Sayur fucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyediaan sup sayur. Selain dimasak lemak, ditumis air atau dijadikan pelbagai resipi lain, menu ini cukup simple tetapi sedap. Biasanya fucuk ini boleh didapati di kedai. Teringin tak nak belajar buat sendiri?
Ini cara buat Fucuk yang dikongsikan oleh Puan Siti Zara’s. Resipi yang mudah tapi confirm jadi. Yang penting daripada air tangan kita sendiri kan. Tak perlu lagi nak beli malah boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan ni kalau berjaya buat jual.
Antara hikmah pandemik ni, kita dpt belajar benda baru…
Alhamdulillah dh terror buat fucuk..Lebih yakin, halal dan bersih…
Cara membuat:
1. Kacang soya rendam semalaman dan buang kulit (tak dapat buang semua pun ok, yang penting 50% dapat buang kulit). Kemudian kisar soya, nisbah air 1:2. Tapis airnya.
Ads
2. Air soya yang telah direbus masak. Boleh guna apa-apa bekas periuk. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana. Saya guna bekas makanan buffet, double boil hasilnya lagi cantik.
3. Permukaan air soya tu akan jadi mengeras dan boleh angkat dengan lidi sate yang panjang tu.
4. Kemudian jemur. Biar sampai kering betul. Kemudian ulang proses tadi sampai dapat banyak.
Reaksi alergi atau alahan pada makanan tertentu seperti belacan sering menyebabkan seseorang akan kerap terbersin, kegatalan, selesema dan sebagainya.
Ini kerana belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil atau geragau yang dimampatkan. Belacan juga mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan tidak dinafikan ramai menggemarinya.
Bila alergi makan makanan yang mengandungi belacan dan atas sebab ini juga, ada yang lebih selesa untuk menyediakan sendiri menu untuk pastikan masakan yang dimasak lebih selamat dimakan tanpa kesan kegatalan dan sebagainya.
Umpamanya dalam menyediakan menu kuah kacang yang dikongsikan oleh Cr Nur Hafizah di salah satu group masakan di facebook.
“Kuah kacang. Takde belacan, takde santan. Resepi arwah bonda mak senior sekolah dulu. Resepi kredit untuk kak asma Nurul Mansor.” Tulisnya dikapsyen posting hingga menarik perhatian warganet untuk mencuba resipi yang dikongsikan itu.
500g kacang tanah
13 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras (saya letak dua biji)
Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa paste adabi)
2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping)
5 sudu gula (ikut resepi asal sedap kalau guna gula merah, tapi takada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa)
Garam.
Perasa (resepi asal ada, tapi saya tak letak)
Saya tambah 2 batang serai
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.
3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.
4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.
5. Masukkan gula, air asam jawa,asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.
German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felulaini.
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam situasi sekarang, mendidik dan mengajar anak-anak di rumah kena ada caranya. Sabar adalah sangat penting terutama jika anda mempunyai anak-anak yang agak lemah dalam bab pembelajaran.
Kerana itu ada antara sesetengah ibu bapa yang jenis hilang sabar akan menganggap hukuman atau denda adalah jalan penyelesaian bagi membentuk anak-anak.
Apatah lagi jika mendapat anak yang lambat ‘pick up’ , berulang kali benda yang sama masih tidak memahami.
Walhal, dengan mengambil jalan mudah begini, anak-anak lagi memberontak dan hubungan itu akan menjadi semakin jauh.
Ikuti perkongsian guru ini Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa cara betul mengajar anak-anak dirumah tanpa perlu marah atau menghukum mereka.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Begitulah.
#MFS – Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di