
Sebelum memulakan projek bercucuk tanam, pemilihan dan penggunaan tanah yang sesuai amat penting dan menjadi perkara asas untuk pastikan pokok yang ditanam dapat hidup subur.
Mengetahui berkenaan mendapatkan campuran tanah yang sesuai dan bagus untuk tanaman, ayuh kita ketahui formula ringkas yang dikongsikan oleh saudara Azhar Che Soh. Semoga ianya bermanfaat.
Salam sahabat semua. Semoga sentiasa dicucuri rahmat oleh Tuhan.
Campuran tanah terbaik untuk tanaman dalam pasu atau polibag bagi kebanyakan pokok adalah, 2+1+1:
– 2 bahagian tanah hitam
– 1 bahagian kompos
– 1 bahagian tanah bakar
Untuk jadikan tanah lebih gembur dan memberi ruang pengudaraan dan pengaliran air yang baik. Boleh tambahkan 1/2 bahagian lagi pasir sungai.
Hari ini saya tanam pokok jambu air merah. Anak pokok beli hasil kaedah tut. Moga tumbuh hidup dengan jaya.
Selamat mencuba.
Sumber : Azhar Che Soh
Jom sertai contest ini. Caranya cukup mudah, share sahaja gambar tanaman yang sedia ada di rumah anda ke inbox Facebook Keluarga Magazine / Instagram @keluargamag
Contest bermula pada 5 Februari hingga 20 Februari 2021. Tunggu apa lagi, jom sertai sekarang juga!
#tanamsendiridirumah
Pastikan Tanaman Terjaga Dengan Baik, Bahan Yang Satu Ni Wajib Ada Jika Nak Selamatkan Tanaman!

Tanaman dan pokok yang kita tanam dan jaga sekian lama ibarat menatang minyak yang penuh adalah satu tanggungjawab besar buat kita. Kalau nak balik kampung, satu yang menjadi kerisauan pada kita selain rumah pastinya tanaman yang mekar subur di belakang rumah.
Bimbang jika tanaman kering dan layu jika pulang lama ke kampung. Itu kisahnya jika pokok tidak disiram. Masalah ulat dan beberapa gangguan lain menjadi bermacam perkara yang merisaukan kita.
Tapi tahu tak ada cara mudah nak jaga tanaman kita. Hanya gunakan CUKA sahaja untuk menjaga tanaman kita. Cuka yang bersifat asid membantu tanaman menjadi lebih baik.
Berikut merupakan kelebihan cuka buat tanaman kita yang dikongsikan oleh Mimie Chinta Chaira di grup Rose Club For Home Gardener. Menarik untuk kita tahu.
3 KEGUNAAN AJAIB CUKA MASAKAN DI KEBUN YANG PERLU ANDA CUBA
Cuka masakan mempunyai keajaiban seperti bahan dapur lain antaranya baking soda, garam dan sebagainya. Ramai yang sudah tahu mengenai penggunaan cuka masakan di kebun atau laman. Namun mungkin ada satu atau dua dari sepuluh perkara yang dinyatakan ini anda sudah lupa. Jom recall balik pengunaan cuka masakan di kebun.
Membunuh Rumpai
Dari anda membazirkan duit untuk membeli racun kimia untuk memusnahkan rumpai yang tumbuh di laman, lebih baik gunakan cuka. Murah, mudah dan kalau tak habis tak perlu risau, boleh simpan kerana nanti anda boleh gunakan dalam masakan. Lagi pun, cuka tak berbau busuk seperti bahan atau racun kimia kan?
Cara penggunaannya:
1. Tuangkan cuka terus pada rumpai yang hendak dimusnahkan.
2. Tahap asid yang terkandung dalam cuka tu akan merosakkan tumbesaran rumpai tanpa merosakkan stuktur tanah.
Cegah Semut Di Laman
Semut tak suka akan bau cuka sebab baunya yang kuat. Jadi buatkan satu semburan khas untuk halau semut. Sediakan bancuhan ini.
Cara penggunaannya:
1. Sediakan bancuhan 1 bahagian cuka bersama satu bahagian air.
2. Semburkan pada laluan semut atau lebih mudah siram kan bancuhan tersebut di markas semut.
3. Semut tak mati, tapi dia akan menghindari dari bermastautin di laman atau kebun anda. Kaedah ini juga, sesuai untuk kegunaan di dalam kediaman untuk mencegah semut.
Baja Untuk Tanaman
Ada sebahagian tanaman yang memerlukan tahap alkali yang tinggi untuk pertumbuhan dan hasil optimum seperti gardenia dan begonia. Anda boleh gunakan cuka sebagai baja untuk tanaman jenis ini. Sediakan bancuhan semburannya.
Cara penggunaannya:
1. Gunakan 1 gelen air bersama 1 cawan cuka.
2. Semburkan pada tanaman yang telah dikenalpasti sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
3. Hasilnya begonia anda akan berbunga lebat.
Kredit: Mimie Chinta Chaira
‘Tak Payah La Sewa Hotel Dah.’ Siti Nurhaliza Beli Rumah Di Dubai, Peminat Terkejut Bila Tahu Harga Rumah Tersebut

