Jika ada yang bercadang untuk menyediakan kek untuk dinikmati seisi keluarga, tentu memilih untum menggunakan resipi yang mudah disediakan.
Contohnya resipi brownies yang menggunakan sukatan cawan yang dikongsikan oleh Azierah ini. Jom semak cara penyediaannya.
Ini perkongsiannya.
Alhamdulillah menjadi lagi..resepi yg sama pernah sis kongsikan dalam group ini..ada yg pernah buat ikut resepi sis kh mesti menjadikan..cuma kali ni sis guna majerin sebab tu saja yang ada di dapur sis sekarang..sis share balik resepi yang sis guna ya
*Resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan*
*Bahan A*
1/2 cawan butter (resepi kali ini sis guna majerin saja)
1 cawan dark chocolate Beryl’s
Ads
*Cara*
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.
Bahan B*
1 cawan gula perang
2 biji telur Gred A
Ads
*Cara*
Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
*tidak perlu hingga kembang
*guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer
*Bahan C*
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
Ayak semua bahan
*Cara untuk satukan semua bahan*
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.
Ads
2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)
3. Sapukan butter pada loyang 8″x8″. Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
.
4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.
Selamat mencuba
Menyimpan bahan masakan memerlukan cara tertentu, kalau diletakkans ahaja di dalam peti sejuk, pasti lama-kelamaan ia akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Bagi ibu-ibu yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Rosie Zam bagi memastikan bahan-bahan seperti kunyit, halia atau serai segar dan tahan lama.
Begini caranya:
Semalam encik suami belikan kunyit punyalah banyak .
Hari ni saya kongsikan cara nak simpan kunyit, halia atau serai supaya lebih tahan lama dan segar.
1. Isikan semua bahan tadi dalam bekas.
2. Tuangkan air sehingga menutup semua bahagian kunyit, serai atau halia. Kemudian tutup.
3. Simpanlah dalam peti sejuk. Tukarlah air setiap minggu ya.
Cuba tau. Jika anda ingin tahu lebih banyak tips menarik boleh terus follow Rosie Zam ya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap dan lembut.
Sudah pastinya ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai.
Nak tahu cara membuatnya ikuti resipi ini.
___________________________
Alhamdulillah berjaya dengan jayanya. 250pcs puteri ayu
Bahan A 1cawan gula 1sudu makan overlate 3biji telor A 1kotak kecil santan 1sudu makan pewarna hijau+esen pandan
Bahan B 2cawan tepung 1sudu teh baking powder Bahan C Kelapa+garam
Cara penyediaan: Putar bahan A sampai gebu Putih. Campur bahan B.. Sapu minyak dekat acuan. Tekap kelapa dekat acuan Sedia untuk di bubuh adunan. Jom kukus 5minit sahaja api paling slow Nak berjaya sampai tahap ni entah berapa kali Bantat dan gagal. Jiran pun jemu agaknya selalu suruh makan untuk try kueh2 kita. 1 adunan dapat 45pcs.
Antara semua resipi western, ini yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.Selain gunakan seafood, ibu-ibu boleh juga jika anda nak masukkan hirisan isi ayam atau daging. Sosej pun boleh juga dimasukkan kalau suka.
Jumaat lepas saja la gua masak-masak sikit utk jamu kawan-kawan kat sekolah
Asyik gua makan makanan deme je, naik segan pulak
Kali ni gua masak Spageti Aglio Olio..pertama kali gua masak spageti aglio olio ni..tengok resepi macam senang je
Asalnya tak nak up resepi kat fb sebab bila gua rasa tak le sedap mana gua masak spageti ni, tapi bila kakak cantik Mata Hati kata sedap dan mintak resepi dan mama manis Noor Hadisah kata rasa macam spageti easy cafe terus gua bersemangat up resepi hahahaha
Gua tau depa bukan ikhlas pun memuji tu, saja ambik hati gua..kawan-kawan gua memang semuanya mulut maneh leting..mama noor tu lagi la nampak penipuannya, tak telan lagi spageti gua masa gua suap dia, terus dia kata sedap 🤣
Nah la resepi bodo-bodo spageti aglio olio kaka ida
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Graduan berpendidikan tinggi, 1.95 juta kerja tak setara kelayakan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran meningkat 1.4 peratus kepada 1.95 juta orang pada suku ketiga 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.