Buat Biskut Raya Yang Sedap & ‘Sihat’, Biskut Nestum Oat Jadikan Pilihan Stok Kudapan Yang Enak!

Share

Bercerita tentang juadah Hari Raya selain begitu sinonim dengan hidangan rendang, lemang  dan ketupat, biskut juga tidak sah kalau tidak dihidang di hari lebaran. Bahkan tidak dinafikan, biskut amat digemari ramai tidak mengira tua mahu pun muda. Boleh dikatakan setiap menu raya yang disajikan cukup istimewa dan menyelerakan untuk dinikmati. Kalau boleh semuanya ingin dijamah.

Pun begitu, bagi yang berdiet kenalah ‘memilih’ biskut yang sihat, contohnya seperti Biskut Nestum Oat yang dikongsikan oleh Rita Kay ini. Memberi lebih rasa yang digemari ramai, resipi Biskut Oat Nestum ini turut ditambah dengan almond dan choc chips untuk memberi rasa yang lebih crunchy.

Jadi bolehlah dicuba untuk menyediakan biskut sihat untuk keluarga.

Biskut Oat Nestum

250 g butter
1 cwn gula perang ATAU (1/2 cwn gula + 1/2 cwn gula perang )
1 biji kuning telur
1 sdk esen vanilla
>>> mix semua bahan biar sebati sahaja….
2 cwn tepung gandum*
1/4 cwn tepung jagung*
1 sdt soda bikarbonat*
3 sdb serbuk coklat susu / milo*
1/2 cwn oat segera
1/2 cwn nestum
1 cwn badam ( almond nib dibakar dulu.. atau kekacang lain )
1/2 cwn choc chips .. ikut suka
– campur adunan tadi & bahan-bahan kering yang diayak *, gaul rata biar sebati jadi doh yang lembut…
– biarkan doh skjp, boleh la scoop / sudukan adunan ke loyang.
– bakar 170 c 20 min atau sehingga perang .. ikut oven masing-masing.
– alihkan biskut ke atas wire rack biar sejuk , baru simpan dalam balang.

sumber : Rita Kay

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club