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi momen dan suasana ketika berada di kediaman pertamanya di Dubai, semalam. Siapa sangka, dalam diam-diam Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli aset di luar negara.
Menerusi hantaran di Instagram Story (Igs), Siti telah berkongsi berita gembira tersebut ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di negara itu.
Malah, penyanyi itu juga sempat meluahkan rasa bersyukur dan membuat ‘house tour’ untuk mempamerkan keindahan pemandangan kediamannya yang berdekatan dengan sebuah pantai.
“Alhamdulillah, home sweet home,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, kedua-dua cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa turut kelihatan sangat teruja ketika tiba di rumah agam mereka itu. Sudahlan berdekatan dengan pantai, permandangan dari rumah tersebut juga sangat indah dan menenangkan.
Dalam hantaran anak tirinya pula, Asyraf Khalid turut meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi tersohor tanah air itu menerusi sebuah perkongsian di Igs.
Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini
Malah, Asyraf turut terinspirasi dengan pencapaian ibu tirinya itu dan berharap agar dirinya memiliki kejayaan yang sama suatu hari nanti.
‘Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. You really deserve this for your endless hardwork perfecting your craft. ‘ – Asyraf Khalid
Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya mempunyai pengaruh yang tinggi di kalangan peminatnya juga rakyat Malaysia, Indonesia dan Singapura dilihat menjadi inspirasi pada mereka agar lebih berusaha untuk mencapai sesuatu yang diingini.
Memiliki rumah di Dubai yang merupakan kawasan elit di dunia sememangnya amat membanggakan lebih-lebih lagi anggaran nilai rumah tersebut bukanlah mudah untuk dimiliki tanpa usaha dan kerja keras yang gitu. Hanya golongan ‘kayangan’ sahaja yang mampu memilikinya.
Mesti Baca :
- Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bahaya Bila Anak Ada Tanda ‘Flear Loop’ Antaranya Penakut Dan Jarang Mengadu. Rupanya Ini Sebabnya!

Jangan buat main bila anak dah ada tanda fear loop seperti suka menipu, sangat penakut, jarang mengadu, kerap menangis dan pendiam.
Jika anak-anak sikap ni ibu ayah kena hati. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian saudara Mohd Fhais yang sering berkongsi ilmu keibubapaan.
Tanda-tanda ada Fear Loop, bahaya!
Fear loop ni bahaya kerana anak terdedah pada sesuatu yang boleh mengancam nyawa dia tanpa kita sedar.
Bila sentiasa dalam “ketakutan” anak akan cenderung untuk membuat semua perkara sendiri.
Budak kecil mana ada Sense Of Danger. Itu yang buat Fear Loop ni sangat Bahaya.
Bahaya yang boleh bawa MAUT tau!
Bagi mereka samaada buat sendiri atau kena marah, baik dia buat sendiri.
Tolong la tengok kalau kalau ada tanda-tanda awal Fear Loop ini pada anak.
1 – Dia mula menipu
Walaupun perkara tu berlaku depan mata, bila kita tanya dia tak ngaku. Kalau tak menipu, dia senyap tak terkata langsung.
Nak selamatkan diri, menipu la jalannya. Kalau jujur nanti kena marah.
2 – Jarang mengadu / meluah
Kadang kita anggap anak begini jenis berdikari. Dia jarang nyusahkan kita. Tapi pernah terfikir tak yang anak tu mungkin pendam semuanya?!
Sebenarnya anak bukan pandai berdikari tapi dia terlalu takut untuk mengadu.
3 – Sangat penakut
Budak-budak memang biasa takut gelap, takut binatang, takut banyak benda. Tapi fear loop ni bukan ketakutan dia makin teruk!
Contoh dia akan mengigil dan menjerit bila dalam gelap. Atau nampak anjing dia akan menangis macam kena kejar.
4 – Kerap menangis
Bila ketakutan dia menangis. Bila kena marah dia menangis. Bila kena gurau kasar sikit dia menangis. Menangis adalah cara anak handle rasa takut. Lepas nangis dia lega.
5 – Jadi pendiam / pasif
Dia susah atau tak nak langsung bergaul dengan orang lain. Dia tak pandai berkomunikasi, dia senang bergaduh dan dia cepat sentap.
Semua ibu ayah wajib..
Ambil serius akan bahaya Fear Loop ni !
Ketika kecil anak la orang yang paling berani sekali. Sungguh!
Dia tak takut cedera, dia tak takut jatuh dan dia tak pernah takut bila orang marah. Malah boleh ketawa lagi kena marah adalah.
Natijah kerap memarah, menengking dan memukul anak masa dia kecil.
Patut la sunnah Nabi pada 7 tahun pertama kita tak boleh marah, hatta tinggi suara sikit pun tak boleh pada anak.
7 tahun pertama kena layan anak macam RAJA, bukan nak manjakan tapi nak elak otak anak yang rapuh ( Fragile ) tu rosak.
Bila rasa nak termarah, terjerit pada anak baik gigit bibir sendiri. Rasa sakit tu jadi peringat betapa bahayanya MULUT kita ni pada anak.
Lagipun, siapa lagi nak lindungi anak-anak kalau bukan ibu ayah sendiri.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim