Tumpang seronok dan bangga dirasakan bila terbaca perkongsian daripada keluarga ini. Betapa sepakatnya mereka adik beradik dalam mewujudkan buku akaun famili sejak 10 tahun yang lalu. Apa yang pasti keluarga ini menggunakan dan manfaatkan wang yang ada untuk kebajikan dan kegunaan bersama andai ada yang terdesak memerlukan wang, semua itu direkodkan dengan jelas dan ringkas.
Menyentuh wang kutipan, tidak memerlukan jumlah yang besar dan yang penting perlu konsisten dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan keluarga ini, jom baca perkongsian ini dan semoga ramai lagi adik beradik mampu lakukan seperti keluarga ini. Sepakat selamanya!
Genap 10 tahun amalan kami sekeluarga. Buku akaun family.
Ads
Setiap bulan hanya rm 10..
Ads
Setiap kali menjelang raya atau apa-apa saja nak guna duit melibatkan family.
Ads
Kami tak pernah bergaduh adik beradik..Syukur alhamdulilah..Sayang my family. Siapa macam family kami…Aidilfitri2019
Anak sulung pelakon popular, Datuk Aaron Aziz baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga tahun menuntut ilmu di Jepun.
Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur dengan berkongsi momen-momen semasa dia dan keluarga hadir ke majlis konvokesyen anak sulungnya.
Difahamkan Danish Anaqi berjaya memperoleh pra diploma di sebuah kolej di negara matahari terbit itu.
“SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar. Terima kasih Allah kerana melindungi anak saya untuk tiga tahun ini. Danish, Daddy sangat bangga, gembira dan bersyukur.
“Awak dah capai banyak perkara yang tidak pernah Daddy capai dan awak akan lebih berjaya lagi selepas ini. Awak lalui semua halangan, ujian dan kesusahan dan telah memberi inspirasi kepada orang lain.” tulisnya di bahagian kapsyen.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut menitipkan pesan buat anak lelaki tunggalnya itu supaya mengimbangi antara kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
“Apa yang Daddy minta daripada awak adalah untuk berjaya di akhirat juga dan itu akan menggembirakan Daddy lebih dari segala-gala yang ada di dunia ini.
“Menjadi anak yang soleh, tak tinggalkan solat dan terus berdoa dan miliki akhlak yang baik serta disayangi Allah dan ikut ajaran junjungan kita Rasulullah SAW.” tambahnya.
Bukan mudah melalui kehidupan sewaktu pandemik COVID-19 ini, rata-rata baik orang biasa mahupun selebriti bergelut untuk meneruskan kehidupan .
Ada yang hilang kerja, tak kurang yang mengalami krisis bisnes sehingga terpaksa menanggung kerugian besar. Walaupun begitu ada yang enggan mengalah dan cuba bangkit demi mencari rezeki menampung hidup sekeluarga.
Dalam satu perkongsian bersama Berita Harian online, pelakon, Acong Sweetchild nekad menambah sumber pendapatan dengan berniaga manisan.
Malah ketika kerja seni direhatkan saat ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilanjutkan hingga ke 30 Jun, Acong atau nama penuhnya Ahmad Fauzi Manat pantas mempertimbangkan cadangan isteri, Marya Zuraida untuk berniaga pai keju pelbagai perisa.
Kata Acong lagi, ramai pihak terkesan saat ini malah memilih langkah untuk berniaga dan dia tak malu berbuat demikian.
“Golongan seni termasuk pekerja belakang tabir memang ramai terkesan saat ‘total lockdown’ dikuatkuasa. Segala aktiviti seni tak boleh buat, memang ramai ambil keputusan berniaga demi meneruskan survival.
“Tak perlu nak malu atau segan cari rezeki dengan berniaga. Yang penting dapur rumah berasap. Mana tahu boleh tambah pendapatan musim bergelut ini.
“Kebetulan isteri saya pernah belajar buat pai keju dengan adik angkatnya. Jadi isteri syorkan jual manisan berkenaan. Sebelum ini isteri buat jamu saya saja. Tapi sekarang, orang lain pun boleh merasainya,” kata Acong sambil memberitahu boleh menempah manisan berkenaan di Instagram isterinya @maryazuraida.
Kata Acong yang buat kali pertama pernah bolos pencalonan awal Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, dunia niaga bukan asing baginya.
“Kalau nak mengimbas kenangan berniaga saya pernah jual cendol santan sawit pada tahun 2018 di Punggol, Singapura.
“Tak sangka pula percaturan saya berniaga minuman berkenaan menjadi dan tular.
“Ramai yang jatuh hati sebab cendol yang dijual menggunakan gelas besar dan lemak santan sawit memberi kelainan,” katanya.
Acong yang pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kedua dalam pada itu bersyukur isteri tercinta terus menjadi nadi kekuatan hidupnya.
“Selain isteri dan keluarga, kawan serta peminat juga sentiasa menyokong apa saya lakukan.
“Macam apabila saya berniaga manisan sekarang ini, mereka jugalah yang menyokong dengan membeli,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Sebenarnya ada cara menarik yang dikongsikan oleh Persatuan Muafakat Johor di facebook mengenai cara menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?
Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?
Caranya :
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
Kelebihan Bawang Putih
Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktivitisel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Sumber : Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di