
Bercerita tentang juadah Hari Raya selain begitu sinonim dengan hidangan rendang, lemang dan ketupat, biskut juga tidak sah kalau tidak dihidang di hari lebaran. Bahkan tidak dinafikan, biskut amat digemari ramai tidak mengira tua mahu pun muda. Boleh dikatakan setiap menu raya yang disajikan cukup istimewa dan menyelerakan untuk dinikmati. Kalau boleh semuanya ingin dijamah.
Pun begitu, bagi yang berdiet kenalah ‘memilih’ biskut yang sihat, contohnya seperti Biskut Nestum Oat yang dikongsikan oleh Rita Kay ini. Memberi lebih rasa yang digemari ramai, resipi Biskut Oat Nestum ini turut ditambah dengan almond dan choc chips untuk memberi rasa yang lebih crunchy.
Jadi bolehlah dicuba untuk menyediakan biskut sihat untuk keluarga.
Biskut Oat Nestum
250 g butter
1 cwn gula perang ATAU (1/2 cwn gula + 1/2 cwn gula perang )
1 biji kuning telur
1 sdk esen vanilla
>>> mix semua bahan biar sebati sahaja….
2 cwn tepung gandum*
1/4 cwn tepung jagung*
1 sdt soda bikarbonat*
3 sdb serbuk coklat susu / milo*
1/2 cwn oat segera
1/2 cwn nestum
1 cwn badam ( almond nib dibakar dulu.. atau kekacang lain )
1/2 cwn choc chips .. ikut suka
– campur adunan tadi & bahan-bahan kering yang diayak *, gaul rata biar sebati jadi doh yang lembut…
– biarkan doh skjp, boleh la scoop / sudukan adunan ke loyang.
– bakar 170 c 20 min atau sehingga perang .. ikut oven masing-masing.
– alihkan biskut ke atas wire rack biar sejuk , baru simpan dalam balang.
sumber : Rita Kay
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Suka Tengok Cara Jaga, Layan Mak. Memang Anak Soleh.” 12 Tahun Menabung, Syafie Naswip Beli Rumah Untuk Mak & Ayah

Anak yang membahagiakan orang tua nya pasti murah rezeki dan senang hidupnya. Pelakon bernama Syafie Naswip ini memang seorang anak yang baik. Baru-baru ini, dia berkongsi berita gembira apabila membeli sebuah rumah untuk ibunya.
Pemilik nama sebenar, Syafie Naswip ini memberitahu, duit tersebut adalah hasil menabung hampir 12 tahun. Dia bersyukur kerana impian membelikan rumah buat ibunya, Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.
Pelakon filem Mukhsin dalam satu temu ramah memberitahu bahawa dia serta adik beradik lain, telah menabung hampir 12 tahun untuk membelikan sebuah rumah untuk orang tua mereka.
Berkongsi sedikit tips untuk menguruskan kewangan, Syafie memberitahu bahawa dia berdisiplin dalam membuat simpanan meskipun jumlahnya sendikit.
“Saya selalu mengingatkan diri, simpanan sangat penting walaupun nilainya sedikit. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu ketika susah.”
“Memang menjadi impian saya sejak dulu untuk membeli rumah buat ibu. Alhamdulillah, selepas agak lama juga menyimpan, akhirnya saya dapat beli kediaman jenis ‘town house’ di Nilai.
“Ibu sebenarnya tidak tahu mengenai perancangan saya dan dia memang terkejut apabila saya menunjukkan rumah berkenaan sambil memaklumkan ia adalah hadiah buatnya,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Ditanya bagaimana dirinya menguruskan wang sebelum mampu menghadiahkan kediaman buat ibu tercinta, Syafie berkata, dia akan membahagikan pendapatan kepada beberapa bahagian.
Kata Syafie, walaupun simpanan yang dibuat terlalu sedikit, dia percaya wang itu mampu mengubah kehidupannya pada masa akan datang.
“Saya selalu mengingatkan diri, simpanan sangat penting walaupun nilainya sedikit. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu ketika susah.
“Setiap kali menerima bayaran lakonan, saya cepat-cepat membahagikannya kepada perbelanjaan harian, simpanan kahwin, penyelenggaraan kereta dan aset.
“Tetapi, janganlah menyimpan sehingga menyeksa diri, sampai tidak dapat melakukan perkara yang kita suka. Selalunya, saya juga akan simpan sedikit untuk melancong,” ujar pelakon filem Songlap itu.
Diusik dengan pertanyaan, adakah simpanan perkahwinan dibuat kerana dia sudah pun mempunyai perancangan bagi mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, kata Syafie, ia sekadar persediaan.
“Simpan saja dulu. Saya belum terfikir untuk kahwin, kekasih pun belum ada,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsiannya di instagram, Syafie mengakui mereka adik beradik tidak arif dalam prosedur pembelian rumah bagaimanapun bersyukur banyak dibantu oleh kenalan yang sudi membantu memudahkan urusan pembelian.
Tambah pelakon berusia 26 tahun ini, meskipun dahulu dirinya pernah dipandang rendah namun kini dia mampu berbangga kerana berjaya membahagiakan ahli keluarganya, dengan hasil titik peluhnya bekerja.
Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah…
Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016.
Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus,
Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini.
Walaupun selepas 4 tahun,
Rumah ini masih belum siap sepenuhnya,
Aku terharu dan bersyukur,
Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum.
Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini,
Dan aku harap Allah permudahkan segalanya.
More to come amin… #WorkForFamily #familyfirst❤️
Perkongsian tersebut di memuat naik menerusi sebuah video memparkan kejutan istimewa yang dibuat pelakon itu bersama adiknya, khas buat ibunya.
Sumber : Syafie Naswip & Berita Harian
Buat Sendiri Scrub Atasi Kulit Kusam & Berjerawat. Guna Bahan dapur Jer, Salah satunya Soda Bikarbonat

