Jika ada yang bercadang untuk menyediakan kek untuk dinikmati seisi keluarga, tentu memilih untum menggunakan resipi yang mudah disediakan.
Contohnya resipi brownies yang menggunakan sukatan cawan yang dikongsikan oleh Azierah ini. Jom semak cara penyediaannya.
Ini perkongsiannya.
Alhamdulillah menjadi lagi..resepi yg sama pernah sis kongsikan dalam group ini..ada yg pernah buat ikut resepi sis kh mesti menjadikan..cuma kali ni sis guna majerin sebab tu saja yang ada di dapur sis sekarang..sis share balik resepi yang sis guna ya
*Resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan*
*Bahan A*
1/2 cawan butter (resepi kali ini sis guna majerin saja)
1 cawan dark chocolate Beryl’s
*Cara*
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.
Bahan B*
1 cawan gula perang
2 biji telur Gred A
*Cara*
Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
*tidak perlu hingga kembang
*guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer
*Bahan C*
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
Ayak semua bahan
*Cara untuk satukan semua bahan*
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.
2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)
3. Sapukan butter pada loyang 8″x8″. Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
.
4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.
Selamat mencuba
sumber : Azierah Ryan