“Buat Grup Whatsapp Untuk Anak Dan Menantu Pakat-Pakat Uruskan Rumah Mak Atau Mertua Waktu Raya”. 11 Tip Kena Alert, Salah Satunya Bawa Sendiri Kain Cadar Alas Tidur.

Share

Apabila anak dan menantu berkumpul di kampung meraikan Adilifitri bersama orang tua, pastinya meriah.

Selain gembira meraikan hari raya, tentu juga ‘meriah’ rumah mak atau mertua dengan pinggan  mangkuk yang kena di cuci, ruang tamu yang  bertukar jadi tempat tidur dan rumah yang bersepah dengan barang-barang kanak-kanak.

Jadi, ketika ini perlu ada kerjasama antara anak dan menantu supaya memastikan rumah dalam keadaan kemas dan teratur.

Sebagaimana Tip yang dikongsi oleh Pak Utih’s Page sungguh inspirasi apabila beliau menyatakan 11 tip agar anak dan menantu berpakat sama-sama untuk memastikan rumah ibu atau mertua di kemas dan teratur walaupun ramai yang balik kampung.


TIP UNTUK ANAK MENANTU YANG ADA ANAK DUA TIGA GERABAK NAK HIBURKAN MAK / MERTUA BERAYA DI KAMPUNG .

Buat grup baru ( Whatsapp atau Telegram) khas keahlian semua anak2 menantu yang balik dan yang tak balik kampung raya kali ini.

1. Pakat-pakat dengan semua anak menantu yang nak pulang ke rumah itu, bergilir menyediakan (sama ada beli atau masak) juadah pagi dan petang, makan pagi tengahari dan malam untuk seisi rumah. Mak rehat aje walaupun anak menantu berstatus “tetamu” Mak di kampung.

2. Berpakat dengan anak menantu untuk pastikan bilik dan atau kawasan tiduran masing-masing keluarga siap kemas sebelum jam 8 pagi, melainkan ada bayi yang memerlukan layanan istimewa. Mak tentukan sahaja sempadan dan kawasan tiduran masing-masing.

3. Anak menantu berpakat untuk minta kebenaran Mak jadikan satu bilik atau kawasan tertutup tempat mainan anak-anak atau nursery yang kawasan itu bebas kelintang pukangannya. Pastikan anak masing-masing tidak gunakan ruang tamu sebagai gelangan gusti,

4. Pakat-pakat anak menantu bawa sendiri kain cadar atau toto untuk alas tidur, kelambu igloo dan selimut kegunaan masing-masing dan bawa pulang untuk dibasuh di rumah sendiri. Untuk pakaian, buat sistem giliran atau “washing pool” bersama menggunakan mesin basuh. Jangan lupa bawa sendiri sabun basuhan masing-masing.

4.1 Kalau ada yang terpaksa tidur kat homestay atau hotel ( tak cukup bilik) jangan lepak lama-lama kat situ. Jangan datang ke rumah untuk makan sahaja dan jangan sembang sakan bilik hotel ada aircond sejuk giler. Menambah dosa raya je. Cepat2 datang ke rumah tolong kerja rumah tu ikut jadual yang ditetapkan.

5. Pakat anak menantu bersistem melayani, menyediakan makanan-minuman dan membasuh pinggan mangkuk untuk tetamu yang datang beraya. Tugas Mak dan Ayah hanyalah melayan tetamu sahaja.

6. Pakat-pakat anak menantu semua diberikan taklimat oleh suami masing-masing siapa mahram siapa bukan mahram yang akan ada di rumah itu nanti untuk bersedia menutup aurat masing-masing dan kawalan batas bersalam salaman pada bila-bila masa.

7. Pakat-pakat anak menantu untuk menentukan hanya satu sahaja handfon yang high end (tinggi pixel camera) untuk digunakan bergambar hari raya sekeluarga. Selepas itu diwassapkan sahaja gambar2 itu. Bergambar sekeluarga hanya dibenarkan selepas solat raya sahaja.

8. Mak dan Ayah tentukan jadual waktu sekeluarga untuk beraya di rumah jiran dan juga saudara mara di kampong itu.

9. Boleh juga pakat-pakat suami masing-masing sediakan sikit duit-duit raya untuk diedarkan kepada anak-anak jiran atau saudara mara yang datang beraya di rumah.

10. Sebelum meninggalkan rumah itu, pakat-pakat anak menantu buat semakan bilik tidur dan bilik air (pampers busuk di buang) bersuasana bersih seperti mana keadaan mula mula sampai.

11. Jangan lupa unjuk duit raya kepada Mak dan Ayah sebelum kembali ke tempat masing-masing.

Gerenti Mak menangis bila anak menantu dan cucunya melambai-lambai meninggalkan mereka berdua.

Selamat menghiburkan Mak dan Mak Mertua anda