“Buat Demi Perjuangkan Perkahwinan & Hak Saya.” 4 Tahun Rumahtangga ‘Diganggu’, Puteri Sarah Nekad Saman!

Share

Kemelut rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bagaikan tiada kesudahan.

Terbaru, ibu kepada sepasang cahaya mata ini nekad dengan memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama.

Tindakan tersebut di ambil ke atas wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa menganggu rumah tangga dan kehidupannya selama ini.

Dalam satu temu bual  bersama Harian Metro, isteri kepada Syamsul Yusof berkata tindakan tersebut adalah jalan terbaik selepas empat tahun rumah tangganya diganggu serta demi maruahnya yang telah tercalar.

“Benda ni takkan jadi kalau pihak ketiga tu tak cabar saya. Dia kata bila nak saman, suruh peguam kau buat kerja cepat sikit. Jadi kami failkan dua saman.

“Empat tahun saya berdiam diri untuk bagi dia peluang. Kalau boleh saya tak nak selesaikan masalah ini di mahkamah dan biarkan satu Malaysia tahu. Tapi,  sudah sampai ke tahap ini, saya rasa ia biadap,” katanya.

Sarah berkata lagi, sebelum mengambil tindakan tersebut dia juga mengakui was-was apatah lagi selepas memikirkan mengenai perkahwinannya dan keluarga.

Masa itu, saya masih fikir apa akan jadi pada saya, keluarga dan perkahwinan kami. Masa itu, saya mungkin tidak matang juga dan tidak nampak hala tuju.

“Selepas buat solat istikarah dan balik daripada umrah, baru saya nampak jalan. Saya buat untuk diri Sarah, keluarga saya. Sampai bila nak kena pijak macam ni?” luahnya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata dia sangat lega berbuat demikian serta berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata mereka di luar sana yang senasib dengannya.

“Untuk wanita yang mempunyai masalah seperti saya, saya dah buka jalan untuk korang. Lepas ini, sesiapa nak ambil orang punya, boleh fikir-fikirkan dahulu. Saya nak pesan juga, dah ambil orang punya duduk diam-diam. Jangan dah ambil orang punya dok canang sana sini, nak kacau. Jangan kacau orang,” katanya.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.

Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah, mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.

Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Harian Metro


ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club