Buat French Fries Sendiri Di Rumah,Lebih Jimat Dan Sihat.

Share

Salah satu makanan kegemaran anak-anak dan juga orang dewasa adalah kentang goreng atau french fries. Jika sebelum ini asyik beli di kedai, apa kata buat sendiri di rumah.

Cara nak buat bukannya susah. Mudah aje. Boleh jadi kudapan buat anak-anak sambil belajar atau menonton televisyen.

Ikuti perkongsian wanita ini.

Kali ni Sab nak share cara buat kentang goreng homemade. So, bolehlah buat stok banyak, duit pun jimat. Nak makan banyak mana pun boleh, nak buat ikut citarasa sendiri pun boleh. Step nak buat kentang goreng ni ada kat gambar.

Ini cara penyediaannya

Bahan-bahan:

1) Kentang (5 biji)

2) Sedikit garam / gula

3) Air sejuk/air biasa (2 cawan)

4) Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat :

1) Sediakan air gula

– Pertama sekali, sediakan 2 cawan air sejuk/air biasa. Tambahkan 2 sudu makan gula dan Campurkan kedua-dua bahan ini dalam besen. Ketepikan sebentar.

– Kegunaan air gula ini adalah sebagai rendaman sebab bila kentang direndam selama 30 minit, rasa manis gula tersebut akan meresap masuk ke dalam kentang.

2) Hiriskan kentang

– Buang kulit kentang dan kemudian hiris macam dalam gambar. Jangan hiris nipis sangat ya, agak2 saiznya macam French Fries yang kita biasa makan tu.

3) Rendam dan Sejukkan dalam air gula

– Setelah dihiris panjang2, masukkan kentang tersebut ke dalam air gula yang dibuat dalam langkah pertama tadi.

– Sejukkan selama 15 – 30 minit dalam peti ais.

***kalau ada air kapur, boleh masukkan sedikit supaya kentang lebih rangup dan tak serap banyak minyak***

4) Rebus

– Selepas disejukkan selama 30 minit, panaskan air bersama 1 sudu kecil garam. Biarkan sehingga mendidih.

– Air rebusan yang diletakkan garam ini akan memberi rasa pada bahagian luar kentang.

– Setelah direndam dengan air gula, kemudian masukkan kentang tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan 1 sudu minyak masak utk pastikan kentang nampak fresh selepas direbus.

5) Toskan

– Selepas direbus selama 5 minit, matikan api dan toskan kentang. Biarkan kentang suam2 dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku.

– Seeloknya, biarkan selama lebih kurang 3 jam. Bila dah beku baru goreng.

6) Goreng

– Tadaaaa, beginilah hasilnya lepas digoreng. Tapi ini sebenarnya tak sempat nak tunggu 3 jam sebab tak sabar. Paling penting rasa tetap superbbb

– Kalau rajin, bolehlah buat banyak sekaligus dan frozenkan. Biasanya kalau nak kentang ni tahan lama sebagai stok frozen, goreng dulu separuh masak dan simpan dalam peti sejuk beku. Rasanya boleh simpan selama 1-2 minggu.

Selamat mencuba

Sumber: Sabariah Sisa via Nadiyatul Husna

Nak tahu perkakasan memasak bajet lihat di SINI

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club