Buat Dinding Macam Guna Batu Bata Merah, Suami Isteri Ni Habis RM150 Je. Begini Cara DIY, Mudah Sangat!

Share

Antara dekorasi dinding yang menarik untuk gayakan selain konsep wainscoting dan dinding shiplap, ada satu lagi gaya yang juga mendapat tempat di hati peminat dekorasi iaitu dengan kaedah ‘brick painting wall’.

INi sebagaimana yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini dengan melakukan tranformasi dinding di rumahnya secara DIY tanpa perlu bajet yang tinggi. Difahamkan dengan menggunakan teknik ‘melukis’ dinding batu bata merah di ruangan dinding tersebut hanya RM150 sahaja dibelanjakan. Memang berbaloi!

Untuk itu, jom kita lihat dan fahami cara membuatnya sepertimana yang dikongsikan oleh Farah Hisyam.

Saya nak share project feature wall yang kami laki bini buat. We choose diy brick painting untuk rumah kecil kami.

Nak upah contractor mahal, jadi kami gagahkan diri buat sendiri. Sampai nak demam-demam buat benda alah ni.

Kos tak sampai RM150 pun, tp effort tu yang mahal.  Moga sharing ni bermanfaat.

Cara Membuat ‘Brick Painting Walls’

Langkah 1 : Lukis dahulu garisan pada dinding.

Langkah 2 : Proses seterusnya tampal-tampal sellotape ikut garisan yang dah dilukis terlebih dahulu.

 

Langkah 3 : Bancuhkan serbuk plaster ceiling dan tampalkan pada dinding.

Langkah 4 : Tanggalkan sellotape ketika plaster tersebut masih basah, akan nampak bentuk brick yang cantik.

Langkah 5 : Biarkan plaster ceiling kering.

Langkah 6 : Cat dengan warna pilihan.

“Inilah warna yang kami gunakan untuk membuat brick painting wall”

1. Nippon paint 2058a firelight cc super matex
2. Jotun essence easy clean code 2059 brick red

Inilah hasilnya

Sumber : Farah Hisyam

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club