Siapa kata nak buat Cekodok atau Cucur kena ada tepung, guna roti je dah boleh dapat cucur yang sedap dan menyelerakan.
Nak tahu caranya jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mas Cotek. Resipi yang cukup simple tapi sedap. Boleh cuba untuk minum petang nanti.
CEKODOK ROTI GARDENIA..byk sgt aih iklan lalu lalang,lambat opah nk bersarapan..yesss!!! kasi peghabeh roti yg nk expired tu hah…ni kalau ada kuah kacang aje sedap giler abadi ni😋😋..ate x mandang..sos2 ni opah x gemo sgt..mkn jugak le…moh kite.
Bahan-bahan
12 keping roti kosong Gardenia
1 biji bawang besar di cincang
2 cili merah dicincang
sedikit daun sup/ daun bawang dihiris halus
2 biji telur
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt maggi secukup rasa
Garam secukupnya
Nota:
Boleh tambah udang, ikan bilis, kentang, lobak dll jika suka. Pelbagaikan rasa.
Cara membuat:
– Roti digunting atau disiat-siat menjadi kepingan kecil.
– Satukan semua bahan.
– Gaul sehingga sebati.
– Panaskan minyak.
– Bulat-bulatkan terus masuk ke dalam minyak panas.
– Goreng hingga keemasan.
– Hidang bersama sos dll.
– Enak dimakan begitu sahaja.