Menikmati biskut sarang semut memang enak tapi hendak menyediakannya agak leceh.
Maklumlah, adunan perlu disagat terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur biskut yang diingini.
Cara ini memang memerlukan masa untuk disiapkan.
Pun begitu, perkongsian daripada wanita ini rupanya ada trik yang boleh dilakukan untuk menyiapkan biskut sarang semut ini dengan pantas.
Hanya beberapa minit sahaja, adunan sudah siap seperti ‘tersagat’ namun siapa sangka peralatan yang digunakan hanyalah dengan penapis.
Bagaimana caranya itu, jom baca perkongsiannya.
Tetiba teringin biskut sarang semut..buat 1 adunan je pun..
Kalau nak cepat buat biskut ni tekan je adunan tu kat penapis tak yah parut² atau sagat² lambat..
Guna penapis 3 kali tekan je siap..pastu boleh la pg masak nasi ke..basuh kain ke kann
Biskut Sarang Semut
250gm mentega
80gm gula icing
Mix 2 bahan ni smpi gebu
Lepas tu masukkan
200 gm tepung gandum
100gm tepung jgung
50gm tepungg kastard
1 cmt esen vanilla
Cara Buat :
Gaul adunan sampai jadi doh kemudian boleh tekan pada penapis,cedok masuk paper cup n tabur hiasan ikut suka..bakar 160 drjh clcs sampi masak( dlm 5 minit gitu..jangan garing sangat nanti kuih tak cantik)
sumber : Zie Rozie via MAHN
Hilangkan Warna Putih-putih Pada Brokoli Dengan Rendaman 2 Bahan. Barulah Lebih Yakin Selamat!
Sayuran hijau seperti brokoli, sawi, timun, ulam-ulaman, kacang panjang dan beberapa sayuran lain semua sudah maklum memang kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh.
Pun begitu, untuk pastikan khasiat dan kebaikkan sayuran ini dapat diserap sepenuhnya, hal mencuci sayur-sayur telah menjadi antara perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu oleh ibu-ibu bagi memastikan hidangan yang dimasak adalah selamat dan bebas daripada bahan-bahan kimia dan seumpamanya.
Untuk itu, ketahui cara mencuci sayur brokoli dengan lebih mudah dan selamat. Ini memandangkan jika ada yang perasan, kebiasaannya jika diteliti pasti ada warna-warna putih pada bahagian atas brokoli seakan lilin.
Melalui perkongsian Puan Salmy Saznira, rupanya dia ada cara untuk menghilangkan dan mencuci sayur brokoli agar lebih selamat untuk dimakan.
Dulu kakmie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu.
Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la kakmie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Bahan-bahannya:
Cuka (kakmie guna cuka epal)
Garam (kakmie guna garam himalaya pink)
Air bersih
Cara-caranya :
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. InsyaAllah.
Dan ini hasil ujikaji yang dilakukan sendiri oleh Puan Salmy atau lebih mesra disapa KakMie
Cuba rujuk video kat atas ni. Kakmie ada buat eksperimen. – Brokoli (kiri) sebelum direndam.- Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang). InsyaAllah.
Posted by Salmy Saznira on Tuesday, 1 May 2018
– Brokoli (kiri) sebelum direndam.
– Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang).
Daun Kari Tersimpan Elok Selama 3 Bulan, Ikut Step Ni!
Daun kari adalah herba yang sangat penting digunakan di dalam masakan terutamanya bila mana ingin menyediakan hidangan kari ayam, kari daging dan sebagainya. Seakan jika tanpa adanya bau haruman daun kari ini, masakan kari yang disediakan tidak sempurna dan berasa hambar. Begitulah betapa pentingnya ramuan daun kari ini kepada pencinta hidangan berempah tersebut.
Selain itu, daun kari ini bukan saja memberi haruman dan keenakan masakan semata-mata malah turut diakui punya nilai perubatan yang tinggi. Dikatakan boleh menghentikan cirit-birit, daun kari kaya dengan sumber antioksidan, mengawal penyakit kencing manis, mengurangkan kolesterol dan pelbagai kebaikan lainnya.
Menyedari keistimewaan daun kari, mungkin ada yang terdetik di hati kecil untuk menanam pokok kari di halaman rumah untuk memudahkan dipetik daunnya bila dirasakan perlu. Namun bagi yang tiada halaman kediaman, bagaimana pula caranya bagi memastikan stok daun kari sentiasa ada dan kekal segar.
Mungkin kah terpaksa setiap hari membeli daun kari? Cara ini tentunya membazir, tambahan pula biasanya dalam sehari dua apabila di simpan di dalam peti sejuk, daun kari tersebut akan layu dan kering. TAPI tahukah anda sebenarnya jika ikut petua ini, daun kari boleh disimpan hingga 3 bulan lamanya dan dijamin kekal segar. Ingin tahu lanjut, jom baca lebih detail step by stepnya.