Soda Bikarbonat banyak manfaatnya baik dalam pembuatan kek mahupun kecantikan. Kalau nak kulit wajah berseri dan bebas jerawat bolehlah gunakan bahan ini.
Nota Penting
Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif sila elakkan guna soda bikarbonat.
Masker Scrub 2 In 1 yang dikongsikan oleh Awatif Osman ini bantu buang jauh-jauh kulit kusam. Yang pasti ia juga menjimatkan kerana cuma guna dua bahan dapur anda saja.
Bahan-bahan
2 biji limau nipis@ limau kasturi atau 1 biji yang sederhana.
1 sudu besar soda bikarbonat
Langkah Demi Langkah
- Potong limau nipis secara melintang. Ni PETUA mak mak kita, kan? Katanya air limau akan keluar banyak.
2. Picit limau pada soda bikarbonat.
3. Terkejut ya? Normal. Bagi ia dan kita masa untuk bertenang ye.
- Gaul sekata hingga boleh rasa tepek di muka.
Cara Pakai
Dah okay? Boleh tonyoh pada muka untuk buat scrub. Tonyoh lembut-lembut je. Baru lah ayu dan kewanitaan. Atau tepek kat muka jadikan sebagai masker sambil tengok drama.
Jangan simpan untuk esok ya. Habiskan je. Kalau tak sengaja terbanyak, hulur kat jiran tetingkap. Barulah hubungan #TillJannah. ❤
Syarat Pakai Masker Alami
- Kulit Jenis Kering: Pilih masker madu, minyak zaitun, oatmeal.
- Kulit Berminyak: Pilih masker lumpur, pisang, madu, putih telur, tomato, lidah buaya dan strawberi.
- Sebaiknya pakai 2-3 kali seminggu sudah memadai. Tak perlu pakai setiap hari.
- Masker jenis skrub pula sebaiknya pakai seminggu sekali saja.
- Tunggu sampai masker kering dalam 30 minit, jangan tersenyum atau ketawa mahupun menggerakkan otot wajah.
- Semasa mencuci wajah, gerakkan jari dalam gerakan memutar.
- Hati-hati semasa memakai masker, jangan sampai kena bahagian mata.
Sumber/Foto: Awatif Osman
Masa Umur Muda Cuba Buat Perkara Ni Agar Bila Dah Masuk 40 Tahun Semuanya Jadi Biasa. Dr Ni Kongsi Nasihat!

Pastinya kita semua menyedari usia kita dari tahun ke tahun kian bertambah, namun sering kali juga ada yang alpa untuk mempersiapkan diri meniti usia dan sekali gus memberi makna dan manfaat pada setiap kali pertambahan umur dari tahun ke tahun.
Sedar manusia ini sering lupa dan perlu diberi nasihat serta peringatan. Oleh itu ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah untuk peringatan bersama.
Nasihat saya umur 40, kepada umur 25
1) Spend masa dengan anak lebih dari dengan kawan-kawan. Anak akan berada dengan kita sampai tua. Kawan belum tentu.
Masa umur 25, ada anak tapi asyik kerja, kerja, kerja. Tahu-tahu anak dah besar. Mujur anak masih nak rapat dengan kita sekarang. Adik-adik yang dah ada anak, habiskan lah lebih masa dengan anak-anak sekarang. Masa adalah perkara paling berharga yang kita boleh beri pada anak.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim).
Kalau kita tak didik anak jadi anak soleh yang mendoakan kita, macamana nak dapat saham berkekalan kan.

2) Spend duit untuk Mak Ayah lebih dari yang kita nak, walau mereka tak minta. Takkan zakat 2.5%, Mak Ayah kita pun layak banyak tu je.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ. قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]
3) Spend masa untuk bersenam. Kalau dah biasa masa muda, dah tua lebih mudah.
4) Jangan percaya cakap kawan, masa muda enjoy, tak payah jaga makan. Orang umur 35 mati sakit jantung pun ada.
5) Jangan lupakan Al Quran. Bacalah walau satu page sehari. Jangan sampai Allah tak nak dengar suara kau tu baca ayat Dia.
6) Kawan biar beribu, betul. Tapi kalau kawan tinggalkan kau bila kau susah, maafkan dia tapi jangan lupakan dia sampai mati.
7) Kawan yang tetap ada masa susah, kenang jasa dia sampai syurga. Doakan dia dalam diam.
8) Hargai pasangan yang baik. Itu rezeki Allah PALING BESAR untuk kau.
9) Berbelanja tak salah tapi simpanan jangan lupa.
10) Jaga-jaga gaya hidup nak impress orang. Tanya dalam hati, nak redha Allah ke, ke redha manusia.
Ekstra nasihat :
Masa umur 25, ada anak tapi asyik kerja, kerja, kerja. Tahu-tahu anak dah besar. Mujur anak masih nak rapat dengan kita sekarang. Adik-adik yang dah ada anak, habiskan lah lebih masa dengan anak-anak sekarang. Masa adalah perkara paling berharga yang kita boleh beri pada anak.
Yang benar,
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
40 tahun.
Waktu untuk berubah.
Sumber : Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club