang meninggal dunia juga akibat Covid-19 selepas dua hari dimasukkan ke hospital.
“Kami adik beradik terpaksa menghadapi semua ini dengan tabah dan kuat selain berharap dapat menunaikan permintaan arwah abang untuk menjaga keluarganya,” katanya.
16 Hari ‘Berjuang’
Muhammad Hafizan berkata, abangnya terlebih dahulu dikesan positif dan menjalani rawatan selama 16 hari di HSAH namun kesihatannya merosot dan terpaksa ditidurkan selama dua hari.
“Selepas abang, bapa mula berasa badannya lemah dan demam namun arwah mendakwa itu berlaku kerana dia terlupa makan ubat darah tinggi dan kencing manis yang dihidapinya.
“Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, dia didapati positif Covid-19 sebelum ditahan dan diberikan rawatan kecemasan,” katanya.
Menurutnya, selepas dua hari menerima rawatan bapanya meninggal dunia jam 10.42 malam Rabu disusuli abang jam 7 malam keesokannya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat.
Pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama.
Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh. Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi.
Estrogen adalah hormon yang bertanggung jawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid yang tetap, kekuatan wanita, selain penting dalam mencegah penyakit seperti kerapuhan tulang, sakit jantung, dan dementia.
TIPS MUDAH MENGIMBANGKAN SEMULA HORMON DALAM TUBUH WANITA
Antara langkah yang boleh dilakukan.
1. *Kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia sintetik* seperti pencuci lantai, kosmetik seperti gincu, losen siang/ malam, serum muka, ‘personal care’ seperti sabun mandi, deoderan, baja kimia dan racun serangga. Pastikan kita memakai sarung tangan jika penggunaannya tidak dapat dielakkan.
2. *Kurangkan lemak berlebihan dalam badan* dengan menurunkan berat badan. Tisu tisu lemak pada tubuh juga penting tetapi jangan berlebihan kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.
3. *Tambahkan dan pelbagaikan sumber protein dan lemak sihat dalam hidangan*. Tanpa protein yang mencukupi kita mungkin akan berasa cepat lapar dan ini akan menyebabkan kita ketap makan dan bertambah berat badan. Protein yang sihat seperti ikan, telur dan ayam juga penting untuk kesihatan rambut, pembinaan otot dan merawat tisu yang rosak. Lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.
4. *Membantu proses perkumahan toksin* dengan mengamalkan banyak sayur-sayuran dan buah_buahan atau makanan yang disebut sebagai *Quranic Food* seperti minyak zaitun, buah teen, buah delima, anggur, pisang dan kurma. Ia mengandungi cukup mineral, vitamin dan antioksida.
5. *Elakkan penggunaan gula putih* atau sebarang gula tambahan dalam minuman dan makanan.
6. *Tambahkan sumber vitamin E, vitamin C dan vitamin D* dalam makanan. Vitamin D dapat ditingkatkan dengan pendedahan selama 10-15 minit setiap hari pada sinaran matahari yang tidak terik. Dalam banyak kajian, mereka yang kekurangan vitamin-vitamin ini walaupun cukup makan, akan mudah mengalami obesiti, sindrom metabolik dan sesetengah kanser. Pengambilan suplemen vitamin yang bersesuaian mungkin membantu menambahkan sumber vitamin untuk tubuh kita.
7. *Pastikan makanan kita mengandungi mineral yang penting* seperti magnesium, zinc, selenium yang mencukupi. Ia penting dalam keseimbangan hormon dan merangsangkan metabolisme tubuh.
8. Dapatkan *tidur yang mencukupi, kawal stress, lakukan senaman ringan dan cukup minum air kosong*.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tidak dapat digambarkan betapa rasa seronok dan puas hati jika seorang anak dapat memberikan sesuatu hadiah yang istimewa dan bermakna untuk orang tuanya yang telah banyak berbakti.
Begitulah juga yang direalisasikan oleh pelakon Eyra Hazali apabila menghadiahkan sebuah kereta Proton X70 kepada kedua orang tuanya sebagai menzahirkan rasa syukur dengan rezeki yang dianugerahkan sejak awal tahun ini.
“Alhamdulillah syukur, selalu tertanya2 bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yg lebih selesa,siapa sangka,rezeki melimpah ruah pada awal tahun buat Young Living and selepas tggu dari bulan February, tepat pada masanya.”
“Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat my parents (ada appointment doctor). Hadiah ni tak sebesar jasa mumy and ayah untuk besarkan kami 7 beradik,selagi ada kudrat,eyra akan buat apa saja untuk senangkan mummy and ayah.”
Benarlah kanak-kanak itu ibarat kain putih. Ibu bapa yang bertanggung jawab dalam mencorakkannya. Apalah gunanya jika anak bijak dalam perkembangan ilmu, tetapi tidak boleh mempercayai ibu bapa kerana sejak kecil asyik berenggang. Sibuk dengan urusan kerja, sehinggakan anak-anak terabai dari segi kasih sayang dan emosi.
Tidak hairanlah jika ada antara kanak-kanak mengalami tekanan emosi seawal 11 tahun. Dalam usia yang masih kecil, mereka suda ada rasa bimbang, ketakutan yang berlebihan dan jika tidak dikawal boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.
Pendedahan itu dikongsi oleh pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Bila anak-anak ni masih lagi kanak-kanak, biarlah dia jadi kanak-kanak. Nanti bila anak tidak lagi kanak-kanak, kita rindu zaman keanak-anakkannya.
Please bina memori yang indah bersama dengan anak. Bukan memori stress, belajar siang malam pagi petang, tekan untuk dapat straight A bagai.
Kenyataan itu merujuk kepada luahan perasan beberapa kanak-kanak di sebuah sekolah di sini.
Setiap kali ceramah motivasi, sy akan minta pelajar dtg ke depan & tulis knp rasa tak semangat belajar.
Maka, inilah jwpn yg kerapkali ditulis. Murid darjah 5. Bygkan baru umur 11 tahun tp dah lalui semua ni.
Beliau yang terkenal dengan #TukangCeramahBudakSekolah memuat naik luahan kanak-kanak secara bertulis di papan putih ketika menghadiri motivasi di sekolah tersebut.
“Setiap kali ceramah motivasi, saya akan minta pelajar datang ke depan dan tulis kenapa rasa tak semangat belajar.
“Maka, inilah jawapan yang kerap kali ditulis. Murid darjah lima. Bayangkan baru umur 11 tahun tapi dah lalui semua ni. ‘Stress’ dalam kalangan budak-budak zaman sekarang ‘real’. Mereka tak ada tempat nak luahkan,” ciapnya di Twitter.
Antara luahan yang dikongsi murid-murid adalah mereka dijadikan perbandingan oleh ibu dengan sepupu yang lebih pandai dan tekanan daripada ibu bapa supaya memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Kata Mohd Fairuz, hantaran itu sekadar perkongsian kepada masyarakat selain mahu memberi penekanan kepada isu yang sangat membimbangkan dan turut mengambil contoh berita budak perempuan 10 tahun ditemui mati tergantung pada pemegang tangga baru-baru ini.
“Jadi tak pelik pendedahan Kajian Kesihatan Mental di Malaysia mendedahkan seawal 13 tahun budak dah alami tekanan. Kita nak lahirkan generasi apa sebenarnya ni?” ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.