[su_highlight background=”#f0e3e9″ color=”#da2835″]Step by Step[/su_highlight]
- [su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]Uraikan[/su_highlight] daun dari tangkai.
- [su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]Basuh[/su_highlight] bersih dengan air paip mengalir.
- [su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]Keringkan[/su_highlight] dijemur matahari, kalau nak cepat masukkan dalam oven di lapik di atas kotak, guna suhu 75C tetapi perlu awas, JANGAN SAMPAI DAUN JADI GARING. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa [su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]titisan minyak[/su_highlight] masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
5. Masukkan dalam [su_highlight background=”#d1ebed” color=”#111110″]bekas [/su_highlight]atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun Kari anda ini boleh tahan 2-3 bulan. Selamat mencuba ya!
Sumber : Mamak Haji
Gula Perang Atau Putih Mana Satu Hendak Dipilih? Dr Ni Bagi Faktanya!
Ada orang kata gula perang lebih bagus digunakan berbanding gula putih untuk menjaga kesihatan. Benarkah?
Mencari jawapan tersebut, baik kita baca perkongsian daripada doktor ini yang pastinya berasaskan fakta. Jom semak perkongsiannya.
GULA PERANG & GULA PUTIH: APA PERBEZAANNYA?
Gula adalah bahan yang sangat biasa digunakan oleh masyarakat kita hari ini. Tanpa gula kita akan rasa segala makanan dan minuman tidak lagi sedap dan menyelerakan.
Tetapi kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula berlebihan adalah merbahaya kepada kesihatan.
Oleh kerana itu, kita selalu mendengar pendapat yang menyatakan bahawa gula perang adalah lebih baik daripada gula putih. Adakah pendapat ini benar dan berlandaskan bukti kajian sains yang betul.
PERBEZAAN NUTRISI – GULA PERANG & GULA PUTIH.
Sebenarnya gula perang dan gula putih kedua-duanya adalah dibuat daripada tebu atau daripada lobak bit . Kebanyakan gula perang adalah dihasilkan dengan mencampurkan gula putih dengan molasses iaitu sejenia gula perang cecair.
Molasses ini menyebabkan warna gula menjadi perang dan menambahkan sedikit kandungan nutrisinya. Penambahan ini akan menambahkan kandungan kalsium,zat besi dan potassium didalamnya. Data menunjukkan, jumlah penambahan nutrisi ini adalah sangat sedikit dan tidaklah menjadikan ianya sumber terbaik kepada nutrisi tersebut .
Gula perang juga mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja.
PERBEZAAN PENGHASILAN – GULA PERANG & GULA PUTIH
Gula dihasilkan samada daripada tebu atau lobak bit, walaubagaimanapun terdapat perbezaan di antara pengahsilan gula perang dan gula putih. Langkah pertama adalah jus daripada tebu atau lobak bit di ekstrak, di pekatkan dan di panaskan untuk membentuk pekatan perang yang di panggil ‘molasses’ .
Kemudiannya molasses perang bergula ini di putar dengan mesin ‘centrifuge’ untuk mengasingkan kristal gula dengan molasses . Kristal gula putih di proses seterusnya untuk mengasingkan lebihan molasses dan menjadikan kristal gula lebih kecil. Seterusnya, kristal gula di tapis melalui sistem penapisan untuk menjadikannya gula putih yang biasa kita lihat.
Gula perang halus (refine) adalah gula putih halus yang dicampurkan semula dengan molasses. Manakala, gula perang yang kasar (unrefined) melalui proses yang kurang berbanding proses menghasilkan kristal gula putih yang menjadikan ia mempunyai kandungan molasses yang lebih tinggi dan warna perang yang asli.
PENGGUNAAN DALAM MASAKAN
Gula putih dan gula perang di gunakan dengan cara berbeza dalam seni masakan dan pembuatan kek. Ia juga digunakan secara bersama untuk mengolah warna, tekstur dan rasa masakan dan makanan.
Molasses dalam gula perang lebih kuat mengekalkan lembapan (moisture), oleh penggunaannya dalam pembuatan kek akan menjadikan kek tersebut lembut tetapi lebih pejal. Biskut yang dibuat menggunakan gula perang akan menjadi lebih ‘moist’ (lembab) dan pejal dan biskut yang menggunakan gula putih akan menjadikan ianya lebih kembang dan rapuh serta lebih kering.
.
Oleh kerana perbezaan sifat ini maka gula putih dan gula perang digunakan untuk tujuan berbeza dalam pembuatan kek dan biskut untuk tekstur, rasa dan kerapuhannya. Gula perang juga digunakan sebagai sapuan untuk mengilatkan makanan dan juga sebagai sos gula seperti dalam sos barbeque dan sebagainya.
PERBEZAAN GULA PUTIH & GULA PERANG
.
