Buat Celup Tepung Pun Sedap Bayam Brazil Ni, Dah Lah Senang Hidup. Tapi Tak Sangka Banyak Khasiatnya.

Share
Sejak akhir-akhir ni, banyak posting di media sosial memperkatakan, sayuran hijau Bayam Brazil. Bukan sahaja sedap dijadikan menu hidangan seisi keluarga, malah rupanya banyak khasiat!
Paling menarik, nak tanam pun mudah! Tanam di pasu pun senang hidup. Tak perlu penjagaan rapi, asalkan di siram setiap hari.
Antara menu viral yang membuatkan ramai yang kecur air liur adalah
1. Sup Bayam Brazil/ Bayam brazil dengan suhun/sup sayur campur bayam brazil.
2.Gulai lemak Bayam Brazil/ gulai lemak bayam brazil dengan udang/ gulai lemak bayam Brazil dan labu.
3.Tumis Bayam Brazil.
4.Bayam Brazil Goreng Tepung.
Selain itu, resipi bayam celup tepung juga turut  menjadi viral sehingga mencecah 2.1K Share! Resipi yang dikongsi oleh Eybu AyuHairies . Ikuti resipinya yang mudah dan sedap ini!

Bayam Brazil Celup Tepung

Tepung gandum


Telur 1biji
Sebuk kunyit
Serbuk pati sedap

KHASIAT SAYURAN BAYAM BRAZIL

Nak tahu khasiat sayuran comel ini. Berikut maklumat oleh mustaffayas.in mengenai khasiat bayam brazil. Boleh dijadikan panduan bersama.

Bayam Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak ‘group’ di Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo.

Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini.

Khasiat Bayam Brazil

Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,

  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung
CARA TANAM 1
Kepada yang baru nak berjinak-jinak tanam bayam brazil ni boleh cuba tip
Bayam brazil ni rugi kalau tak tanam kat rumah sebabnya mudah dan cepat je nak tanam. Tak susah dan tak memerlukan langkah yang banyak pun untuk tanam bayam brazil ini.
Cara tanamannya pun cuma gunakan keratan batang je. Paling penting adalah untuk memilih keratan batang yang baik supaya nanti akan dapat hasil sayur bayam brazil yang baik jugalah.
Permulaannya, pilih keratan batang dan potong dalam beberapa ukuran cm sahaja.
Kemudian, dibuatkan lubang dalam sejengkal untuk cucukkan keratan batang bayam brazil tersebut. Pemilihan keratan batang juga perlu diambil berat. Jangan dipilih keratan batang yang terlalu tua atau muda.
Bila dah dibuatkan lubang pada media tanaman tersebut, tanamkan keratan tersebut ke dalam lubang tanaman tu tapi jangan terlalu dalam.
Kemudian, bila dah ditanamkan keratan batang tersebut, bolehlah disiram kan air secukupnya untuk pastikan pertumbuhan bayam brazil tersebut berjalan dengan lancar. Proses pertumbuhan bayam brazil ini cuma mengambil masa dalam 2-3 minggu sahaja.
CARA TANAM 2
Boleh ikuti juga kaedah puan Ume Love Mohd Yazid‎

Senang hidup pokok ni kawan2… Cucuk ja pucuk dia kt tanah kemudian siram…. Gambar kt bawah ni dah lama bayam ni ditanam dah bnyk kali cantas bg cerah mcm dlm gmbr nt dia tumbuh merimbun semula… Xperlu semai semula.. Saya cuma cantas smpai habis mcm gambat kt bawah je…

Alhamdulillah berkat mak saya rajin sedekah kt org pucuk ni… Subur kemain… Baru2 ni dia cantas smpai habis sedekah kt rumah kenduri depa buat kerabu semua cakap sedap…. Xsmpai sebulan ha dia tumbuh bagai johan…. Kejap ja rimbun… Selalu cantas bg org bukan buang.

Apa lagi, jom tanam bayam brazil. Lepas ni petik terus boleh buat masak untuk hidangan seisi keluarga.

Kredit: Eybu AyuHairies , mustaffayas.in  dan Ume Love Mohd Yazid‎