Buat Goodies Untuk Majlis Keluarga Memang Perlukan Bajet, Tapi Kalau Nak Jimat & Tetap Nampak Ekslusif Boleh Ikut Cara Wanita Ni Buat!

Share

Bila menyentuh bab persiapan keluarga untuk mengadakan majlis kenduri kendara, masa inilah kemeriahannya tergambar. Sanak saudara malah adik beradik tidak perlu disuruh-suruh, dengan sendirinya akan ringan tulang membantu.

Umpamanya dalam menyiapkan goodies untuk tetamu. Nur Diyana bersama adiknya,  sama-sama ‘pulun’ untuk siapkan semuanya.  Selain itu, apa yang lebih menarik  tentang perkongsian bakal pengantin ini adalah cara bagaimana dia dapat berjimat untuk hasilkan goodies yang nyata nampak begitu eksklusif.

Nak tahu apa triknya, jom semak perkongsian ini. Jadi bolehlah dipraktikkan untuk majlis perkahwinan adik beradik kita pula.

DIY VIP Doorgift ideas untuk bakal pengantin

Kalau nak beli siap mahal juga ni jadi sebabkan tengah free saya dan adik yang tengah cuti semester buat lah hehehehe … sikit je ni cuma untuk majlis nikah, pulun la kan kami dua beradik siapkan  memang jimat banyak kalau buat sendiri … tak susah pun balut-balut je siap, walaupun simple dan jimat banyak, tetap nampak exclusive juga kan ? 

 

Tak Guna Bajet Yang Banyak Buat Goodies!

Tidak hanya dengan memberi sabun pencuci tangan dengan penjimatan yang hebat, malah Nur Diyana juga turut hadiahkan Buku Yassin yang dibelinya tanpa mengeluarkan wang tunai tetapi bijak menggunakan bajet yang tersedia di dalam kad matriknya.

Memberi sentuhan menarik pada goodies bag untuk diberikan kepada tetamu yang bertandang, gadis ini hanya menambah sedikit aksesori seperti daun hiasan, tali, getah dan kain net.

Kalau nak lebih murah, hand soap, paper bag dan tali jute semua tu kat Eco Shop pun ada jual  siap boleh tambah manik blink blink lagi … memang puas hati buat sendiri walaupun penat huhuhuhu …

Sekarang tinggal cari duit untuk settlekan yang lain, diy vip doorgift is doneee

 

sumber : Nur Diyana