Perbezaan utama diantara gula putih dan gula perang adalah kerana ‘rasa’ dan ‘warna’ serta kesan tekstur kepada makanan yang disediakan. Ia bukanlah kerana perbezaan kepada kesannya kepada kesihatan atau kesannya kepada indeks glisemik (GI). Oleh itu pendapat yang menyatakan gula perang lebih sihat daripada gula putih adalah tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sama serta nilai nutrisi yang hampir sama iaitu kedua-duanya mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa didalamnya.
Menukar gula putih kepada gula perang hanya akan mengubah warna dan rasanya sahaja dan tidak menjadikan makanan atau minuman tersebut lebih sihat.
Menggunakan gula perang dalam pembuatan kek cokelat dan kek buah adalah lebih sesuai daripada segi rasanya dan warnanya berbanding dengan gula putih.
Menggunakan gula putih lebih sesuai untuk kek atau biskut yang berwarna cerah dan juga produk makanan yang memerlukan rasa yang lebih manis seperti kek span dan pastri manis.
YANG MANA SATU HENDAK DI PILIH?
Samada anda menggunakan gula putih atau gula perang, kesannya kepada kesihatan adalah serupa. Oleh itu pemilihan hanyalah berdasarkan rasa, warna dan tekstur makanan yang ingin dibuat. Walaupun gula perang mempunyai kandungan mineral yang lebih berbanding gula putih, tetapi jumlah kandungan mineral didalamnya terlalu kecil sehinggakan ia tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada kesihatan.
Gula adalah faktor risiko utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang berlaku sekarang seperti obesiti , diabetes, penyakit jantung , kanser dan sebagainya . Oleh kerana itu pengambilan gula perlu dikawal dan di kurangkan seminimum yang boleh iaitu kurang daripada 5 sudu teh sehari iaitu dalam anggaran kurang daripada 5% gula tambahan daripada jumlah kalori keseluruhan pemakanan seharian kita .
Pengambilan sekali sekala makanan manis bergula masih boleh diterima, tetapi penggunaan secara berterusan setiap hari akan menjadikan seseorang ketagih kepada rasa manis gula dan untuk jangkamasa panjang memudaratkan kesihatan .
Menggunakan alternatif gula perang menggantikan gula putih bukanlah satu alternatif yang sihat dan betul kerana kedua-duanya sebenarnya sama tentang kesan negatifnya kepada kesihatan. Penggunaan pemanis gantian seperti stevia atau lakanto adalah lebih baik dan lebih sihat.
KESIMPULAN
Gula perang dan gula putih adalah dua jenis gula yang sangat mudah diperolehi di pasaran. Walaupun terdapat perbezaan sedikit diantara keduanya dari aspek warna dan rasanya, tetapi kesannya kepada kesihatan adalah SAMA kerana kandungan nutrisi yang sama.
Pengambilan gula samada gula perang atau gula putih masih perlu kita hadkan dalam pengambilan makanan setiap hari untuk mengurangkan risiko jangkamasa panjang kepada kesihatan umumnya.
Tambahkan manis dalm senyuman, kurangkan manis dalam pemakanan, Insyaallah.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE
Rujukan:
1. https://www.ers.usda.gov/topics/crops/sugar-sweeteners/background/
2. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/343930/nutrients
3. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/468247/nutrients
4. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B9780128022399000141
5. Barker AL, Dayan FE. Fate of Glyphosate during Production and Processing of Glyphosate-Resistant Sugar Beet ( Beta vulgaris). J Agric Food Chem. 2019 Feb 20;67(7):2061-2065. doi: 10.1021/acs.jafc.8b05672. Epub 2019 Feb 11.
6. Singh, Amandeep et al. “Phytochemical profile of sugarcane and its potential health aspects.” Pharmacognosy reviews vol. 9,17 (2015): 45-54. doi:10.4103/0973-7847.156340
7. Delli Bovi, Anna Pia et al. “Obesity and Obesity Related Diseases, Sugar Consumption and Bad Oral Health: A Fatal Epidemic Mixtures: The Pediatric and Odontologist Point of View.” Translational medicine @ UniSa vol. 16 11-16. 1 Jul. 2017
8. DiNicolantonio, James J, and James H OKeefe. “Added sugars drive coronary heart disease via insulin resistance and hyperinsulinaemia: a new paradigm.” Open heart vol. 4,2 e000729. 29 Nov. 2017, doi:10.1136/openhrt-2017-000729
9. Yang Q, Zhang Z, Gregg EW et al. Added sugar intake and cardiovascular diseases mortality among US adults. JAMA Intern Med. 2014 Apr;174(4):516-24. doi: 10.1001/jamainternmed.2013.13563.
10. Rippe JM, Angelopoulos TJ. Sugars and Health Controversies: What Does the Science Say?. Adv Nutr. 2015;6(4):493S–503S. Published 2015 Jul 7. doi:10.3945/an.114.007195.
11. Bhardwaj, Bhaskar et al. “Death by Carbs: Added Sugars and Refined Carbohydrates Cause Diabetes and Cardiovascular Disease in Asian Indians.” Missouri medicine vol. 113,5 (2016): 395-400.
sumber : Dr Norman Norawi