Siapa kata nak buat Cekodok atau Cucur kena ada tepung, guna roti je dah boleh dapat cucur yang sedap dan menyelerakan.
Nak tahu caranya jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mas Cotek. Resipi yang cukup simple tapi sedap. Boleh cuba untuk minum petang nanti.
CEKODOK ROTI GARDENIA..byk sgt aih iklan lalu lalang,lambat opah nk bersarapan..yesss!!! kasi peghabeh roti yg nk expired tu hah…ni kalau ada kuah kacang aje sedap giler abadi ni😋😋..ate x mandang..sos2 ni opah x gemo sgt..mkn jugak le…moh kite.
Ads
Bahan-bahan
12 keping roti kosong Gardenia
1 biji bawang besar di cincang
2 cili merah dicincang
sedikit daun sup/ daun bawang dihiris halus
2 biji telur
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt maggi secukup rasa
Garam secukupnya
Ads
Nota:
Boleh tambah udang, ikan bilis, kentang, lobak dll jika suka. Pelbagaikan rasa.
Ads
Cara membuat:
– Roti digunting atau disiat-siat menjadi kepingan kecil.
– Satukan semua bahan.
– Gaul sehingga sebati.
– Panaskan minyak.
– Bulat-bulatkan terus masuk ke dalam minyak panas.
– Goreng hingga keemasan.
– Hidang bersama sos dll.
– Enak dimakan begitu sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saban tahun pelakon cantik manis ini tidak ketinggalan untuk turut sama berpuasa di bulan ramadan seperti mana umat Islam yang lain. Malah, Dr Soo Wincci mengakui, tahun ini merupakan tahun kesembilan dia berpuasa.
Menurutnya, apa sahaja yang diniatkan pada bulan Ramadan sering memberikan keajaiban buat dirinya. Malah lebih utama, berpuasa juga menjadi satu rutin diet terbaik dan ada nikmat tersendiri
Dia melihat bulan puasa ini bukan ruang untuk makan apa sahaja tanpa membendung nafsu diri.
“Semuanya bersifat ala kadar. Apatah lagi kita diuji dengan penularan wabak covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.
“Saya tahu dalam Islam sendiri pun amalan berlebih lebihan itu tak digalakkan. Jadi kuncinya bersederhana.
“Kita pun tidak tahu apa kesudahan kepada ujian yang dihadapi ini nanti. Kita mengharap pengakhiran yang baik. Pastinya kita perlu sediakan payung sebelum hujan,” katanya kepada BH Online.
Kata penyanyi lagu Terus Terang itu, dia turut bersyukur kerana puasa kali ini dilalui di Malaysia. Malah pensyarah sambilan ini juga turut mengajak pelajarnya yang bukan beragama Islam untuk mencuba berpuasa dan menjadikan ia disiplin.
“Sejak mula berpuasa sembilan tahun lalu, saya mendapat banyak nikmat dari banyak segi. Ia membuatkan minda saya lebih ringan dan fokus pada perkara penting.
“Saya juga berkongsi mengenai amalan ini kepada pelajar dari seluruh dunia yang bertanya kenapa saya berpuasa. Disiplin berpuasa sangat baik untuk semua dan bukan buat orang Islam saja.
“Paling menggembirakan, kali ini saya dapat berpuasa di Malaysia dan bukannya di Sepanyol. Maklumlah waktu puasa di sana panjang selain makanannya juga tidak sama seperti di sini,” kata pelajar pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Sepanyol itu
Wincci turut bersyukur dirinya terkandas di sini memandangkan situasi wabak berkenaan di Sepanyol cukup membimbangkan.
Bekas ratu cantik Miss World Malaysia itu bagaimanapun tetap meneruskan kerjanya sebagai pensyarah dengan mengadakan kelas dalam talian.
“Sepatutnya saya kena balik ke sana semula pada bulan lalu disebabkan banyak kerja perlu diselesaikan. Bagaimanapun, saya terpaksa lupakan hajat disebabkan kes Covid-19 sangat teruk di negara itu.
“Oleh itu, saya putuskan untuk mengajar pelajar saya menerusi kelas dalam talian saja. Saya rancang untuk kembali ke Sepanyol sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti,” katanya.
Bergelar Mr Mama bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi peranan yang selama ini sudah rutin dan sebati dengan golongan wanita, diambil alih oleh lelaki yang bergelar suami. Mungkin pandangan masyarakat agak ‘pelik’ dengan situasi tersebut.
Namun, berbeza pula dengan penulis novel thriller terkenal Ramliee Awang Murshid berkenaan isu ini. Jom kita dengar kenapa dia memilih untuk menjadi Mr Mama selepas 19 tahun mengabadikan diri dalam dunia pekerjaan.
“Setakat ini tiada masalah saya menjadi Mr Mama. Saya dah penat kerja sejak 80-an lagi. Sudah 19 tahun dengan RTM dan sampai satu tahap saya nak kerja sendiri dan menulis sepenuh masa. Saya tidak mahu curi-curi masa dan benda-benda haram masuk. Jika kita curi masa pejabat untuk kerja sendiri tidak baik.
“Rasa berdosa dan tidak berkat bila gunakan waktu bekerja itu untuk perkara lain, tambah lagi bila umur dah meningkat ini memang banyak benda saya fikir. Jadi hidayah datang dan saya berfikir untuk berhenti sejak 2008. Hanya 2012 baru saya nekad untuk berhenti kerja.
“Selepas berhenti, rutin saya adalah mengejutkan semua orang waktu subuh. Solat berjemaah kemudian, buat sarapan ringkas untuk anak dan isteri. Hantar anak ke sekolah, kemudian cuci pakaian, solat dhuha kemudian saya kerja sampai kul 11 sebelum masak. Kemudian keluar semula untuk ambil anak.
Soal masak tak jadi masalah kalau di rumah saya masak ikan, ayam tetapi sayur mesti ada. Tetapi saya tahu kadang-kadang bila anak lihat apa yang saya masak, boleh agak yang dia bandingkan masakan saya dengan isteri. Jika malas saya ‘masak’ di kedai sahaja,”seloroh Ramlee.
Ditanya mengenai pandangan sinis tentang Mr Mama, bagi bapa kepada anak remaja berusia 17 tahun ini, perkara tersebut tidak menjadi masalah baginya.
“Cuma apabila saya sendiri melalui pengalaman melakukan kerja rumah, memang ini satu pengalaman yang patut semua lelaki harus tahu. Saya menjadikan Rasullah sebagai teladan kerana Baginda sendiri ringan tulang untuk membantu isteri.
“Mula-mula memang kekok tetapi lama-kelamaan tidak menjadi masalah. Soal makan duit isteri tidak timbul kerana belanja dapur memang saya guna duit royalti. Setiap perbelanjaan saya sudah susun awal-awal. Itu yang saya panggil perancangan kewangan dalam rumah tangga dan alhhamdulillah saya berjaya.
“Setakat ini rintangan adalah berpacu dengan waktu sahaja. Sementelah idea datang bila-bila masa. Kerana itu saya selalu ‘pujuk’ otak esok pagi bangun jadi manusia paling baik, beriman dan penulis yang baik. Alhamdulillah berjaya, tetapi saya tak kata sempurna. Untuk menjadi seperti yang ada hari ini saya kena betul-betul reda, ikhlas dan kerja kita juga menjadi senang dan tidak ada masalah.
Berikut video penuh perkongsian bersama Ramlee Awang murshid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di